PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Jumaat, 26 Mac 2010

Coretan

Antara pelajar lelaki Pasti 3P dengan penuh bersemangat
mempelajari teknik-teknik seni mempertahankan diri, taekwondo.

Pelajar Pasti 3P Bertaekwondo
Setiap Jumaat


Kebiasaannya pelajar beriadah bermain gelongsor, berlari, bermain bola dan sebagainya. Atas inisiatif dan kreatif guru 3P, pelajar Pasti beriadah dengan bertaekwondo. Guru taekwondo bertauliah dijemput khas untuk mengajar mereka.

Kebetulan premis luar Pasti 3P telah dijadikan tempat latihan taekwondo pada setiap Isnin malam Selasa. Maka, guru taekwondo tersebut dengan sukarela melapangkan masa mereka untuk mengajar pelajar Pasti setiap pagi Jumaat.

Hasil inisiatif ini, ia dijangka melonjakkan nama Pasti di mata masyarakat sekeliling. Selama ini masyarakat menganggap, Pasti hanya tempat mendidik anak-anak belajar membaca, menulis, baca doa dan solat. Tetapi ia lebih dari itu, sehingga seni mempertahankan diri juga diajar kepada pelajar Pasti.

Semoga dengan pembelajaran taekwondo berterusan setiap minggu, pelajar Pasti akan dapat menghadamkan teknik-teknik mempertahankan diri. Secara selorohnya, bersiap sedialah guru Pasti 3P jika anak-anak murid mereka dah pandai bertaekwondo...