PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Selasa, 20 September 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI 3P/PCPP



Rujukan kami : PPP/2011/9 (31)
Tarikh : 17 September 2011/ 19 Syawal 1432H



Kami dengan segala hormatnya mengundang

Seluruh Ahli Keluarga Warga 3P, Warga Taman Pinggiran Putra
dan kawasan sekitarnya keMAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI
PASTI PUTRA PERMAI (3P) & PAS CAWANGAN PUTRA PERMAI (PCPP)

Pada hari Sabtu, 24hb September 2011
Bersamaan 26hb Syawal 1432H,
dari jam 9.00pagi – 1.00 tengahari
Di alamat kami
PASTI PUTRA PERMAI
No 2, Jalan PP51, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan

Aturcara Program (Tentatif)
9.00 – 9.15pagi : Doa Selamat
9.15 – 1.00 tghhari : Jamuan Aidil Fitri

Kehadiran tuan/puan sekeluarga amat kami hargai dan alukan. Moga dengan kehadiran semua dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara sesama kita, Insyaallah. Terima kasih.


Dari
Pengurusan dan Guru-Guru Pasti Putra Permai

Isnin, 12 September 2011

MAJLIS HARI RAYA WARGA 3P

Saat yang ditunggu-tunggu oleh warga cilik 3P akhirnya tiba - dapat tunjuk baju raya masing-masing pada kawan-kawan.  Pada awal pagi Jumaat, 9 September 2011, suasana di 3P tambah ceria dengan pelajar-pelajar sampai memakai pelbagai warna dan corak baju raya.  Yang lelaki dengan baju melayu dan perempuan berbaju kurung atau berjubah berwarna-warni. Kebiasaannya, warna hijau (uniform PASTI) menghiasi 3P, tetapi pagi Jumaat ini dimeriahkan dengan pelbagai warna dan corak pakaian.

Kuih-muih pelbagai yang dibawa oleh pelajar-pelajar terhidang di 4 meja - macam-macam ada.  Pada pagi tersebut turut diadakan sambutan ulangtahun hari lahir pelajar-pelajar yang lahir pada bulan September. Ikuti gambar-gambar yang sempat diambil pada majlis tersebut:

Sarapan pagi sebelum majlis bermula
 

Antara juadah hari raya yang dibawa oleh pelajar-pelajar dan guru-guru




 Beratur sebelum majlis
 




 Puan Hasnah menyampaikan sedikit ucapan kepada para pelajar



 Cikgu Hanum menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar
yang menyambut ulangtahun hari lahir pada bulan September





September birthday boys and girls