PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Isnin, 8 November 2010

MAJLIS KECEMERLANGAN PELAJAR PASTI KAWASAN PUCHONG - 7 NOVEMBER 2010

Pada Ahad,7 November 2010, berlangsung Majlis Kecemerlangan Pelajar PASTI Kawasan Puchong 2010 (Konvokesyen PASTI 2010) di Dewan SRA Batu 13, Puchong.

Lebih kurang 220 orang pelajar 6 tahun di PASTI Kawasan Puchong diraikan dalam majlis yang berlangsung dari pukul 9.15 pagi - 12.00 tengahari.  Ibubapa dan ahli keluarga pelajar turut sama meraikan hari yang bersejarah bagi pelajar-pelajar 6 tahun ini yang menamatkan pengajian di PASTI dan akan memulakan alam persekolahan sekolah rendah pada 2011.

Majlis dirasmikan oleh Ustaz Mohd Soffiean Ismail, YDP PAS Kawasan Puchong.  Turut hadir adalah Puan Noor Hanim Ismail, Ketua Dewan Muslimat Kawasan Puchong, En Rosharizan , Ketua Pemuda PAS Kawasan Puchong, En Syari Jamian, Pengerusi PASTI Kawasan Puchong, guru-guru, pengurus-pengurus PASTI dan AJK PASTI Puchong.

Konvoi rombongan kami bertolak dari 3P pada pukul 7.50 pagi.  Tiba sahaja di SRA, kami dapati Zulaikha dan Zarif bersama keluarga telah pun sampai.  Pelajar-pelajar semua terus dibawa ke kantin untuk sarapan pagi.

Seramai 22 dari 26 orang pelajar 6 tahun dari 3P hadir dan menerima hadiah dari Ketua Pemuda PAS Kawasan Puchong, En Rosharizan, pada majlis tersebut (Adik Nureen Nazifah, Muhd Firdaus,Fatin Batrisyia dan Aisyah tidak dapat hadir). Adik Muhammad Nurhakimi bin Nurul Hasani dipilih menjadi Tokoh Pelajar PASTI Putra Permai.  PASTI Terbaik pula jatuh kepada PASTI Al-Firdaus, Puncak Jalil.

Insyaallah, jumpa lagi di 3P pada hari Ahad ini, 14hb November untuk Hari Ihtifal dan Akademik Pasti Putra Permai 2010!

Ikuti gambar-gambar dari MKP Kawasan Puchong 2010:
Awal pagi, beratur di 3P sebelum bertolak ke SRA Batu 13

Sarapan di kantin

Terima kasih Puan Siti dan En Zainal Abidin sama-sama membantu
semasa pelajar-pelajar sarapan
Semua hadirin berdiri semasa Asma'ul Husna & lagu tema PASTI
dinyanyikan oleh pelajar-pelajar Ainul Mardhiah

Antara keluarga pelajar-pelajar PASTI yang hadir

Tokoh-tokoh pelajar PASTI menunggu di tangga (Hakimi, no tiga sebelah kanan)


Pada majlis ini, Tabung Bantuan Mangsa Banjir di Kedah & Perlis
turut diedarkan oleh Unit Amal kepada para hadirin

Tokoh Pelajar 3P, Adik Muhd Nurhakimi, menerima piala dari Ustaz Soffiean

Pengurus 3P, Puan Hasnah, bersama Ketua Majlis Guru PASTI Puchong, Puan Norzaihan
 BARISAN GRADUAN PASTI PUTRA PERMAI 2010
Pencapaian Hadiah Pertama(bersama) 6 tahun 3P, Adik Danial Hakim

Pencapaian Hadiah Pertama(bersama) 6 tahun 3P, Adik Nurhakimi

Pencapaian Hadiah Ketiga 6 tahun 3P, Adik Dayang Nurnadhirah


Aiman Solihim
 
Ahmad Baihaqi


Ahmad Zarif
 


Faiz Ilhamy

Farhan Iman


Hadhirah

Haziq Hasmie

Maryam Nabilah

Muhd Luqman Hakim

Muhd Aqil Danish

Muhd Afiq Aiman

Muhd Zikry Hakim


Nurfarah Sofia
Nurul Aisyah

Nurwaheda

Siti Nurzulaikha



Wan Nurfarisha

Wan Nurfasha Alya

Wan Rafiq Iqbal

PARA GRADUAN BERSAMA KELUARGA MASING-MASING






Danial Hakim bergambar bersama adik, ibu dan guru-gurunya di 3P
Ustaz Soffeian & Saudara Rosharizan bergambar bersama barisan pengurus-pengurus,
guru-guru kanan dan AJK PASTI Puchong


Tiada ulasan:

Catat Ulasan