Pada petang Sabtu, 2 Oktober 2010, PAS Cawangan Putra Permai(PCPP) dan Pasti Putra Permai (3P) mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri.Majlis bermula pada pukul 2 petang. Pada malam sebelumnya AJK dan ahli muslimin PCPP sibuk memasang bendera PAS di sepanjang jalan menuju ke premis 3P. Wanita pula berkumpul di rumah Puan Hasnah untuk menyiapkan juadah tambahan seperti nasi impit, ketupat, kuah kacang dll. Anak-anak pula sibuk meniup belon untuk dipasang pada khemah.
Seawal 9 pagi staf 3P telah sampai untuk membuat persiapan menghias premis dll. AJK PCPP & 3P datang pada 10 pagi untuk menyusun kerusi, meja dan memasang siaraya (sound system).
Belum pukul 2 petang, ibubapa dan anak2 3P, ahli PCPP serta jiran-jiran mula tiba. Rumah Terbuka ini berlangsung hingga pukul 6 petang. Orang ramai bertali arus datang ke Rumah Terbuka 3P.
Ustaz Sufyan Ismail, YDP PAS Kawasan Puchong, di sebalik kesibukannya dengan urusan parti, mengajar, turut meluangkan masa untuk meraikan Rumah Terbuka Aidil Fitri PCPP dan 3P. Di majlis ini Ustaz turut merasmikan Premis Tambahan 3P.
Sambutan yang diberikan oleh para ibubapa, anak-anak 3P, ahli PCPP dan jiran-jiran di sekitar Taman Pinggiran Putra amat memberangsangkan dan meriah. Sehingga lewat 6 petang masih ada tetamu yang datang. Almaklumlah Syawal hampir melabuhkan tirainya - banyak tempat mengadakan rumah terbuka.
Kepada semua yang menjayakan Majlis ini dalam apa jua kapasiti, Jazakallah hukhairan kasiira... Moga silaturrahim yang telah sedia terjalin dapat dimantapkan lagi di bawah payung Islam, Amin.
Ikuti gambar-gambar yang diambil sebelum dan semasa Rumah Terbuka berlangsung:
En Rafar, Ketua PAS Cwgn Putra Permai dan Tuan Hj Latib, AJK 3P turut sama
bergotong royong menyusun kerusi meja bersama yang lain
Kalau ya pun Tuan SU PCPP & 3P, takkan berkain je nak menyusun atur semua ni... Bersama Pak Ya(towkey ikan),
saudara Hidzir (ex bendahari 3P yang telah berkahwin dan berpindah ke kawasan lain) dan Tuan Hj Latib.
Cikgu Jam, Cikgu Hanum dan Cikgu As sibuk menyiapkan bacdrop
Puan pengurus 3P, Puan Hasnah, pun turut sama dalam persiapan majlis
|
Antara tetamu yang awal tiba |
|
Wan Dania (4 thn) dan ibu serta adik |
|
Eka bersama ibu, Puan Aishah Onti |
|
Tetamu mula ke meja buffet mengambil hidangan yang disediakan |
|
Tuan Bendahari PCPP, En Khumaidi dan keluarga |
|
Anak-anak kelas mengaji Al-Quran malam pun nak bergambar juga |
|
Naib Ketua PCPP, En Mohd Noor Bujang, mengalu-alukan para tetamu yang datang |
|
Tuan Hj Bakri, Naib Pengerusi Surau Al-Munawarah, bersama anak-anak |
|
Bersama Ustaz Sufyan Ismail, YDP PAS Kwsn Puchong, yang baru tiba |
|
Ustaz Sufyan menyampaikan ucapan perasmian |
|
Ketua PCPP, En Abdul Raffar, menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Sufyan |
|
'Ummi' dan teamnya dari PASTI Bestari, Pusat Bandar Puchong menjamu selera |
|
Puan Cik Minah menyampaikan taklimat mengenai Program Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor |
|
Tuan Hj Muslim bersama cucu (bakal 3Pian?) |
|
Salah tu En Md Noor...bawa lebihan pembonceng.. |
|
Adik Nurhakimi, selesai mengumandangkan azan Asar |
|
Masuk waktu Asar, kewajipan solat mesti ditunaikan |
|
Kaunter pertanyaan dan pendaftaran pelajar 3P 2011 turut dibuka |
|
Puan Hasnah sempat juga bergambar dengan Puan Zuriati, guru kanan
PASTI Al-Firdaus yang berkunjung |
|
Tuan SU, En Hamdan, bersama tetamu dari Yemen |
|
Keluarga Daria, berpakaian merah sedondon |
|
En Haris, ayah Haddad, berbual santai bersama Ustaz Zamir |
|
En Helmi sekeluarga, antara pengunjung terakhir ke Rumah Terbuka PCPP & 3P |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan