Cikgu Hasnoor disayangi anak-anak muridnya.
Cikgu Hasnoor, Jasamu Dikenang
Oleh Abu Izzah
Dalam tercari-cari siapakah guru yang akan mengendali Pasti Putra Permai. Tidak disangka Ketua Nisa' Puchong, Puan Hasnoor telah tampil ke hadapan bersedia untuk menggalas amanah sebagai guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang baru dibentuk.
Bukannya mudah untuk mengendali sebuah taman
didikan yang baru. Segala-galanya baru. Menguruskan pentadbiran dari 'zero', peralatan pembelajaran, barang keperluan harian, menghadiri kursus dan mewakili guru dalam menyuarakan keperluan Pasti Putra Permai. Berbekalkan pengalaman dan semangat juang sebagai Ketua Nisa' Puchong (sayap Muslimat PAS), pelbagai cabaran beliau galas dibantu oleh tiga orang yang lain, Cikgu Iffah, Cikgu Imah dan Cikgu Sabrina.
Walaupun ketika itu beliau 'berbadan dua', jiwa serikandi hasil tarbiyyah pimpinan PAS beliau harungi juga amanah yang diberi. Segala kritikan, kerenah ibu bapa, kerenah murid, keperluan semasa Pasti dan sebagainya diuruskan dengan tenang. Pasti yang baru berusia beberapa bulan berjalan dengan baik, meskipun mempunyai beberapa kelemahan.
Pada bulan Ogos 2009 dengan linangan airmata beliau terpaksa melepaskan jawatan Guru Kanan Pasti bersama dengan Cikgu Imah. Kini, tanggungjawab yang besar tersebut digalas oleh Puan Hasnah (yang juga Pengurus Pasti Putra Permai) bersama dengan Cikgu Iffah, Cikgu Sabrina dan tenaga pengajar baru, Puan Siti Hasnida (Cikgu As).
Semoga dengan keikhlasan dan semangat serikandi Islam, guru-guru Pasti akan diberi kekuatan untuk terus berbakti untuk melahirkan generasi yang meletakkan Islam sebagai The Way Of Life.
Walaupun dengan kadar gaji yang tidak seberapa, tetapi di sisi Allah, pendidik yang berjaya melahirkan generasi yang mengamalkan Islam, ganjaran besar sedang menanti mereka di akhirat.
Pengorbanan, rintihan, kegembiraan dan keletihan guru-guru Pasti sentiasa mendapat perhatian dari Allah s.w.t. Lakukanlah yang terbaik, agar generasi baru akan membawa panji-panji Islam meleburkan golongan mungkar yang merosakkan bumi Allah s.w.t dengan menyuburkan kemaksiatan.
- Wallahua'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan