PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Khamis, 4 November 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI PUCHONG 2010

Inilah dia '3P's GRADUATING CLASS 2010'


Rujukan kami      : PPP/2010/11 (3)
Tarikh                    : 2/11/2010



Yang dihormati,

Ibubapa/Penjaga Pelajar 6 Tahun,

Tuan/Puan,

PER:      MAKLUMAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI KAWASAN PUCHONG 2010

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Tahniah kami ucapkan kepada adik-adik kelas 6 Shafie kerana akan menamatkan  pra-sekolah 6 tahun di Pasti Putra Permai pada November ini. Sukacita kami maklumkan bahawa Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Puchong akan diadakan pada 8.00pagi-12.00tengahari, Ahad, 7 November 2010  di Dewan Sekolah Rendah Agama(SRA) Kg Kenangan, Batu 13, Puchong.

3              Sehubungan dengan itu, semua pelajar 6 tahun diminta berkumpul di Pasti Putra Permai pada:

Masa                                     : 7.20 pagi, Ahad, 7hb November 2010
Pakaian                                : Pakaian seragam hijau PASTI

untuk dibawa ke tempat majlis di SRA Kg Kenangan, Batu 13.  Diharap  tuan/puan dapat memaklumkan pihak kami selewat-lewatnya hari Khamis, 4 November 2010, jika tuan/puan sendiri membawa anak tuan/puan ke tempat program.

4.             Kami amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat meluangkan masa untuk sama menghadiri dan memeriahkan lagi majlis anugerah kecemerlangan dan konvokesyen pelajar 6 tahun PASTI Kawasan Puchong ini. Sila kembalikan keratan yang dilampirkan kepada kami selewat-lewatnya pada Khamis, 4hb November 2010.

5.             Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, tuan boleh hubungi guru kanan kami, Puan Hanum di talian 03-8941 3357 atau saya sendiri di talian 016-346 9907.

Sekian.Terima kasih.
“PASTI FOR ALL”

Yang benar,



HASNAH BINTI YUSOP
Pengurus, PASTI  Putra Permai
%%………………………………………………………………………………

Adalah saya ibubapa / penjaga kepada pelajar yang bernama ______________________________
*(hadir / tidak hadir ) dalam program Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 seperti yang dinyatakan di atas. 

Yang Benar.
               
                                                                       No Tel: ...........................................................
………………………………………                
(                                                  )                    Tarikh:  ..........................................................      


Tiada ulasan:

Catat Ulasan