Rujukan kami : PPP/2011/5 (15)
Tarikh : 05 Mei 2011 bersamaan 1 Jamadilakhir 1432H
Yang dihormati Ibubapa/Penjaga Pelajar,
Tuan/Puan,
PER: PASTI PUTRA PERMAI WAKIL KAWASAN PUCHONG KE PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR
Dengan sukacitanya kami ingin menjemput tuan/puan sekeluarga ke:
Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor yang akan berlangsung pada:
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tarikh: Sabtu, 7 Mei 2011
Tempat: Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Jalan Pandan Utama (berhadapan dengan Balai Bomba & Penyelamat Pandan Indah)
2. Kami amat berbesar sekiranya tuan/puan dapat meluangkan masa untuk sama menyaksikan dan memberi sokongan kepada pasukan bolajaring 3P yang mewakili kawasan Puchong beraksi di padang menentang pasukan PASTI dari kawasan-kawasan lain di negeri Selangor.
3. Sebarang pertanyaan mengenai perkara diatas, tuan/puan boleh hubungi guru kanan, Puan Hanum/pejabat di talian 03-8941 3357 atau saya sendiri di talian 016-346 9907/emel hyusop@gmail.com. Tuan/puan juga boleh melayari blog 3P untuk maklumat lanjut mengenai sukan ini.
Sekian.Terima kasih.
“PASTI FOR ALL”
Yang benar,
HASNAH BINTI YUSOP
Pengurus, PASTI Putra Permai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan