Rujukan kami : PPP/2010/11(4)
Tarikh : 8 November 2010/1 Zulhijjah 1431H
Yang dihormati Bapa/Penjaga Pelajar,
PER: JEMPUTAN KE HARI IHTIFAL & AKADEMIK PASTI PUTRA PERMAI 2010
Perkara di atas adalah dirujuk.
Seperti yang dimaklumkan pada surat kami PPP/2010/10(4) bertarikh 22 Oktober 2010, kami dengan sukacitanya menjemput tuan/puan sekeluarga ke HARI AKADEMIK PASTI PUTRA PERMAI pada:
Tarikh : Ahad, 14 November 2010
Masa : 8.20 pagi
Tempat: Pasti Putra Permai, No 2, Jalan PP51, Taman Pinggiran Putra
3. Pelajar-pelajar hendaklah berada di PASTI Putra Permai pada pukul 7.30 pagi untuk persiapan majlis. Diharap tuan/puan dapat menghantar anak-anak tuan/puan pada waktu yang ditetapkan. Sekiranya terdapat kesulitan menghantar, diharap dapat menghubungi saya di 016-3469907 agar pengangkutan dapat diatur.
ATURCARA PROGRAM (Tentatif)
8.20 pagi Ketibaan jemputan/ibubapa pelajar
8.30 pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
8.35 pagi Bacaan Al-Quran
8.40 pagi Lagu Rasmi PASTI
8.45 pagi Ucapan Aluan
8.55 pagi Ucapan Perasmian
9.05 pagi Persembahan Pelajar-Pelajar PASTI Putra Permai
9.25 pagi Penyampaian Sijil & Saguhati kepada Pelajar-pelajar 4 & 5 Tahun
9.40 pagi Penyampaian Hadiah (1) – Pelbagai kategori
9.55 pagi Persembahan Taekwando
10.10 pagi Penyampaian Hadiah (2)
10.30 pagi Doa Penutup-Majlis Ihtifal, Penyampaian Hadiah dan Sijil Tamat
Jamuan Ringan
10.50 pagi –
1.00 tengahari Sesi Bertemu Ibubapa dan Pelajar dengan Guru-guru (Rekod Penilaian Pelajar 4, 5 dan 6 tahun)
1.00 tengahari Hari Akademik PASTI Putra Permai Tamat
4. Kehadiran tuan/puan sekeluarga ke majlis ini amat diharapkan dan dihargai. Moga dengan kehadiran tuan/puan sekeluarga dapat memeriahkan lagi majlis ini yang diadakan khusus untuk meraikan anak-anak Pasti Putra Permai dan keluarga.
5. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, tuan boleh hubungi guru kanan, Puan Hanum di talian 03-8941 3357 atau saya sendiri di talian 016-346 9907.
Sekian.Terima kasih.
“PASTI FOR ALL”
Yang benar,
HASNAH BINTI YUSOP
Pengurus, PASTI Putra Permai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan