Dari padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jalan Pandan Utama, baru sahaja tadi Pasti Putra Permai (3P) yang mewakili Puchong dalam acara bola jaring telah menamatkan penguasaan mereka sehingga ke peringkat separuh akhir.
Di peringkat awal 3P (Puchong) dikalahkan oleh Pasti dari Serdang dengan 4-1, kemudian 3P (Puchong) bangkit dengan berpesta gol 12-0 terhadap Pasti dari Kuala Selangor. 3P (Puchong) layak ke peringkat kalah mati.
Di peringkat kalah mati 3P (Puchong) mengalahkan Pasti dari Hulu Selangor dengan jaringan 3-2. Kemenangan ini membolehkan 3P (Puchong) terus mara ke peringkat suku akhir. Sekali lagi 3P (Puchong) bertindak cemerlang dengan membenam Pasti dari Subang dengan 4-0. Keputusan yang menggembirakan ini mencerahkan harapan 3P (Puchong) untuk bersaing di peringkat separuh akhir, kemudian ke peringkat akhir serta melayakkan 3P untuk melangkah ke peringkat Kebangsaan di K. Terengganu pada bulan Jun ini.
Tapi apakan daya, kalah dan menang adalah ketentuan dari Allah s.w.t. 3P (Puchong) tersekat di peringkat separuh akhir apabila kalah tipis di tangan Pasti dari Gombak dengan 5-3.
Manakala dalam acara bola sepak, Pasti Ainul Mardhiah, Seri Serdang yang mewakili Puchong berjaya melangkah sehingga ke peringkat suku akhir.
Alhamdulillah walaupun 3P (Puchong) terkandas di peringkat separuh akhir, ia adalah satu permulaan yang amat membanggakan. 3P berjaya memberi saingan yang hebat. Pasti yang baru berusia 3 tahun, berjaya mewarnai acara sukan Pasti Selangor. 3P berjaya mendapat tempat ke-4 dari 18 buah Pasti yang bersaing di Selangor.
Majlis Sukan Pasti Selangor diadakan di padang MPAJ, Jalan Pandan Utama pada 7 Mei 2011 (Sabtu), sebanyak 18 buah Pasti dari Selangor berentap dalam acara bola jaring dan bola sepak. Majlis sukan tadi dirasmikan oleh ADUN Cempaka yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Iskandar Abdul Samad. Pengacara majlis ialah saudara Zainorin Baba, bekas pengacara Sukan TV3.
Tahniah di atas usaha Pengurus 3P, Puan Hasnah Yusop (sanggup datang memberi sokongan walaupun dengan bertongkat), jurulatih bola jaring, Puan Siti, Puan Ira, Puan Erlina, guru-guru 3P serta AJK sehingga menobatkan 3P mewakili Puchong dalam acara bola jaring sehingga berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan tempat ke-4 dari 18 buah Pasti... semoga pada tahun 2012, cita-cita 3P untuk mewakili Puchong dalam kedua-dua acara, bola jaring dan bola sepak akan tercapai. Sekaligus 3P akan mewakili Selangor sehingga ke peringkat kebangsaan. TAHNIAH 3P! Cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat! Allahuakbar!!!
- Laporan Martno BJ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan