PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Selasa, 13 Oktober 2009

Kata-Kata Aluan Pengurus Pasti Putra Permai

Mendidik Anak-Anak Dengan Akhlak Islam

Assalamualaikum...

Antara matlamat penubuhan PASTI adalah untuk mengadakan pendidikan awal (pra sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia. Seterusnya membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah Saw. Begitu murni sekali matlamat ini...

Memang benar, ibubapa merupakan guru pertama anak-anak. Tetapi bila mereka mencapai usia 4-6 tahun yang begitu kritikal ini, guru mereka telah bertambah kepada guru-guru yang mengajar mereka di tadika. Pada usia ini, mereka menyerap maklumat baru bagai span. Seperti kata para hukama,"Pendidikan anak pada peringkat kecilnya adalah seperti lorekan pada batu". Ianya bersifat kekal hingga ke akhir hayat.

Bagaimanakah guru-guru PASTI dapat sama membentuk anak-anak di bawah didikannya dengan peribadi Islam yang mulia?

Pengaruh guru amat besar dalam membentuk peribadi anak-anak yang masih kecil ini. Mereka merupakan sumber ilmu pengetahuan, contoh ikutan dan punca kanak-kanak mengetahui betul atau salah dan buruk baiknya sesuatu perkara. Berapa ramai kanak-kanak yang berjaya membentuk peribadinya dengan pengaruh guru. Disamping itu juga, berapa ramai kanak-kanak yang benci kepada guru dan ilmu yang tertentu disebabkan guru. Tugas guru bukan hanya mengajar ilmu pengetahuan, malah membentuk peribadi anak-anak supaya menjadi manusia yang berjiwa bersih dan berguna di dunia dan di akhirat kelak.

Tugas mendidik anak-anak, sukar untuk dilaksanakan oleh seorang yang berjiwa keras dan kasar, tetapi perlu jiwa yang halus dan lembut. Kebiasaannya mendidik anak-anak lebih berkesan dilakukan oleh kaum wanita, terutamanya diperingkat tadika. Guru yang lemah lembut, penyayang, berdisiplin dapat mencorak bukan sahaja peribadi kanak-kanak, malah peribadi ibubapa kanak-kanak tersebut. Ibubapa yang jahil apabila anak-anaknya berakhlak akan membuatkan hati mereka tertarik dengan didikan yang diberikan oleh guru tersebut. Lantas mereka secara tidak langsung akan terpengaruh dengan didikan dan tarbiyah secara tidak langsung dari anak-anaknya. Mereka menyedari hanya Islam saja yang dapat membentuk hidup bahagia dan sempurna. Anak-anak dapat dilatih dan dididik agar berakhlak serta patuh kepada orang tua.

Dalam konteks membentuk akhlak Islam di kalangan anak-anak kita yang masih kecil ini, amat penting adanya kerjasama rapat antara ibubapa yang merupakan 'guru pertama' anak-anak dan guru-guru. Insyaallah, akan lahirlah insan Islam yang berperibadi mulia yang bertunjangkan Iman, Islam dan Ihsan.

Wallahu a'lam.


Puan Hasnah
(Pengurus Pasti Putra Permai)

2 ulasan: