PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Khamis, 4 November 2010

WARGA 3P KE PLANETARIUM NEGARA

Hari yang ditunggu-tunggu oleh majoriti warga cilik 3P akhirnya tiba. Telah hampir 2 minggu, ada sahaja yang bertanya "Bila kita nak pergi planet?" (2 sukukata sahaja yang tersebut). Hari Rabu, 3hb November 2010, warga 3P melawat Planetarium Negara!

Pukul 7.50 pagi, semua ahli rombongan telah sampai. "Roll-call" dijalankan oleh Cikgu Hasnida untuk mempasti semua pelajar mengikut kumpulan mereka.  Pada hari sebelumnya, mereka semua telah dimaklumkan tentang kumpulan  dan 'ibu' masing-masing serta pelbagai pesanan telah diberi oleh para guru.  Rombongan yang membawa 70 orang ahli rombongan menaiki 2 bas yang disewa khas.  Ada beberapa orang ibu bapa yang mengikut di belakang dengan kereta.

Begitulah riangnya anak-anak ini dapat menaiki bas; bagi setengah mereka ini adalah pertama kali dapat naik bas.   Di dalam bas, barulah mereka bersarapan - roti hotdog(dihadiahkan oleh mama Aliah & Iman. T kasih Puan Habsah) dan air coklat. Alhamdulillah, rombongan kami sampai di Planetarium Negara pada pukul 9.35 pagi. Ketua rombongan, Puan Hasnah, bergegas mendapatkan tiket tayangan "Fly Me To The Moon".  Warga 3P kena 'exercise' naik tangga dulu untuk sampai ke Planetarium - masih riang dan cergas walaupun banyak mata anak tangga yang didaki.

Pukul 10 pagi, ahli rombongan menonton "Fly Me To The Moon" di teater angkasa.  Suasana 3D ini begitu menerujakan anak-anak ini. Mereka menonton dengan tekun dan ceria sekali.  Ada juga yang agak takut dengan 3D effect ini.

Pukul 10.30pagi, kumpulan pertama seramai ~ 30 orang murid 3P mengikuti sesi pertama program Si Cilik Angkasa selama 45 minit dibantu oleh guru-guru pengiring dan para ibubapa yang turut serta. Di dalam program ini, anak-anak ini diperkenalkan dengan sistem suria dan planet-planet yang terdapat dalam sistem suria.  Tersebutlah nama-nama planet Musytari, Zuhal, Uranus dll.  Yang lainnya pergi melawat galeri - mencuba bilik Tanpa Graviti, 'Soyuz Capsule Mockup", tandas dalam kapal angkasa, bilik tidur dll.

Program tamat pada pukul 12.00 tengahari.  Anak-anak ini telah mula mengadu lapar dan dahaga. Semua ahli rombongan makan di dalam bas, sebelum bertolak balik ke Pasti Putra Permai pada pukul 1.00 tengahari.   Walaupun keletihan, anak-anak ini masih nak bercerita tentang pengalaman mereka di Planetarium Negara. Alhamdulillah, keseluruhan program berjalan dengan jaya dan lancar.   Tahun depan, kita cari lagi tempat yang menarik dan informatif untuk pelajar-pelajar 3P lawati, insyaallah.

Ikuti berita bergambar kami sepanjang lawatan sambil belajar ke Planetarium Negara:

Awal pagi, ahli rombongan beratur mengikut kumpulan

Ayah Luthfil, En Syawaluddin, menghantar kasut dan stokin untuknya

Membaca doa keluar rumah dan naik kenderaan
Beratur ke bas rombongan; Puan Habsah, mama Aliah dan Iman di belakang

Anak-anak keriangan dapat naik bas bersama kawan-kawan

Fatih & Iqmal (3 tahun) antara warga termuda dalam rombongan

Khadijah yang baru menyertai keluarga 3P sebulan yang lalu riang dapat
ikut rombongan, bersama Aliah

Mereka berdua ni, Nureen dan Hadhirah, asyik makan sepanjang perjalanan

Ketua rombongan, Puan Hasnah, pun nak bergambar bersama anak-anak 3P

Sampai di parking lot Planetarium Negara, ahli rombongan beratur mengikut kumpulan masing
sebelum mendaki tangga ke Planetarium

DALAM TEATER ANGKASA
Anak-anak ini begitu teruja melihat objek di atas mereka dalam teater angkasa

 DI GALERI ANGKASA
Kumpulan ke2, melawat galeri dulu sebelum ke program Cilik Angkasa

Memakai sarung tangan khas untuk memegang objek di 'kapal angkasa'





Adakah ini bakal-bakal angkasawan negara? Insyaallah...
 
'Bakal-bakal angkasawan' ini mencuba suis-suis dalam Mockup Soyuz Capsule

Berebut-rebut nak merasa tekstur pakaian angkasawan Soyuz

Melihat rupa bentuk planet Marikh "The Red Planet"

Kumpulan 2 sempat mengambil gambar beramai di galeri atas


Cikgu Lin mengawasi anak-anak ini dalam bilik Tanpa Graviti - ada yang
mengadu begitu ringan sekali

 PROGRAM SI CILIK ANGKASA
Kumpulan 1 menunggu arahan dan taklimat dari pegawai Planetarium


Pelajar-pelajar perempuan begitu sabar dan tekun mendengar taklimat

En Haris dan Pn Fazlina turut bersama anak-anak mereka, Haddad, Hasbi dan
kawan-kawan dalam program ini
Kumpulan 1 nak keluar dari bilik  Si Cilik Angkasa

Kumpulan 2 tekun mendengar penerangan dari pegawai Planetarium Negara



Nampak letih sahaja Kumpulan 2 ni - bergambar di tangga hadapan Planetarium Negara
Anak-anak ini masih lagi riang walaupun agak letih turun tangga

Walaupun di luar 3P, perhimpunan balik tetap diadakan. 
Adik Adib Asyraf (4 tahun) mengetuai bacaan ikrar

Dalam bas, perjalanan pulang ke 3P, menonton video Upin & Ipin






Tiada ulasan:

Catat Ulasan