PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Isnin, 14 Disember 2009

Pasti Putra Permai 2010

Gambar atas: Suasana PASTI 3P yang lebih meriah dan ceria.
Signboard dan bendera telah pun diperkemaskan.
PASTI 3P lebih meriah, ditambah dengan guru baru yang berpengalaman,
persekitaran diperkemaskan serta sambutan pendaftaran di luar jangkaan.
Banyak pendaftaran di saat akhir terpaksa ditolak untuk menjaga kualiti Pasti, agar tumpuan pembelajaran dan pencapaian dapat diutamakan. Alhamdulillah... semoga tahun 2011 PASTI PP dapat menambahkan lagi bangunan, agar semua permohonan di saat akhir dapat diterima.


Signboard Pasti Putra Permai


SALAM MAAL HIJRAH



SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA 3P!!!

Hari ini ,14 Disember 2009, genaplah SETAHUN Pasti Putra Permai beroperasi. Kepada semua yang bertungkus lumus merealisasikan penubuhan 3P pada hujung tahun 2008, Jazakallahukhairan kasiiran...

Moga Pasti Putra Permai terus maju di tahun baru dan tahun-tahun mendatang dalam melahirkan generasi Islam berilmu dan bertaqwa.

Selamat Ulangtahun Pertama 3P!!! Selamat Maju Jaya!!!

NOSTALGIA...Hari Perasmian Pasti Putra Permai (dari mgp-puchong.blogspot.com, 22 Disember 2008)

Alhamdulillah. pada 14 Dis 2008 Pasti Putra Permai telah mengadakan upacara perasmian dengan penuh meriah dan sambutan yang menggalakkan. Kumpulan nasyid Fazs telah menyampaikan beberapa buah nasyid untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Majlis ini bertambah meriah dengan adanya pertandingan mewarna dikalangan kanak2 yang telah datang sejak awal pagi. Tidak ketinggalan ianya turut disertakan dengan sumbangan beg sekolah kepada kanak-kanak miskin di kawasan tersebut.

Semoga dengan lahirnya Pasti baru ini dapat meriahkan lagi persada Pasti Kawasan Puchong dan diharapkan ianya dapat menjadi pilihan terbaik ibubapa dicawangan tersebut. Pasti Kawasan Puchong maju setapak lagi dengan kehadiran 2 pasti baru di tahun 2009 iaitu Pasti Ar Raihan dan Pasti Putra Permai.







Jumaat, 20 November 2009

Salam Aidiladha


Pamplet Pasti Putra Permai





Cuti Pasti Bermula


YAHOO!!! CUTI DAH BERMULA!!!

Beginilah cerianya sebahagian anak-anak 3P pada hari terakhir persekolahan Pasti... guru-guru yang berhempas pulas mendidik anak-anak Pasti bolehlah berehat dan berbincang mengatur strategi untuk tahun 2010... SELAMAT BERCUTI !!!

Rabu, 18 November 2009

Hari Akademik 3P Meriah dan Riang

Hujung minggu lalu memang agak sibuk bagi 3P dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI Puchong pada hari Sabtu diikuti dengan satu lagi acara di 3P pada hari Ahad.

Pada hari Ahad, 15 Nov 09, warga 3P dengan ahli keluarga serta guru-guru dan pihak pengurusan 3P berkumpul di No 1, Jalan PP52 untuk meraikan Hari Akademik Pelajar Pasti Putra Permai. Suasana penuh meriah dan riang warga 3P menceriakan lagi Hari Akademik 3P 2009. Alhamdulillah, cuaca yang cerah pada pagi itu dimulakan dengan upacara penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar sebelum sesi bertemu ibubapa dan murid-murid (sesi report card) diadakan.

Majlis pada pagi itu turut diselitkan dengan persembahan dari warga cilik 3P buat hiburan para jemputan.

Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program pada hari Ahad lepas; Puan Azlin serta adik Nursha Hana dan Nursha Wani atas sumbangan cenderahati kepada kwn2 di 3P, para AJK, guru2, jiran-jiran dan ibubapa warga 3P.. jazaakallahu khairan kasiiran

Ikutilah laporan bergambar ini...
Sempat bergaya di pentas sementara Cikgu Ifa membetulkan backdrop

Gerai jualan turut dibuka... Business-minded...
Antara jemputan dan keluarga 3P yang hadir
Ustaz Zamir membacakan doa
Para pelajar mengaminkan doa
Persembahan pelajar-pelajar perempuan ceria dan bersahaja
Agak berbeza dengan pelajar-pelajar lelaki dengan berbagai keletah mereka di atas pentas

Puan Hasnah menyampaikan sijil dan saguhati kepada adik Danish Adham, pelajar 5 tahun
Hakimi menerima hadiah tempat ketiga terbaik akademik 5 tahun dari Saudara Syawal

Fatiny menerima sijil tamat pengajian beserta saguhati dari En Rafar

En Rafar bersama Adik Nureen Najwa, Tokoh Pelajar 3P 2009
Kaunter pendaftaran pelajar untuk sesi 2010 turut dibuka

Cikgu As dan Cikgu Ifa di sesi "Report Card" bersama ibubapa

SEKITAR MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KWSN PUCHONG

Ramai yang bertanya kenapa tak ada update tentang majlis pada hari minggu lepas. Apakah yang berlaku pada hujung minggu yang baru lalu?

Pada hari Sabtu, diadakan Majlis Anugerah Cemerlang PASTI Kwsn Puchong di Dewan MPSJ Puchong Indah. Seramai 14 pelajar 6 tahun yang akan menamatkan pengajian di 3P serta 3 pelajar cemerlang akademik 5 tahun dari 3P menghadiri majlis ini diiringi oleh guru-guru dan keluarga masing-masing. Kepada SU 3P, En Hamdan, terima kasih sekali lagi kerana menjadi driver, mover dan cameraman (3 in 1) pada Sabtu lepas.

Inilah laporan bergambar di sekitar majlis tersebut...
8 .10pagi - Beratur untuk naik kenderaan

Pelajar-pelajar 6 tahun mengenakan jubah yang disediakan sambil dibantu oleh para guru
Adik Nureen Najwa, Tokoh Pelajar 3P
Dari kanan: Baihaqi, Maryam & Hakimi, pelajar cemerlang 5 tahun 3P

3P 'graduates' posing untuk gambar berkumpulan

Khamis, 12 November 2009

Gambar-gambar di sebalik Sesi Fotografi 3P

Pada hari Khamis, 12 November, 3P merekodkan kehadiran 100% pelajar-pelajarnya. (Agak jarang berlaku, memandangkan peperiksaan akhir tahun dah pun habis). Yang sakit mata pun hadir;- Kenapa? Kerana sesi bergambar nak diadakan pada pagi itu.
Belum pukul 8 pagi, Sam The Photographer, dah sampai menyiapkan set tempat bergambar nanti, dengan lampu2 dan backgroundnya. Pelajar2 perempuan cepat sampai, nak kena mekap nanti dengan Cikgu Ifa.

Bukanlah mudah untuk mengambil gambar-gambar anak-anak lincah ni, memerlukan kesabaran dan kecekapan mengawal keadaan.

Beberapa gambar dari sesi fotografi, yang tak ada editing punye...

Sempat posing sama kekawan semasa menunggu giliran untuk 'personal photo'
Ingat senang ke nak betulkan cap anak-anak ni?
Pelajar 4 tahun agak mudah nak disiapkan
Pelajar 5 tahun bersiap sedia untuk sesi gambar berkumpulan.. sempat juga stretch dll...

Dan ini adalah gambar2 yang telah diedit dan touch-up...

Banner 3P dan Anugerah Cemerlang




Sabtu, 7 November 2009

4 Pelajar Terbaik 3P di SMIP

Pelajar 3P tetap ceria selepas 'exam'

Pada Sabtu pagi 7 November 09, 4 wakil pelajar 3P berada di Sekolah Menengah Islam Puchong untuk menjalani Peperiksaan Setara PASTI Kawasan Puchong bersama wakil-wakil pelajar PASTI di sekitar Puchong.

Ini adalah pertama kali 3P menghantar wakil ke Peperiksaan Setara Kawasan. Jadi ini merupakan pendedahan yang baik buat mereka untuk bertemu rakan sebaya dari PASTI cawangan lain dan beradu minda sesama mereka. Apa keputusan yang mereka perolehi bukan menjadi matlamat utama..


Seperti biasa, warga cilik 3P tetap ceria. Kalah menang, lain kira;-)

Kepada Nureen Najwa, Nisha, Maryam dan Baihaqi, tahniah kerana tetap tenang dan 'cool' dalam menghadapi tekanan peperiksaan. Lepas periksa kita boleh pergi makan roti canai...

Jumaat, 6 November 2009

Peperiksaan Setara PASTI Kawasan Puchong

4 Pelajar Terbaik 3P

Tahniah kepada adik Nureen Najwa dan Farah Deanna Nisha (6 tahun) serta adik Ahmad Baihaqi dan Mariam Nabilah(5 tahun) kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun baru -baru ini. Seperti yang dinyatakan dalam memo kepada ibubapa, 2 pelajar terbaik setiap kelas akan mewakili 3P ke Peperiksaan Setara PASTI Kawasan Puchong. Peperiksaan yang berasas IQ ini agak mencabar.
Kepada 4 wakil 3P ke Peperiksaan Setara PASTI Kawasan Puchong di Sekolah Menengah Islam Puchong esok, All The Best!

Isnin, 2 November 2009

Rileks Jap..Pasca Peperiksaan Akhir Tahun

Peperiksaan akhir tahun telah tamat seminggu yang lalu. Warga 3P telah pun melawat Pusat Sains Negara pada Isnin 26 Oktober lepas. Jadi apakah yang mereka lakukan pasca peperiksaan akhir ini?

Seperti memo yang dikeluarkan kepada para ibubapa/penjaga pelajar, pembelajaran berterusan walaupun peperiksaan akhir telah berlalu. Bagi pelajar 6 tahun, masa yang tinggal sebelum cuti sekolah, guru-guru cuba membuat persediaan bersama pelajar untuk masuk Tahun 1, khususnya untuk menghadapi peperiksaan masuk Tahun 1 di sekolah baru masing-masing pada hujung tahun ini.

Bagi pelajar 4 dan 5 tahun, mereka juga tidak terkecuali dengan persediaan untuk masuk K1(5 tahun) & K2 (6 tahun) khususnya dalam asas penulisan, hafazan dan seumpamanya.

Pun begitu, bukan semuanya belajar sahaja:-) Boring juga. Selepas rehat, pelajar-pelajar akan berlatih untuk menunjukkan bakat mereka pada ibubapa semasa Hari Akademik 3P pada 14 November nanti.

Pelajar perempuan berlatih memperkemaskan lagi persembahan mereka..

Pada hari Jumaat, 30 Oktober lepas, 2 orang pelajar 3P, adik Iman Haziq (5 tahun) dan adik Nursha Wani (3 tahun) menyambut ulangtahun hari lahir bersama rakan-rakan di 3P.

Adik Iman Haziq dikerumuni oleh rakan-rakan semasa rehat pagi

Upin & Ipin jadi pilihan...

Di sebelah tengah hari, adik Nursha Wani meraikan 'birthday' bersama rakan-rakan lanjutan


Selasa, 27 Oktober 2009

'Saintis-Saintis Tunas' 3P di Pusat Sains Negara

Rombongan 3P bergambar di Pentas "Science Show"

Setelah seminggu menghadapi peperiksaan akhir tahun PASTI, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh warga cilik 3P pun tiba. Telah berminggu mereka bertanya kepada guru-guru bilakah mereka akan melawat Pusat Sains Negara.

Pada Isnin, 26 Oktober 2009, seramai 31 'saintis tunas' bersama 4 orang petugas Pasti Putra Permai mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara.

Inilah catatan bergambar kami sepanjang lawatan ke Pusat Sains Negara...

Belum pukul 8 pagi, hampir semua ahli rombongan telah berkumpul di 3P.

Kanak-kanak riang.
Mungkin pertama kali bagi kebanyakan mereka naik bas 'aircond' bersama kawan-kawan.

Para 'saintis' cilik 3P mencuba eksperimen-eksperimen yang disediakan oleh Pusat Sains Negara di dalam Program Saintis Tunas.

Bakal-bakal angkasawan Islam dari 3P?

Cermin Ajaib 'mengkerdilkan' imej Hadhirah dan Aqila

Khusyuk menonton 'Science Show'

Peniup-peniup belon 3P cuba berlawan tiup belon

Balqish berjaya mencucuk belon dengan dawai tanpa memecahkannya

Bakal saintis 3P, Baihaqi, menjawab soalan Kak Gee dengan betul tentang kerusi 'berduri'.

Fuad cuba menggerakkan model keretapi di landasan dengan mengayuh laju pedal basikal

Pelajar-pelajar yang keletihan sedang menunggu bas 'Abang Bala'

Di dalam bas, "boring" nak balik ke 3P

Moga, dari lawatan pendek ke Pusat Sains Negara ini, dapat menambahkan minat pelajar-pelajar kita terhadap bidang sains seterusnya dapat melahirkan saintis-saintis Islam yang berperibadi Muslim di kalangan mereka ini, insyaallah. Ameen...