PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Selasa, 27 Oktober 2009

'Saintis-Saintis Tunas' 3P di Pusat Sains Negara

Rombongan 3P bergambar di Pentas "Science Show"

Setelah seminggu menghadapi peperiksaan akhir tahun PASTI, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh warga cilik 3P pun tiba. Telah berminggu mereka bertanya kepada guru-guru bilakah mereka akan melawat Pusat Sains Negara.

Pada Isnin, 26 Oktober 2009, seramai 31 'saintis tunas' bersama 4 orang petugas Pasti Putra Permai mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara.

Inilah catatan bergambar kami sepanjang lawatan ke Pusat Sains Negara...

Belum pukul 8 pagi, hampir semua ahli rombongan telah berkumpul di 3P.

Kanak-kanak riang.
Mungkin pertama kali bagi kebanyakan mereka naik bas 'aircond' bersama kawan-kawan.

Para 'saintis' cilik 3P mencuba eksperimen-eksperimen yang disediakan oleh Pusat Sains Negara di dalam Program Saintis Tunas.

Bakal-bakal angkasawan Islam dari 3P?

Cermin Ajaib 'mengkerdilkan' imej Hadhirah dan Aqila

Khusyuk menonton 'Science Show'

Peniup-peniup belon 3P cuba berlawan tiup belon

Balqish berjaya mencucuk belon dengan dawai tanpa memecahkannya

Bakal saintis 3P, Baihaqi, menjawab soalan Kak Gee dengan betul tentang kerusi 'berduri'.

Fuad cuba menggerakkan model keretapi di landasan dengan mengayuh laju pedal basikal

Pelajar-pelajar yang keletihan sedang menunggu bas 'Abang Bala'

Di dalam bas, "boring" nak balik ke 3P

Moga, dari lawatan pendek ke Pusat Sains Negara ini, dapat menambahkan minat pelajar-pelajar kita terhadap bidang sains seterusnya dapat melahirkan saintis-saintis Islam yang berperibadi Muslim di kalangan mereka ini, insyaallah. Ameen...

Isnin, 19 Oktober 2009

Nostalgia


Cikgu Hasnoor disayangi anak-anak muridnya.

Cikgu Hasnoor, Jasamu Dikenang

Oleh Abu Izzah

Dalam tercari-cari siapakah guru yang akan mengendali Pasti Putra Permai. Tidak disangka Ketua Nisa' Puchong, Puan Hasnoor telah tampil ke hadapan bersedia untuk menggalas amanah sebagai guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang baru dibentuk.

Bukannya mudah untuk mengendali sebuah taman
didikan yang baru. Segala-galanya baru. Menguruskan pentadbiran dari 'zero', peralatan pembelajaran, barang keperluan harian, menghadiri kursus dan mewakili guru dalam menyuarakan keperluan Pasti Putra Permai. Berbekalkan pengalaman dan semangat juang sebagai Ketua Nisa' Puchong (sayap Muslimat PAS), pelbagai cabaran beliau galas dibantu oleh tiga orang yang lain, Cikgu Iffah, Cikgu Imah dan Cikgu Sabrina.

Walaupun ketika itu beliau 'berbadan dua', jiwa serikandi hasil tarbiyyah pimpinan PAS beliau harungi juga amanah yang diberi. Segala kritikan, kerenah ibu bapa, kerenah murid, keperluan semasa Pasti dan sebagainya diuruskan dengan tenang. Pasti yang baru berusia beberapa bulan berjalan dengan baik, meskipun mempunyai beberapa kelemahan.

Pada bulan Ogos 2009 dengan linangan airmata beliau terpaksa melepaskan jawatan Guru Kanan Pasti bersama dengan Cikgu Imah. Kini, tanggungjawab yang besar tersebut digalas oleh Puan Hasnah (yang juga Pengurus Pasti Putra Permai) bersama dengan Cikgu Iffah, Cikgu Sabrina dan tenaga pengajar baru, Puan Siti Hasnida (Cikgu As).

Semoga dengan keikhlasan dan semangat serikandi Islam, guru-guru Pasti akan diberi kekuatan untuk terus berbakti untuk melahirkan generasi yang meletakkan Islam sebagai The Way Of Life.

Walaupun dengan kadar gaji yang tidak seberapa, tetapi di sisi Allah, pendidik yang berjaya melahirkan generasi yang mengamalkan Islam, ganjaran besar sedang menanti mereka di akhirat.

Pengorbanan, rintihan, kegembiraan dan keletihan guru-guru Pasti sentiasa mendapat perhatian dari Allah s.w.t. Lakukanlah yang terbaik, agar generasi baru akan membawa panji-panji Islam meleburkan golongan mungkar yang merosakkan bumi Allah s.w.t dengan menyuburkan kemaksiatan.

- Wallahua'lam...

Sabtu, 17 Oktober 2009

Suasana Rumah Terbuka PAS dan Pasti Putra Permai 17 Okt 2009

Dua program Aidilfitri di premis Pasti Putra Permai meriah!

1) Sebelah petang Rumah Terbuka PAS dan Pasti Putra Permai










2) Sebelah pagi Majlis Aidilfitri Pasti Kawasan Puchong di premis Pasti PP


Selasa, 13 Oktober 2009

Gambar-Gambar Pasti







Tenaga Pasti 2010


Kata-Kata Aluan Pengurus Pasti Putra Permai

Mendidik Anak-Anak Dengan Akhlak Islam

Assalamualaikum...

Antara matlamat penubuhan PASTI adalah untuk mengadakan pendidikan awal (pra sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia. Seterusnya membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah Saw. Begitu murni sekali matlamat ini...

Memang benar, ibubapa merupakan guru pertama anak-anak. Tetapi bila mereka mencapai usia 4-6 tahun yang begitu kritikal ini, guru mereka telah bertambah kepada guru-guru yang mengajar mereka di tadika. Pada usia ini, mereka menyerap maklumat baru bagai span. Seperti kata para hukama,"Pendidikan anak pada peringkat kecilnya adalah seperti lorekan pada batu". Ianya bersifat kekal hingga ke akhir hayat.

Bagaimanakah guru-guru PASTI dapat sama membentuk anak-anak di bawah didikannya dengan peribadi Islam yang mulia?

Pengaruh guru amat besar dalam membentuk peribadi anak-anak yang masih kecil ini. Mereka merupakan sumber ilmu pengetahuan, contoh ikutan dan punca kanak-kanak mengetahui betul atau salah dan buruk baiknya sesuatu perkara. Berapa ramai kanak-kanak yang berjaya membentuk peribadinya dengan pengaruh guru. Disamping itu juga, berapa ramai kanak-kanak yang benci kepada guru dan ilmu yang tertentu disebabkan guru. Tugas guru bukan hanya mengajar ilmu pengetahuan, malah membentuk peribadi anak-anak supaya menjadi manusia yang berjiwa bersih dan berguna di dunia dan di akhirat kelak.

Tugas mendidik anak-anak, sukar untuk dilaksanakan oleh seorang yang berjiwa keras dan kasar, tetapi perlu jiwa yang halus dan lembut. Kebiasaannya mendidik anak-anak lebih berkesan dilakukan oleh kaum wanita, terutamanya diperingkat tadika. Guru yang lemah lembut, penyayang, berdisiplin dapat mencorak bukan sahaja peribadi kanak-kanak, malah peribadi ibubapa kanak-kanak tersebut. Ibubapa yang jahil apabila anak-anaknya berakhlak akan membuatkan hati mereka tertarik dengan didikan yang diberikan oleh guru tersebut. Lantas mereka secara tidak langsung akan terpengaruh dengan didikan dan tarbiyah secara tidak langsung dari anak-anaknya. Mereka menyedari hanya Islam saja yang dapat membentuk hidup bahagia dan sempurna. Anak-anak dapat dilatih dan dididik agar berakhlak serta patuh kepada orang tua.

Dalam konteks membentuk akhlak Islam di kalangan anak-anak kita yang masih kecil ini, amat penting adanya kerjasama rapat antara ibubapa yang merupakan 'guru pertama' anak-anak dan guru-guru. Insyaallah, akan lahirlah insan Islam yang berperibadi mulia yang bertunjangkan Iman, Islam dan Ihsan.

Wallahu a'lam.


Puan Hasnah
(Pengurus Pasti Putra Permai)