PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Isnin, 23 Mei 2011

SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI LAHIR BULAN MEI 3P - 20 MEI 2011

Hari Guru 3P disambut sederhana tetapi meriah dengan anak-anak 3P menyanyikan lagu Selamat Hari Guru kepada guru-guru mereka.  Ditambah lagi dengan sambutan Hari Lahir Berkumpulan untuk bulan Mei dengan pelbagai kek dan hadiah yang disumbangkan oleh ibubapa warga 3P.  Seramai 11 orang anak-anak 3P menyambut ulangtahun hari lahir pada bulan Mei ini. Di samping itu, anak-anak 3P tidak mahu ketinggalan menghadiahkan kad dan hadiah untuk guru-guru.

Kepada para guru 3P, Selamat Hari Guru.  Teruskan usaha murni kalian mendidik anak-anak ini menjadi insan soleh contoh yang berguna dan berbakti kepada Islam, ibubapa dan masyarakat...

Ikuti gambar-gambar yang diambil sepanjang sambutan:

Anak-anak 3P menunggu majlis bermula

Guru-guru 3P bergambar bersama pengurus, Puan Hasnah
(Cikgu Jamnah tiada dalam gambar, kecemasan keluarga)
 Kek-kek birthday


Kek Hari Guru sumbangan salah seorang ibubapa 3P
 Majlis Penyampaian Hadiah buat Guru-guru dan Staf 3P










 Anak-anak 3P yang menyambut 'birthday' pada bulan
Mei menerima hadiah dari Puan Hasnah
  
"May Birthday Girls & Boys" bergambar bersama guru-guru 3P yang diraikan




Isnin, 16 Mei 2011

MAKLUMAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PASTI 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun PASTI Negeri Selangor akan diadakan dari 23hb-27hb Mei 2011. Semua pelajar 5 dan 6 tahun akan menduduki peperiksaan ini.  Ujian lisan pula diadakan pada minggu ini (16hb-20hb Mei 2011). (Jadual peperiksan bertulis dibawah untuk makluman tuan/puan)

            Sebagai persediaan, mulai minggu lepas, guru-guru telah mula menjalankan ulangkaji dan latih tubi pelajaran disamping pembelajaran biasa. Para pelajar juga akan membawa pulang beberapa buku teks untuk diulangkaji pada hujung minggu bersama ibu bapa. Kami memohon kerjasama tuan puan untuk turut sama membantu anak-anak mengulangkaji di rumah. 

Dari Pengurusan 3P





Isnin, 9 Mei 2011

Ucapan Hari Ibu

3P mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu...

Firman Allah s.w.t.: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." 
[al-Ahqaf 46:15]


Ahad, 8 Mei 2011

TAHNIAH PASUKAN BOLAJARING 3P!!

Ikuti gambar-gambar yang sempat diambil semasa Pesta Sukan Selangor 2011 di Padang Perbandaran Ampang Jaya, Sabtu, 7 Mei 2011.

Awal pagi, sampai di khemah pasukan Puchong

Entah apalah yang dibincangkan oleh AJK 3P ni

Pemain-pemain 'pinjaman' dari Ainul Mardhiah sedang minum susu coklat
Pasukan bolajaring 3P (Puchong) begitu bersemangat sekali

Pasukan bolasepak Ainul Mardhiah (Puchong)
AJK 3P, En Md Nor & Tn Hj Latib mengambil kesempatan
bergambar dengan bekas pengulas sukan TV3, En Zainorin Baba



Puan Hasnah datang memberi sokongan moral
kepada pasukan 3P (Puchong) di pentas utama

En Mohd Rozi Malek, Timb Pengarah PASTI S'gor,
menyampaikan ucapan aluan kepada semua peserta kejohanan

YB Iskandar Abdul Samad, Exco Pengurusan Bangunan & Setinggan,
menyampaikan ucapan perasmian

AJK 3P bergambar santai bersama Ketua Pengadil Kejohanan, Tuan Syed Ahmad Thani

En Zainorin Baba 'in his element' memberikan ulasan sepanjang sukan berlangsung

Anak-anak ni menunggu di khemah tengah padang sebelum perlawanan pertama bermula
Lagi gambar santai AJK 3P bersama Tuan Syed Ahmad Thani dan En Zainorin

Guru-guru dan jurulatih 3P bergambar riang

Guru-guru bergambar bersama Puan Hasnah yang turut sama
memberikan sokongan moralkepada pasukan 3P (Puchong)

Kena periksa kuku dulu sebelum mula berentap

Pasukan Puchong agak murung selepas tewas kepada pasukan Serdang 4-1

Berihat sebentar sementara menunggu perlawanan kedua

Kena periksa kuku lagi sebelum berlawan dengan pasukan K Selangor

Aksi-aksi pasukan Puchong semasa perlawanan dengan Kuala Selangor 



Anak-anak ni tak tahu penat kot, main di bawah panas terik,
sementara menunggu untuk ke perlawanan kalah mati




Saling berebut bola, perlawanan antara Puchong & Hulu Langat sengit,
berakhir dengan 3-2

Dah tamat perlawanan, saling bersalaman

Suasana riang pasukan 3P, nak masuk perlawanan suku akhir


Di padang bolasepak, wakil Puchong, pasukan Ainul Mardhiah
menentang pasukan Shah Alam di peringkat suku akhir

Perlawanan suku akhir antara pasukan Puchong dan Subang yang
berakhir dengan Puchong menang 4-0

Bertemu dengan pasukan Gombak di peringkat separuh akhir



Pasukan Puchong dan Serdang bergambar dengan MGP Selangor sebelum
penentuan tempat ke3 & ke4