PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Khamis, 30 Disember 2010

MAJLIS TAKLIMAT PELAJAR PASTI PUTRA PERMAI 2011

Rujukan kami  : PPP/2011/01
Tarikh              : 30 Disember 2010/24 Muharram 1432H




Yang dihormati Bapa/Penjaga Pelajar,


PER:   MAJLIS TAKLIMAT IBUBAPA DAN PELAJAR PASTI PUTRA PERMAI SESI 2011

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita kami memaklumkan bahawa sesi persekolahan bagi PASTI Kawasan Puchong akan bermula pada Selasa, 4hb Januari 2011.

Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput tuan/puan serta pelajar ke Majlis Taklimat  Ibubapa  dan Pelajar PASTI Putra Permai Sesi 2011 seperti berikut:

a)      Sesi Pertama (Untuk Pelajar K4T & 5 Tahun)
Tarikh:             Ahad, 2 Januari 2011
Masa:               8.30 pagi
Tempat:           PASTI Putra Permai, No 1, Jalan PP52

b)      Sesi Kedua (Untuk Pelajar 6 Tahun)
Tarikh:             Ahad, 2 Januari 2011
Masa:               11 pagi
Tempat:           PASTI Putra Permai, No 1, Jalan PP52

Semasa ibubapa menghadiri taklimat, pelajar-pelajar 5 atau 6 tahun akan menjalani ujian pendek kemasukan/pembahagian kelas.  Selepas taklimat, tuan/puan boleh membuat pembayaran yuran dan mengambil pakaian seragam hijau (jika belum berbuat demikian).

Kehadiran tuan/puan dan para pelajar ke majlis ini amat diharapkan dan dihargai. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, tuan boleh hubungi guru kanan, Puan Hanum di talian 03-8941 3357 atau saya sendiri di talian 016-346 9907.

Sekian.Terima kasih.

“PASTI FOR ALL”

Yang benar,



HASNAH BINTI YUSOP
Pengurus, PASTI  Putra Permai

Isnin, 20 Disember 2010

GOTONG-ROYONG PERSIAPAN 2011 3P BERMULA!

Pada Jumaat, 17 Disember 2010, selepas Isyak, sekumpulan AJK 3P,ahli PCPP dan beberapa sukarelawan berkumpul di bangunan baru 3P untuk memulakan gotong royong mengecat, membersihkan, memasang papan tanda dan pelbagai kerja penyelenggaraan dan membaikpulih kedua-dua bangunan 3P.

Oleh kerana kebanyakan AJK bekerja pada waktu siang, gotong-royong ini dijalankan pada selepas Isyak setiap malam. Guru-guru dan staf 3P meneruskan kerja-kerja membersih dan menyiapkan kelas pada siang harinya.  Ianya dijangka berlangsung sepanjang minggu ini untuk mempastikan kedua-dua bangunan siap untuk digunakan bagi sesi 2011.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang tenaga boleh menghubungi Setiauasaha 3P, En Hamdan Harun di 019-2170771 atau datang terus ke 3P selepas Isyak sepanjang minggu ini.

Kepada semua yang terlibat, Jazakumullah hukhairan kasiiran.

Beberapa gambar yang sempat diambil pada malam pertama gotong-royong...
Tuan Haji Arbani mengetuai kumpulan memasang penutup pintu pagar.


En Md Noor mengetuai kumpulan memasang signboard 3P
 
Tuan SU 3P bergambar bersama PIC, En Md Noor dihadapan signboard baru 3P

'Peserta' mengecat bersiap sedia dengan peralatan





Khamis, 16 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEDUA 3P!

Pada hari Selasa,14 Disember 2010, genaplah 2 tahun PASTI Putra Permai (3P) beroperasi.

Penubuhan 3P ini terbit dari kerjasama beberapa orang ahli jemaah PCPP yang begitu menginginkan tarbiyyah Islam dimulakan diperingkat awal kanak-kanak di Taman Pinggiran Putra ini dan kawasan sekitarnya. Mereka bekerja keras untuk mengumpulkan dana, mengembeling tenaga, idea, apa jua jerit perih bagi merealisasikan penubuhan 3P.

Dari hanya menyewa sebuah rumah teres dua tingkat 'corner lot' di Jalan PP52 pada hujung 2008, kini 3P beroperasi di dua buah rumah teres dua tingkat 'corner lot.  Dari hanya 40 orang pelajar pada tahun 2009, insyaallah pada tahun hadapan, dijangkakan lebih kurang100 orang kanak-kanak dari usia 3 hingga 6 tahun akan menyertai tarbiyyah Islam di 3P.

Baik dari segi akademik, pencapaian kokurikulum 3P juga agak memberangsangkan pada tahun ini dengan menjadi juara bolasepak PASTI Kawasan Puchong dan tempat ketiga keseluruhan pada Hari Bakat PASTI Kawasan Puchong.

Insyaallah dengan kerjasama erat semua pihak dari peringkat pengurusan, guru-guru, ibubapa dan masyarakat sekeliling, 3P akan terus maju ke depan dalam semua aspek baik dari segi akademik, kokurikulum, perhubungan serta khidmat masyarakat dan seumpamanya.  Yang utama adalah untuk melahirkan Insan Soleh dari pentarbiyyahan Islam yang syumul di PASTI.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat dua orang yang begitu sentimental dalam penubuhan 3P yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun ini, Allahyarham Pak Din dan Allahyarhamah Kak Noriah.  Moga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amin....

Selasa, 7 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432 HIJRAH

Warga PASTI Putra Permai (3P) ingin mengucapkan


Allah swt.berfirman yang mafhumnya :"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah ( untuk membela dan menegakkan Islam ) , nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang  banyak dan  rezeki  yang makmur , dan sesiapa yang  keluar dari rumahnya  dengan tujuan untuk berhijrah  kepada Allah dan RasulNya , kemudian ia mati ( dalam perjalanan) , maka sesungguhnya telah tetap  pahala hijrahnya  di sisi Allah. Dan (ingatlah ) Allah Maha  Pengampun lagi Maha Mengasihani ". ( QS an-Nisa ayat 100 ).

Ahad, 28 November 2010

KEJOHANAN FUTSAL BANDAR PUTRA PERMAI 2010

Pada Sabtu, 27hb November 2010, berlangsung Kejohanan Futsal Bandar Putra Permai 2010 anjuran Biro Sukan Surau AlMunawwarah dan Pemuda PAS Cawangan Putra Permai (PCPP) di Tonga De Futsal.  Kejohanan yang pada mulanya dijadualkan pada 28hb November diawalkan sehari atas sebab-sebab teknikal.

Inilah julung-julung kali kejohanan seumpamanya dianjurkan oleh pihak surau dengan kerjasama Pemuda PCPP. Ianya disertai oleh 4 pasukan iaitu:

       1)  Munawwarah FC mewakili Surau AlMunawwarah
       2)  V-Star mewakili Surau Al-Irsyad, Vista Pinggiran
       3)  3P Parents
       4)  AJK 3P & Pemuda PCPP

Kejohanan kali ini diungguli oleh Munawwarah FC yang diketuai oleh Ketua Biro Sukan, Cikgu Syed Ahmad Thani yang mengalahkan V-Star 2-1 pada perlawanan akhir.  Wakil bapa-bapa 3P, 3P Parents, yang ketiadaan ramai pemain kuat oleh kerana perubahan tarikh, menduduki tempat ketiga.

Insyaallah, pada tahun depan, 3P Parents, akan lebih mantap lagi dan memberi saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain...

Ikuti gambar-gambar yang diambil pada Sabtu...


Pengerusi Surau AlMunawwarah memberikan kata-kata semangat kepada Munawwarah FC
 GAMBAR-GAMBAR PASUKAN YANG BERTANDING
Munawwarah FC vs V-Star (1-0)

3P Parents vs AJK 3P & Pemuda PCPP (Parents menang)

  
AJK 3P & Pemuda FC vs Munawwarah FC (Munawwarah menang!)

3P Parents vs Munawwarah FC (seri 2-2)
Pertandingan Akhir - Munawwarah FC vs V-Star (2-1)
PARA PENYOKONG


'Munawwarah Eligible Bachelors' - Tuan Hj Salleh & En Abd Raffar

Sambil memberi sokongan kepada ayah, En Hafizul, Aisyah masih sempat baca buku (Syabas). 
Cikgu Syed pun tumpang sekaki..

Sakit kaki pun Puan Hasnah datang juga memberi sokongan kepada
suami (AJK 3P & Pemuda PCPP) dan pasukan 3P Parents

Danial, Muhammad dan adik turut sama memberikan sokongan kepada pasukan 3P
   PENYAMPAIAN HADIAH



Encik Mohd Rafi (3P Parents) menerima hadiah tempat ketiga dari En Abd Raffar

Asyraf & Zuhdi (V-Star) menerima hamper tempat kedua bersama En Abd Raffar

Juara Munawwarah FC menjulang hamper tempat pertama yang dimenangi

Encik Rosli, pengadil kejohanan, menerima cenderahati dari En Abd Raffar
Meriah... sesi gambar beramai-ramai

Selasa, 23 November 2010

HARI IHTIFAL & AKADEMIK 3P 14 NOVEMBER 2010 (BHG 2)

Lagi gambar-gambar dari Hari Ihtifal & Akademik 3P untuk tatapan semua...

'ISLAMIC FASHION SHOW'-4 HAMBALI DAN RAKAN-RAKAN



 Pelbagai gaya yang dipamerkan oleh pelajar-pelajar cilik ini

Cikgu Hanum menyampaikan sijil dan cenderamata kepada Siti Nurlaila Khalilah
(Siti menggayakan pakaian seragam baru PASTI berwarna hijau & kuning)

Kumpulan Dikir Barat 5 Hanafi & Maliki. Tukang karutnya, Baihaqi dari 6 Shafie

Pertunjukan taekwando oleh pelajar-pelajar Master Kumaraguru

Cikgu Siti Hasnida (As) menerima anugerah Guru Paling Popular di kalangan murid 3P dari En Raffar

Tokoh Pelajar 3P 2010- Adik Muhd Nurhakimi bin Nurul Hasani menerima hadiah dari En Raffar

Puan Hasnah menyampaikan cenderahati kepada En Abdul Raffar Embong yang sudi
merasmikan Hari Ihtifal & Akademik 3P 2010

Guru-guru yang mendidik & mengasuh anak-anak 3P
Dari kiri - Cikgu Siti Hasnida, Cikgu Jamnah, Puan Hasnah,
Cikgu Wan Halimatul Shahanum, Cikgu Nurul Hazleen

'3P's Macho Men' - orang-orang kuat di sebalik tabir 3P
Dari kiri - En Khumaidi (Bendahari PCPP/Pemangku Bendahari 3P), Cikgu Tarmizi (Timbalan SU 3P), En Mohd Noor (Naib Ketua PCPP/Bhg Keselamatan 3P aka graphic designer aka Abuya anak2 3P), En Hamdan (SU PCPP/SU 3P aka Pak Dan), Tuan Hj Latib (Bhg Penyelenggaraan aka Tukang Mesin Rumput 3P)


Selasa, 16 November 2010

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1431H

Seluruh pengurusan dan staf 3P mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha عيد الأضحى  ‎  1431H kepada semua ibubapa anak-anak 3P dan pengunjung blog ini.  Hati-hati di jalanraya.  Sama-sama kita hayati pengertian Aidil Adha yang sebenarnya...


HARI IHTIFAL & AKADEMIK 3P 14 NOVEMBER 2010 (BAHAGIAN 1)

Awal pagi Ahad, 14 November 2010, anak-anak 3P, guru-guru dan ibubapa telah mula memenuhi premis 3P di No 1, Jalan PP52 dan No 2, Jalan PP51. Pada hari ini berlangsung acara kemuncak 3P bagi tahun 2010, iaitu Hari Ihtifal dan Akademik. 


Hari Ihtifal & Akademik ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar Pasti Putra Permai dalam bidang akademik, ko-kurikulum, akhlak dan seumpamanya. Di hari ini juga pelajar-pelajar akan menunjukkan bakat mereka kepada keluarga dan para guru.

Di samping itu juga pihak sekolah ingin memaklumkan kemajuan anak-anak 3P sepanjang tahun khususnya enam bulan terakhir ini disamping ingin mendapat maklumbalas dari ibubapa tentang sebarang kemajuan/komen mengenai anak-anak 3P di rumah dan persekitaran mereka.

Alhamdulillah, cuaca begitu baik pada pagi Ahad sehinggalah tamat majlis pada 1.00 tengahari.  Majlis pagi itu disempurnakan perasmiannya oleh Ketua PAS Cawangan Putra Permai, En Abdul Raffar bin Embong.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa serta ahli keluarga anak-anak 3P yang memenuhi premis tambahan 3P pada Hari Ihtifal 3P untuk menyaksikan persembahan warga cilik 3P serta berjumpa dengan para guru kami untuk sesi bertemu ibubapa dan anak-anak.  Jazakumullah hukhairan kasiiran juga atas segala kerjasama dan sokongan padu yang ibubapa semua berikan dalam sama-sama mendidik dan memajukan anak-anak di 3P.  Kami memohon maaf di atas segala kekurangan dalam penganjuran majlis tersebut. (Insyaallah tahun depan, kita adakan di premis yang lebih besar dan selesa untuk menampung kapasiti hadirin yang ramai...)

Ikuti gambar-gambar yang diambil sebelum dan semasa Majlis Ihtifal & Akademik 3P.  Insyaallah, lebih banyak gambar dan video akan dimuatnaik selepas Aidil Adha...

HARI SEBELUMNYA
Guru-guru dan anak-anak seharian di 3P membuat persiapan untuk majlis.  Malam sebelumnya, AJK dan ahli PCPP mengangkut kerusi, meja dan 'pallette' utk pentas.  Terima kasih semua...
Cikgu Jam dan Cikgu Lin membuat persiapan terakhir membungkus hadiah-hadiah tambahan

Cikgu Hanum yang berbadan dua nampak keletihan selepas seharian
membuat persiapan untuk majlis keesokan harinya

Puan Hasnah turut membantu guru-guru dengan persiapan majlis

Cikgu Lin bersama anak-anak dan Haziq Hasmi, anak Cikgu As

Cikgu As bersama anak-anak dan anak Cikgu Lin, Aisyah
 HARI IHTIFAL & AKADEMIK 3P

Guru-guru menyiapkan meja hadiah, sementara En Rizam memasang PA system

Antara hadirin yang paling awal hadir

Cikgu Hanum di meja pendaftaran pelajar 2011 & jualan CD 3P serta pensil warna

Meja hadiah

Anak En Rizam menjaga siaraya dan tuan 'MC' tengah membaca 'skrip' kot..

Haddad, Wani, Adib dan Eka bergaya dengan fesyen pakaian

Tuan MC, Saudara Fakhrul, mengalu-alukan kedatangan para hadirin

Team bercerita - Luthfil, Nurin Dayana, Aliah dan Arief Hayqal (Yasmin tiada dalam gambar)

Adik Irdina Darwisya dari Kelas Membaca Al-Quran & Iqra malam membaca Surah Al A'la

Pelajar-pelajar perempuan 6 Shafie menyanyikan lagu rasmi PASTI, PASTI Cemerlang, Islam Gemilang


Puan Hasnah, Pengurus 3P, menyampaikan ucapan aluan

En Abdul Raffar bin Embong, Ketua PCPP, menyampaikan ucapan perasmian

Antara para hadirin yang memenuhi premis 3P


Team bercerita dan kelas 5 Hanafi & Maliki

Cikgu Hanum, guru kanan 3P, menyampaikan sijil dan cenderamata
kepada As'ad dari 5 Maliki

Kumpulan nasyid pelajar lelaki 6 Shafie, mengumandangkan nasyid yang
memenangi tempat kedua di Hari Bakat PASTI Puchong, Kisah Nabi Yunus & Ikan Nun

AKAN BERSAMBUNG, INSYAALLAH.....