PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Isnin, 25 Oktober 2010

TEMPAT KETIGA KESELURUHAN BAGI 3P!

Sekalung tahniah kepada team 3P yang mendapat tempat ketiga keseluruhan pada HARI BAKAT KAWASAN PUCHONG 2010 yang berlangsung di Fakulti Ekologi Manusia, UPM pada Ahad, 24hb Oktober 2010.

Ahli rombongan 3P berkumpul di 3P seawal 7.15pagi tetapi hanya bertolak pada pukul 7.55pagi.  Sampai ditempat pertandingan, ahli rombongan bersarapan dengan bekalan yang dibawa dari sekolah.  Setelah sarapan, barulah guru-guru menyiapkan para pelajar ini.

Pelajar-pelajar ini diiringi oleh Cikgu Hanum, Cikgu Hasnida, Cikgu Lin dan Cikgu Jamnah ke dewan-dewan dimana acara-acara mereka dilangsungkan.  Turut hadir memberi sokongan moral Pengurus 3P, Puan Hasnah dan SU 3P, En Hamdan serta ibubapa dan beberapa orang rakan mereka dari 3P.

Team 3P menyertai 5 dari 10 acara yang dipertandingkan iaitu:

1)   Azan - Adik Muhammad Nurhakimi                       TEMPAT PERTAMA
2)  Hafazan Lelaki-Adik Muhammad Firdaus                SAGUHATI
3)  Hafazan Perempuan - Adik Aisyah Hafizul Hamdi    SAGUHATI
4)  Nasyid berkumpulan                                                TEMPAT KEDUA
5)  Pidato - Adik Nureen Nazifah                                  TEMPAT KETIGA

HARI BAKAT PASTI PUCHONG pada kali ini diungguli oleh PASTI Ainul Mardhiah dan tempat kedua keseluruhan oleh PASTI Ar-Raihan.

Kepada guru-guru 3P dan AJK Pemuda PCPP, Saudara Fakhrul, yang telah banyak berusaha mengasah bakat terpendam anak-anak ini , Jazakallahukhairan kasiiran.  Teruskan usaha murni kalian semua.  Semoga 3P terus berjaya di masa akan datang, Amin.

Ikuti gambar-gambar yang diambil pada hari pertandingan:

Rombongan 3P mengambil gambar sebelum bertolak ke UPM

Awal pagi kena sarapan susu dulu....

...dan roti sandwich

Selesai sarapan, para guru sibuk menyiapkan pelajar-pelajar ni

Dah segak dan bergaya, kumpulan nasyid 3P beratur masuk ke dewan pertandingan
diiringi oleh Cikgu As dan Cikgu Lin


'Bilal Muda 3P', Adik Nurhakimi mengumandangkan Azan Subuh
dihadapan para juri dan penonton di Dewan 2


Pemidato 3P, Adik Nureen Nazifah, menyampaikan pidato bertajuk Masa di Dewan 3

Adik Firdaus menjawab soalan yang diberi oleh juri
dalam pertandingan Hafazan Lelaki
 

Adik Aisyah membaca surah lazim yang diminta oleh para juri

Pasukan Nasyid 3P duduk di tempat yang disediakan sementara menunggu giliran

 PARA PENYOKONG 3P
Nursha Hana, Nursha Wani dan mama mereka

Ayah dan adik-adik Faiz Ilhamy, peserta nasyid

Keluarga Kak Long Fasha

Cikgu Azwa dan Cikgu Salma serta anak-anak memberikan
sokongan kepada pasukan nasyid 3P

Nurin Dayana dan keluarga turut datang memberikan sokongan moral pada pasukan 3P

Umi Aisyah dan kakak serta adik

Pasukan Nasyid 3P mengumandangkan nasyid bertajuk 'Nabi Yunus dan Ikan Nun' dan 'Do You Know'

Para VIP - dari kiri Ustaz Asrul, Dr Shafie Abu Bakar, Ustaz Sufyan
dan Saudara Rosharizan

Adik Nurhakimi, pemenang tempat pertama Azan, bersama Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi

Adik Aisyah menerima hadiah saguhati dari Dr Shafie

Adik Firdaus menerima hadiah saguhati dari Dr Shafie

Adik Nureen, pemenang tempat ketiga Pidato, bergambar bersama Dr Shafie

YDP PAS Puchong, Ustaz Sufyan Ismail menyampaikan cenderahati
kepada Dr Shafie Abu Bakar

Pasukan Nasyid 3P menerima hadiah tempat kedua dari Ustaz Sufyan

'Vokalis utama' pasukan Nasyid 3P, Aiman Solihim menerima hadiah dari Ustaz Sufyan

Juara Nasyid Hari Bakat Puchong, Pasukan PASTI Ainul Mardhiah

Naib Pengerusi PASTI Puchong merangkap ketua juri, Cikgu Syed, membawa Piala Pusingan
Pengurus 3P, Puan Hasnah, menerima hadiah tempat ketiga keseluruhan bagi pihak 3P


Guru kanan 3P, Cikgu Hanum, memerhatikan gelagat anak-anak 3P membelek hadiah mereka

Inilah dia orang-orang kuat disebalik kejayaan team 3P di Hari Bakat PASTI Puchong kali ini, guru-guru 3P

Sabtu, 16 Oktober 2010

3P DI HARI BAKAT NEGERI SELANGOR

Pada Sabtu, 9 Oktober 2010, berlangsung Hari Bakat Peringkat Negeri Selangor di SRA Dusun Nanding, Ulu Langat, Selangor.  PASTI Kawasan Puchong turut menghantar wakil-wakil dari setiap PASTI di Puchong.  PASTI Putra Permai terpilih untuk mewakili Kawasan Puchong bagi acara PIDATO. 

Adik Nureen Nazifah adalah wakil 3P dalam acara PIDATO. Rombongan seramai 6 orang dari 3P bertolak pada pukul 7.55 pagi dan selamat tiba di SRA Dusun Nanding pada pukul 8.45 pagi.

Hari Bakat Peringkat Negeri ini merupakan satu platform untuk kami 3P menimba pengalaman dalam mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan pelajar-pelajar kecil ini.  Walau pun tidak menang, pengalaman yang kami dapat amat berharga.  Begitu ramai anak-anak kecil yang berbakat besar dalam berpidato, bersajak, bercerita, hafazan, azan dsb.

Moga 3P lebih berjaya lagi di tahun-tahun mendatang, Amin.

Ikuti gambar-gambar yang sempat kami ambil di Hari Bakat Peringkat Negeri Selangor pada Sabtu lepas:

Pemidato 3P, adik Nureen Nazifah Muhammad Rafi bergambar di luar SRA Dusun Nanding

Bersama ahli rombongan lain

Adik Nureen mempersembahkan pidato bertajuk MASA


Pemidato yang lain dengan gaya yang tersendiri

Kalau dah kanak-kanak tu nak buat macam mana, sempat juga bermain..




 
Kumpulan-kumpulan nasyid yang mewakili kawasan masing-masing beratur menunggu giliran


 Suasana di luar bilik-bilik pertandingan

Pengurus 3P Puan Hasnah bersama suami, Tuan Hj Latib
Ahli rombongan 3P bergambar dihadapan backdrop PIDATO