PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Sabtu, 16 Julai 2011

3P JUARA KESELURUHAN HARI BAKAT PASTI PUCHONG 2011!!!

SUNWAY, 16 Jul - PASTI Putra Permai (3P) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan pada Hari Bakat PASTI Kawasan Puchong 2011 yang berlangsung pada pagi Sabtu, 16 Julai di Kompleks 3C MPSJ, Sunway.

3P mengambil bahagian dalam 9 acara di mana keputusan adalah seperti berikut:

1) Hafazan (L)  - Adik Muhammad Zharif bin Nuzul Azam      ----> Saguhati
2) Hafazan (P) - Adik Siti Nurlaila Khalilah binti Zamri            ----> Saguhati
3) Azan - Adik Muhammad Luthfil Hadi bin Syawalluddin       ----> Ketiga
4) Khutbah - Adik Adam Hakimi Mohd Hanafiah                   ----> Saguhati
5) Bercerita (P) - Adik Nursha Hana binti Mohd Azrin            ----> Saguhati
6) Sajak (L) - Adik Hasbi bin Haris                                        ----> Kedua
7) Sajak (P) - Adik Nurul Ro'aina binti Rosle                          ----> Pertama
8) Pidato - Adik Yasmin binti Moohamad Ropaning                ----> Kedua
9) Nasyid  (L & P)                                                                 ----> Pertama

Pukul 6.45 pagi para peserta dan ibubapa masing-masing telah berada di 3P.  Ibubapa menghantar anak-anak yang turut serta.  Ada juga naik bersama rombongan berbas 3P.  Setelah kumpulan nasyid bersalin pakaian, akhirnya rombongan bertolak ke Kompleks 3C pada pukul 7.15 pagi.  Didalam bas, ahli rombongan sarapan sandwich telur, nugget dan air coklat.  Trafik agak lancar, kami sampai di tempat pertandingan sebelum 8.00 pagi.

Sesampai di Kompleks 3C, semua peserta mengikut guru masing-masing ke bilik-bilik pertandingan yang ditetapkan. Alhamdulillah, semua acara pertandingan tamat sebelum pukul 11 pagi seperti yang dijadualkan.  Hanya keputusan juri agak mengambil masa sedikit.

Keputusan keseluruhan adalah 3P Juara, Ainul Mardhiah Naib Juara dan Mawardi Tempat Ketiga.

Insyaallah, kumpulan nasyid 3P dan Adik Nurul Ro'aina (sajak (P)) akan mewakili Puchong ke Hari Bakat PASTI Negeri Selangor yang akan berlangsung di Sek Agama Rendah Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Kuala Langat pada Sabtu depan, 23hb Julai 2011.  Semoga mereka terus cemerlang.  Sama-samalah kita memberikan sokongan moral kepada pasukan 3P!

Beberapa gambar yang diambil untuk tatapan bersama (banyak lagi gambar dari beberapa kamera belum dimuatnaik):


Awal pagi, peserta rombongan baru tiba di 3P

Beratur untuk membaca doa

Berjalan ke bas rombongan yang sedia menanti

Di dalam bas sambil sarapan dan berbual



Arief Hayqal dan ibunya

Suasana di Bilik 3

Kumpulan Nasyid 3P mendendangkan 2 lagu -
Kisah Nabi Nuh (BM) & Kebersihan Sebahagian dari Iman(Arab)

Suasana di Bilik 2

Berihat sambil makan di Playground, Iman Umairah bersahaja minum air oren

Puan Azlin sedang makan mihun bersama anak-anaknya, Hana & Wani

Ayah & ibu Hasif, En Khumaidi dan Puan Wahidah

Suasana di depan dewan, riuh dengan anak-anak,
sementara menunggu keputusan pertandingan diumumkan

Pengerusi PASTI Puchong merangkap Pengarah Program,
Saudara Fazli menyampaikan ucapan

Kerenah 'Bilal-bilal Muda 3P', Luthfil & Rauf bersama Puan Hasnah

YDP Puchong, Ustaz Suffian Ismail, menyampaikan ucapan perasmian

Pengurus 3P, Puan Hasnah, bersama suami, Tuan Haji Latib

Muhammad Zharif menerima hadiah saguhati acara Hafazan(L)

Siti Nurlaila Khalilah menerima hadiah saguhati acara Hafazan (P)

Luthfil Hadi menerima hadiah tempat ketiga acara Azan

Yasmin, pemenang tempat kedua Pidato bersama Ustaz Azani

Ahmad Darwisy menerima hadiah saguhati bagi
pihak Adam Hakimi (acara Khutbah)

Nurul Ro'aina, pemenang tempat pertama Sajak (P) menerima hadiah
dari Saudara Rosharizan, Ketua Pemuda PAS Puchong

Pasukan Nasyid 3P menerima hadiah tempat pertama dari YDP Puchong

Puan Hasnah menerima Piala Pusingan Juara Hari Bakat bagi pihak 3P

Pasukan 3P bergambar dengan piala kemenangan bersama VVIP

Dalam bas, perjalanan balik ke 3P, Afifah, Aisyah & Dafina

Cikgu-cikgu 3P begitu riang sekali

Di sebalik keriuhan anak-anak 3P di belakang,
Saudara Zamri, AJK 3P, sempat juga melelapkan mata


Khamis, 14 Julai 2011

SESI FOTOGRAFI KONVO & KELAS 3P

Pada hari Khamis, 13 Julai 2011, kelas-kelas 4 dan 6 tahun merekodkan 100% kehadiran.  2 orang tidak dapat hadir di kelas-kelas 5 tahun atas sebab kesihatan. Kehadiran yang begitu tinggi.  Kenapa?  Kerana ada sesi fotografi...  Anak-anak 3P tiba awal pagi, tidak sabar-sabar menanti sesi bergambar. 

Uncle Din, jurufoto dari E-Lay & Uncle Firdaus tiba pada pukul 8.35 pagi untuk memulakan sesi fotografi di 3P.  Pelajar-pelajar kelas 4 tahun yang mula-mula bergambar dengan jubah, diikuti oleh kelas 5 dan 6 tahun.  Sesi bergambar pelajar-pelajar 6 tahun agak panjang kerana mereka turut bergambar individu.

Sesi fotografi pada pagi itu tamat hampir pukul 12 tengahari.  Ikuti beberapa gambar (tak profesional) yang sempat kami ambil.  Bagaimanakah gambar-gambar anak-anak ini yang telah di 'touch-up'?  Tunggu...., bulan Oktober nanti, insyaallah

Anak-anak kecil molek dari kelas 4 Hambali & Muslim

Gambar kelas 4 Muslim
Uncle Din dan Uncle Firdaus tengah menyiapkan
 anak-anak 4 Hambali di tempat masing-masing


Kelas 5 Bukhari - semua hero


Kelas 5 Maliki

Anak-anak 5 Hanafi sedang beratur untuk bergambar

Kelas 5 Hanafi

Kelas 6 Nawawi

Giliran anak-anak 6 Shafie pula




 Beberapa gambar individu yang sempat diambil

Staf 3P 2011 bergambar bersama pengurus, Puan Hasnah

Jumaat, 8 Julai 2011

JEMPUTAN KE HARI BAKAT PASTI KAWASAN PUCHONG 2011

Rujukan kami           : PPP/2011/7 (20)
Tarikh                        : 7 Julai 2011 bersamaan 5 Syaaban 1432H



Yang dihormati Ibubapa/Penjaga Pelajar,


Tuan/Puan,

PER: JEMPUTAN KE HARI BAKAT PASTI KAWASAN PUCHONG

Merujuk perkara di atas, sukacita kami maklumkan bahawa PASTI Kawasan Puchong akan menganjurkan HARI BAKAT PASTI KAWASAN PUCHONG pada:

Tarikh             :           Sabtu, 16hb Julai 2011
Masa               :           8.00 pagi – 1.30 tengahari
Tempat           :           Kompleks 3C, Sunway (peta dilampirkan)
Insyaallah, PASTI Putra Permai akan menghantar wakil dalam 9 acara iaitu:
i)                   Nasyid Berkumpulan
ii)                Sajak (Lelaki)
iii)              Sajak (Perempuan)
iv)              Khutbah (Lelaki)
v)                 Pidato (Perempuan)
vii)            Bercerita (Perempuan)
viii)         Azan (Lelaki)
ix)              Hafazan (Lelaki)
x)                 Hafazan (Perempuan)

Semua pelajar yang mengambil bahagian diminta berada di premis 3P pada pukul 6.45 pagi, Sabtu, 16 Julai 2011 sebelum bertolak ke tempat pertandingan dengan kenderaan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Kami amat berbesar sekiranya tuan/puan dapat meluangkan masa untuk sama menyaksikan dan memberi sokongan kepada pelajar-pelajar cilik ini membuat persembahan dan mempamerkan bakat mereka.

Tuan/puan dipersilakan melayari blog 3P di http://pastiputrapermai.blogspot.com  untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti/maklumat/berita terkini 3P dan PASTI amnya. Sebarang pertanyaan mengenai semua perkara diatas, tuan/puan boleh hubungi guru kanan, Puan Hanum/pejabat di talian 03-8941 3357/013-9904069 atau saya sendiri di talian 016-346 9907/emel hyusop@gmail.com.

Sekian.Terima kasih.

Yang benar,


HASNAH BINTI YUSOP
Pengurus, PASTI  Putra Permai

PERINGATAN: SESI FOTOGRAFI KONVO & BERKUMPULAN PASTI PUTRA PERMAI 2011

Kami ingin mengingatkan tuan/puan mengenai sesi fotografi Konvo untuk pelajar  6 tahun dan gambar berkumpulan untuk pelajar 4 dan 5 tahun yang akan diadakan pada hari RABU depan, 13 JULAI 2011.

Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama ibubapa untuk mempastikan anak-anak PASTI Putra Permai hadir di sekolah pada tarikh ini. Sesi fotografi akan diadakan seawal 8.30 pagi.  Semua pelajar diminta berada di sekolah sebelum pukul 8.00 pagi dengan pakaian seragam HIJAU untuk persiapan sebelum sesi fotografi.

Foto-foto yang diambil ini boleh didapatkan pada awal November atau pada Hari Akademik PASTI Putra Permai yang dijadualkan pada hari Sabtu, 13 November 2011.  Sila isi borang tempahan yang dilampirkan bersama memo bertarikh 22 Jun dan 7 Julai dan serahkan kepada kami selewat-lewatnya pada 13hb Julai 2011.

Sebarang pertanyaan mengenai semua perkara diatas, tuan/puan boleh hubungi guru kanan, Puan Hanum/pejabat di talian 03-8941 3357/013-9904069 atau saya sendiri di talian 016-346 9907/emel hyusop@gmail.com.

Sekian.Terima kasih.

Pengurusan 3P