Rabu, 10 Oktober 2012
PENDAFTARAN UNTUK SESI 2013 KINI DIBUKA (BARU*** KURIKULUM PRA TAHFIZ MULAI 2013!!)
Ahad, 5 Februari 2012
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL: RINDU NABI MUHAMMAD TERHADAP KITA (Renungan buat kita semua)
Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Rabu, 16 November 2011
JEMPUTAN KE MAJLIS IHTIFAL, KONVOKESYEN & AKADEMIK PASTI PUTRA PERMAI 2011
Rujukan kami : PPP/2011/11(39)
Tarikh : 12 November 2011/16hb Zulhijjah 1431H
Yang dihormati Ibubapa/Penjaga Pelajar 3P,
PER: JEMPUTAN KE MAJLIS IHTIFAL, KONVOKESYEN & AKADEMIK PASTI PUTRA PERMAI 2011
Perkara di atas adalah dirujuk.
Kami dengan sukacitanya menjemput tuan/puan sekeluarga ke HARI AKADEMIK PASTI PUTRA PERMAI pada:
Tarikh : Sabtu, 19hb November 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Pasti Putra Permai, No 1, Jalan PP51, & No 2, Jalan PP52, Taman Pinggiran Putra
3. Pelajar-pelajar hendaklah berada di PASTI Putra Permai sebelum pukul 7.30 pagi dengan berpakaian seragam PASTI (hijau kuning) untuk persiapan majlis. Diharap tuan/puan dapat menghantar anak-anak tuan/puan pada waktu yang ditetapkan. Sekiranya terdapat kesulitan menghantar, diharap dapat menghubungi saya di 016-3469907 selewatnya Jumaat agar pengangkutan dapat diatur.
ATURCARA PROGRAM (Tentatif)
7.45 pagi Ketibaan jemputan/ibubapa pelajar
8.00 pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
8.05 pagi Bacaan Al-Quran
8.10 pagi Lagu Rasmi PASTI
8.15 pagi Ucapan Aluan Pengurus 3P
8.25 pagi Ucapan Perasmian
8.40 pagi Persembahan Pelajar-Pelajar K4T
8.55 pagi Penyampaian Hadiah Am
9.25 pagi Persembahan Pelajar-Pelajar 6 Tahun
9.35 pagi Penyampaian Hadiah Akademik & Sijil kepada Pelajar-pelajar 4 & 5 tahun
10.10 pagi Persembahan Pelajar-Pelajar 5 Tahun
10.20 pagi Penyampaian Sijil Konvokesyen Pelajar-pelajar 6 Tahun & Tokoh Pelajar 3P
11.00 pagi Doa Penutup, Majlis Ihtifal, Penyampaian Hadiah & KonvokesyenTamat
Jamuan Ringan
11.15 pagi –
2.00 petang Sesi Bertemu Ibubapa dan Pelajar dengan Guru-guru (Rekod Penilaian Pelajar 4, 5 dan 6 tahun) di bangunan baru 3P, No 2, Jalan PP51
2.00 petang Hari Akademik PASTI Putra Permai Tamat
4. Kehadiran tuan/puan sekeluarga ke majlis ini amat diharapkan dan dihargai. Moga dengan kehadiran tuan/puan sekeluarga dapat memeriahkan lagi majlis ini yang diadakan khusus untuk meraikan anak-anak Pasti Putra Permai dan keluarga.
5. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, tuan boleh hubungi guru kanan, Puan Hanum di talian 03-8941 3357/013-9904069 atau saya sendiri di talian 016-346 9907.
Sekian.Terima kasih.
“PASTI UNTUK SEMUA”
Yang benar,
HASNAH BINTI YUSOP
Pengurus, PASTI Putra Permai
Khamis, 3 November 2011
GEROMBOLAN 3P KE PUSAT SAINS NEGARA, BUKIT KIARA
| Rombongan 3P bergambar bersama Abang 'Nano' |
Sekali lagi dalam jangka masa 7 hari, warga 3P menaiki bas beramai-ramai untuk membuat lawatan sambil belajar. Jika pada 25hb Oktober, kami ke Balai Bomba & Penyelamat Serdang, kali ini gerombolan kami ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara.
Awal pagi Rabu, 2 November 2011, belum pun pukul 8.00 pagi, seramai lebih 125 orang ahli rombongan telah memenuhi premis lama 3P untuk bersiap sedia menaiki 2 bas rombongan yang disewa khas oleh pihak sekolah. Ahli rombongan terdiri dari lebih 100 orang warga cilik 3P, beberapa orang kakak dan abang pelajar (bekas pelajar 3P), guru-guru, 3 orang ibu yang turut membantu serta 2 wakil pengurusan 3P.
Oleh kerana ahli rombongan yang ramai, ditambah lagi dengan anak-anak ini yang masih kecil dan lincah, ianya memerlukan perancangan yang teliti bagi mempastikan program ini berjalan dengan lancar. Pada hari sebelumnya, anak-anak ini telah dibahagikan kepada 11 kumpulan kecil yang dijagai oleh 'ibu/guru' yang berasingan.
Rombongan kami akhirnya bertolak pada pukul 8.10 pagi, walaupun pada awalnya dijadualkan pada 7.45pagi. Waktu perjalanan yang lebih lama, ada dikalangan anak-anak ini yang mengeluh bilalah nak sampai ke Pusat Sains. Didalam bas, ahli rombongan disajikan dengan sarapan ringan, roti bersalut hotdog dan air coklat. Dengan keadaan jalan yang agak sibuk pada pagi itu, rombongan kami selamat sampai ke destinasi yang dituju pada 9.30 pagi.
Program yang diatur oleh pihak Pusat Sains untuk rombongan kami bermula pada pukul 10.00. Kumpulan pertama seramai 40 orang pelajar 5 & 6 tahun mengikuti Program Saintis Tunas, sementara kumpulan kedua melawat galeri di aras 1 & 2 (walaupun mereka lebih bertumpu dengan taman permainan kanak-kanak), mencuba 'gadget' yang dipamerkan. Kumpulan ketiga yang terdiri dari pelajar 3, 4 dan 'seniors' dibawa melawat ke Pameran 'Age of the Giants' oleh Saudara Setiausaha 3P, En Hamdan, dan 3 orang 'ibu' mereka.
Pada pukul 10.45 pagi, kumpulan kedua pula mengikuti Program Saintis Tunas. Sementara menunggu 'Science Show' pada 2.00 tengahari, anak-anak ini leka bermain di playground dan mencuba gadgets di ruang pameran. Menjelang 11.45 pagi, ruang tempat duduk di hadapan pentas 'Science Show' telah dipenuhi oleh ahli-ahli rombongan kami. Sambutan hangat diberikan oleh anak-anak ini bila Abang 'Nano' muncul di pentas untuk memulakan demo. Mereka begitu responsif dengan arahan-arahan yang diberikan. Begitu ramai yang menawarkan diri untuk naik ke pentas melakukan demo bersama Abang 'Nano'.
Akan bersambung...
Ahad, 30 Oktober 2011
LAWATAN SAMBIL BELAJAR WARGA 3P KE BALAI BOMBA SERDANG
Serdang, 25 Oktober - Selama 2 minggu anak-anak 3P menghadapi ujian lisan dan bertulis Akhir Tahun PASTI. Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu oleh warga cilik 3P akhirnya tiba. 2 sesi Lawatan Sambil Belajar telah disusun oleh pihak pengurusan 3P untuk para pelajar 3P.
Lawatan pertama adalah ke Balai Bomba & Penyelamat Serdang pada Selasa, 25hb Oktober 2011. Pada hari Isnin, ahli rombongan dibahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil dan diperkenalkan kepada ketua/ibu masing-masing. Cikgu Hanum memberi taklimat dan nasihat kepada pelajar-pelajar.
Awal pagi Selasa, seawal 6.45 pagi anak-anak 3P telah tiba. Menjelang 8 pagi, premis lama 3P telah dipenuhi oleh ahli rombongan yang tak sabar-sabar nak menaiki bas. Asyik bertanyakan bila bas akan tiba. Ahli rombongan berbaris mengikut kumpulan masing-masing menanti ketibaan bas rombongan. Pada pukul 8.40 pagi, 2 bas sekolah yang dinanti-nanti tiba.
Keriangan jelas terpancar di muka anak-anak ini. Almaklum, jarang-jarang atau mungkin bagi setengah mereka tidak pernah menaiki bas rombongan. Tambahan lagi pergi rombongan bersama rakan-rakan. Pakcik pemandu bas memandu bas agak perlahan untuk memberi peluang kepada anak-anak ini melihat dan memberi komen suasana sekeliling mereka.
Ketibaan kami pada pukul 9.30 pagi disambut oleh Pegawai Bomba & Penyelamat Serdang, Encik Norazam Haji Udin dan beberapa kakitangan bomba lain, En Ismadi, En Aliff dan En Nik. En Ismadi dan En Aliff memberi taklimat tentang tugas dan tanggungjawab ahli bomba, aspek keselamatan yang perlu dijaga oleh anak-anak, beberapa teknik menyelamatkan diri dari kebakaran. Beberapa orang anak-anak 3P berpeluang untuk mengenakan pakaian bomba dan menunjukkan teknik menyelamatkan diri.
Menjelang 10.15 pagi, anak-anak ini sudah bertanyakan bila boleh makan. Kami berihat seketika untuk makan pagi dengan bekal makanan dan minuman yang dibawa. Seterusnya, saat yang menerujakan bagi ramai anak-anak ini, bila siren trak bomba dinyalakan, dan En Ismadi dan En Aliff mula menarik paip bomba untuk menyembur air. Anak-anak ini bergilir-gilir mencuba kebolehan menyembur air.
Sesi taklimat tamat sekitar 11.00 pagi. Puan Hasnah yang mengetuai rombongan sempat memberi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dan menyampaikan cenderahati bagi pihak 3P kepada En Norazam Haji Udin.
Walaupun berada di luar 3P, perhimpunan pulang tetap diadakan dengan pembacaan ikrar dan doa diketuai oleh Muhammad Hasbi. Sebelum pulang, anak-anak ini bersalaman dengan 'Pakcik-Pakcik' bomba. Rombongan kami selamat tiba di 3P pada pukul 11.45 pagi. (Kepada Puan Ira, mama Husna Amani, Jazakallah atas bantuan mengelolakan anak-anak semasa rombongan. Harap Puan Ira tak keberatan juga untuk membantu di program-program 3P akan datang;-)). Walaupun keletihan, ada juga anak-anak yang bertanya bila lawatan yang satu lagi akan diadakan - iaitu lawatan ke Pusat Sains Negara. Tunggu...
Ikuti gambar-gambar yang sempat diambil semasa Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Serdang.
![]() |
| Cikgu Hanum memberi taklimat dan peringatan kepada ahli-ahli rombongan |
![]() |
| Beratur untuk menanti giliran berjalan ke bas yang baru sampai |
![]() | ||||
| Puan Ira membawa anak-anak dibawah kelolaannya | ke bas yang menunggu |
![]() |
| Cikgu Hanum bersama 'anak-anaknya' |
![]() |
| Satu dari 2 bas yang membawa ahli rombongan 3P |
Suasana riang di dalam bas, dalam perjalanan ke destinasi
![]() |
| En Ismadi dan En Aliff berhadapan dengan anak-anak 3P sebelum memulakan taklimat |
![]() |
| Abdul Rahman dan Yasmeen 'volunteer' untuk melakukan demo menyelamatkan diri |
Yasmeen dan Afi (di bawah) melakukan teknik menyelamatkan diri jika baju terkena api
![]() |
| Ahmad Faris menunjukkan cara menyelamatkan diri dalam bilik yang dipenuhi asap |
Yasmeen, Ahmad Faris, Hayqal, Abdul Rahman dan Luthfil
mengenakan & menggayakan 'uniform' bomba
DEMO MENYEMBUR AIR KE ARAH KEBAKARAN
Puan Hasnah menyampaikan ucapan penghargaan dan
menyerahkan cenderahati 3P kepada En Norazam
![]() | ||||
![]() |
| Sesi perhimpunan balik-membaca iqrar dan doa berjamaah |
![]() |
| Ahli-ahli rombongan bersalaman dengan Pakcik-pakcik bomba |
Rabu, 12 Oktober 2011
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PCPP/3P MERIAH
Seperti yang dijadualkan dan diwar-warkan di banner dan blog 3P, alhamdulillah Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PCPP/3P berlangsung pada pagi Sabtu 24hb September 2011 di Bangunan Kedua 3P (No 2, Jalan PP51). Ini merupakan tahun ketiga PCPP/3P menganjurkan Rumah Terbuka ini. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat sebelum Zohor berjalan lancar. Alhamdulillah cuaca pun cerah.
Awal pagi, suasana masih agak lengang. Menu utama, Laksa Utara, yang disediakan oleh Pak Ya Catering agak lewat sampai. Tetapi beberapa staf dan AJK 3P telah berada di 3P membuat persiapan terakhir dari awal pagi lagi. Malahan, pada malam sebelumnya, persiapan memasak nasi impit, masak lodeh dan lain-lain serta pemasangan khemah berjalan sehingga awal pagi Sabtu. Ramai muslimin, muslimat dan anak-anak datang memeriahkan suasana persiapan awal majlis.
Dianggarkan 300 orang berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PCPP kali ini. Pendaftaran pelajar baru 3P untuk sesi 2012 turut dibuka. Beberapa orang ibubapa mengambil kesempatan ini untuk mendaftarkan anak-anak mereka.
Ikutilah beberapa gambar yang diambil sepanjang majlis berlangsung:
![]() |
| Encik Yusri dan keluarga, jiran 3P, tetamu terawal sampai |
![]() |
| Baby Auni, adik Hana dan Wani, pun tak ketinggalan bersama di Majlis Rumah Terbuka 3P |
![]() |
| Ustaz Azani Mohamad, Penasihat PASTI Kawasan Puchong, bersama Ustaz Azhar, ayah As'ad menjamu selera |
![]() |
| Begitu leka Yaya (Hadhirah) anak jiran 3P, En Hiruddin, menikmati laksa utara |
![]() |
| 'Pasangan 2 Sejoli' - En Md Nor, Naib Ketua PCPP & Pn Hapipah, Ketua DMPCPP |
Suasana riang dan meriah Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PCPP/3P
![]() |
| Penyambut tetamu 3P, Cikgu Fatimah, Pn Ruzita dan Cikgu Anis |
![]() |
| Puan Hasnah bergambar bersama tetamu-tetamu cilik |
![]() |
| Keluarga En Nuzul Azam |
![]() |
| En Azam bersama tetamu dari Nigeria |
![]() |
| Orang-orang penting PCPP bersama En Rosharizan (berbaju petak lengan pendek), Ketua Pemuda PAS Puchong |
![]() |
| 'Classmates' UPM berjumpa, banyak yang dibincangkan |
![]() |
| Dah siap berkemas, sempat lagi bergambar bersama |
Langgan:
Catatan (Atom)














































