PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Jumaat, 12 Februari 2010

Cetusan

Pusat Asuhan Islam kini
membuahkan hasilnya


Oleh ABU IZZAH

TERINGAT semasa saya kecil di pertengahan tahun 70-an. Ibu bapa begitu ghairah menghantar anak-anak mereka ke Kindergarten yang kebanyakannya dikendalikan oleh pihak gereja.

Mungkin hasil pengajaran yang sistematik, anak-anak keluaran Kindergarten mahir membaca sebelum masuk alam persekolahan. Apatah lagi, pandai menyanyi lagu Inggeris kanak-kanak seperti Twinkle-Twinkle Little Star, Are You Sleeping Brother John, London Bridge Is Falling Down dan sebagainya. Ibu bapa terpukau dengan kehebatan guru-guru gereja mengajar. Tanpa disedari anak-anak mereka diterap dengan ajaran Kristian.

"Persetankan dengan anak-anak berdoa cara Kristian, menyanyi lagu gereja dan sebagainya. Yang penting anak-anak saya cepat membaca dan pandai berbahasa Inggeris. Bila besar mereka boleh berfikir sendiri dan tetap mengamalkan Islam".

Begitulah alasan yang diberikan oleh ibu bapa. Maka, berduyun-duyunlah umat Islam menghantar anak-anak mereka ke Kindergarten yang bersebelahan dengan gereja.

Apabila saya naik ke sekolah menengah pada akhir tahun 70-an, guru agama saya membuat servey ke atas hampir keseluruhan pelajar Islam. Ia amat mengejutkan, keputusannya; 80% tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah. 95% tidak mengerjakan solat. Malah, beberapa kerat sahaja pelajar yang tahu baca Quran, itu pun merangkak.

Pada awal 80-an negara digegarkan dengan kebangkitan Islam. Pelbagai pertubuhan Islam muncul mengajak umat Islam agar kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Di antaranya ABIM, PAS, Al-Arqam (kini diharamkan) dan Tabligh. Kebanyakan jemaah Islam tersebut sudah muncul, cuma aktif selepas tahun 80-an.

Atas kesedaran kepentingan mentarbiyyah umat Islam sejak dari kanak-kanak lagi, demi melahirkan generasi al-Quran, maka pertubuhan Islam tersebut menubuhkan Taman Didikan Islam sebagai alternatif kepada Kindergarten.

ABIM menubuhkan TASKI, PAS menubuhkan PASTI dan Al-Arqam menubuhkan Tadika Islam Al-Arqam.

Kini, selepas suku abad Tadika Islam muncul memberi tarbiyyah kepada anak-anak umat Islam, hasilnya ia menjadi check and balance kepada suasana masayarakat yang rosak (mat rempit, bohsia, buang anak, murtad dll.). Sekurang-kurangnya ramai yang berminat untuk ke sekolah Tahfiz, ke sekolah agama dan anak-anak muda yang menyertai Gerakan Islam. Anak-anak umat Islam sudah pandai membaca doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w, baca asmaul husna, sudah pandai bersolat dan sebagainya. Malah, ada yang lebih pandai dari ibu bapanya dalam hal ehwal Islam.

Di peringkat ibu bapa, mereka mewajibkan anak-anak mereka untuk mengikuti sekolah agama petang atau pagi selepas mengikuti pembelajaran di sekolah. Dua peristiwa yang ingin saya kongsikan di bawah sebagai bukti hasil didikan Tadika Islam (termasuk PASTI yang semakin berkembang dan dapat sambutan).

Tujuan cetusan ini ditulis ialah agar ibu bapa, guru-guru dan AJK PASTI dapat berfikir, sumbangan mereka terhadap anak-anak umat Islam di negara ini terlalu besar. Sedar atau tidak sedar mereka telah menyumbangkan sesuatu yang amat berharga terhadap generasi yang akan datang. Lebih berharga dari gunungan emas dan lebih berharga dari lautan intan.

i

Untuk melihat suasana landskap perubahan, saya mengambil tempat yang kecil sebagai contoh iaitu pejabat (di tempat saya bekerja sejak 15 tahun yang lalu). Ia amat berbeza semasa saya mula-mula bekerja.

Kumpulan yang sama-sama masuk bekerja dengan saya 15 tahun dahulu, dari 50 orang, hanya lebih kurang 8 orang sahaja yang bersolat.

Baru-baru ini tahun 2010, majikan telah menambah lebih 50 orang staf baru untuk keperluan syarikat. Saya amat terkejut 90% staf baru yang berumur 21-25 tahun ini memenuhi surau untuk solat berjemaah setiap waktu dalam masa bekerja. Ada di antara mereka boleh menjadi imam dengan bacaan yang baik. Sedangkan, mereka dari golongan profesional bukannya sekolah agama.

ii

Isteri saya menjaga beberapa orang anak rakan-rakan dan jiran. Rumah umpama nurseri dan tempat transit. Maka, terdapat juga anak-anak tadika yang berbeza menjadikan rumah saya sebagai transit.

Dua kanak-kanak tadika terlalu rapat walaupun ia dari tadika yang berbeza. Seorang dari PASTI dan seorang lagi dari Tadika Dot Dot (yang eksklusif dan mahal bayaran bulanannya).

Saya terkejut, dengan spontan anak-anak dari PASTI menegur kawannya dari Tadika Dot Dot.

"Kakak... mana boleh minum berdiri. Orang Islam tak boleh minum berdiri... kakak duduklah..." Maka, duduklah kawannya dari Tadika Dot Dot patuh kepada arahan rakannya dari PASTI.

Peristiwa ini mungkin nampak kecil, tetapi kesannya cukup besar. Inilah bukti hasil pentarbiyyahan akhlak. Kalau perkara kecil (minum berdiri) pun tak boleh nak kita ajar, apatah lagi perkara yang besar seperti menghormati ibu bapa, menutup aurat dsb.

Mungkin perkara spontan ini juga berlaku kepada orang lain, mungkin skrip yang berbeza. Tak mustahillah kisah bagaimana anak-anak PASTI dan Tadika Islam lebih pandai Rukun Iman dari ibu-bapa mereka sendiri. Hatta, doa masuk tandas pun anak-anak PASTI lebih pandai dari ibu-bapa mereka.

Dan untuk pengetahuan semua, isteri saya pernah menegur anak Tadika Dot Dot ni kerana menyebut,"Oh My God". Walaupun kisah Kindergarten yang menyediakan khidmat Tadika di sebelah gereja sudah tiada sambutan oleh umat Islam. Tetapi, silibusnya tetap diterapkan di dalam tadika-tadika yang menawarkan pembelajaran yang eksklusif, yang berjaya menggoda umat Islam untuk menghantar anak-anak mereka di sana.

Mereka menyelit pengajaran Islam dalam beberapa jam. Tetapi menambahkan lagi dengan pengajaran tarian dan unsur-unsur yang menjauhkan anak-anak ini dari agama Islam.

Semoga dengan cetusan dan tulisan saya menggunakan gelanggang blog PASTI ini menjadi iktibar kepada sesiapa yang membaca dan menjadi pencetus semangat untuk memperkukuhkan PASTI dan mendidik anak-anak kita dengan tarbiyyah Islamiyyah.

- Wallahua'lam...

Selasa, 9 Februari 2010

3P sepanjang Januari 2010

Taqwim 2010 telah memasuki bulan keduanya. Di tahun baru ini dengan pelajar yang bertambah berserta misi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian keseluruhan untuk melahirkan generasi Soleh , "Smart" dan "Success" agak mencabar bagi team 3P. Insyaallah berkat doa dan kerjasama semua pihak, baik dari tenaga pengajar, pengurusan dan ibubapa serta masyarakat setempat, misi murni ini akan menjadi kenyataan.

Ikuti beberapa perkembangan bergambar pelajar-pelajar 3P sepanjang Januari 2010...

Membaca Ikrar semasa Perhimpunan Pagi
Baru belajar Amali Solat
Selepas Amali Solat, nak berzikir atau...?
Pelbagai kerenah anak-anak semasa rehat pagi, makan berjamaah - menu nasi lemak..

Sempat juga sambut ulangtahun harilahir bersama kawan-kawan

Turut diadakan mulai tahun ini adalah sambutan hari lahir berkumpulan pada setiap hujung bulan. Beberapa lagi aktiviti lain turut dirancang untuk jangka masa terdekat ini, insyaallah antaranya adalah kelas bimbingan asas menulis dan membaca, kelas 'Physical Training' juga lawatan... Ikutilah perkembangan warga 3P melalui blog ini.


p.s: Maaf, tiada gambar dalam kelas. Semua guru sibuk mengajar;-)

Isnin, 11 Januari 2010

Profil Pendidik 3P

Suratan atau Kebetulan: 3 'Has' jadi pendidik 3P

Satu kebetulan, 3P diterajui oleh 3 guru yang bermula dengan panggilan 'Has'. Tahun lepas 3P diterajui oleh Cikgu Hasnoor (sudah berhenti), kemudian diterajui oleh Cikgu Hasnah dibantu oleh Cikgu Hasnida.

Walaubagaimanapun 2 guru lagi bermula dengan huruf Ha... Cikgu Hazleen dan Cikgu Hanum.

Walau apa pun sebutan dan kebetulan, harapan ibu bapa yang menaruh kepercayaan kepada pendidik 3P amat tinggi. Sambutan yang diberikan amat hebat. Sehingga kini, 62 orang anak-anak telah dititipkan kepada '4 Ha' (ramai juga permohonan ibu bapa ditolak kerana dibuat saat-saat akhir).

Di bahu guru-guru diletak amanah. InsyaAllah dengan ketabahan dan jiwa penyayang semulajadi yang ada pada pendidik 3P (hampir semua adalah seorang ibu) dapat menggalas amanah dengan sebaik mungkin.

Semoga 3P terus berjaya di dalam pentarbiyyahan anak-anak yang diterajui oleh 4 Ha (Hasnah, Hanum, Hasnida dan Hazleen)... insyaAllah...

Tidak dilupakan juga bekas guru-guru 3P 2009, Imah, Ifah dan Sabrina. Kini, mereka ada komitmen masing-masing. Jasa mereka tetap dikenang sebagai pengasas 3P. Hasil perjuangan mereka di dalam mentarbiyyah anak-anak Pasti 2009 akan diganjari oleh Allah s.w.t.

- Wallahua'lam...

Selasa, 5 Januari 2010



Gambar suasana hari kedua persekolahan
sesi 2010 PASTI 3P



Isnin, 14 Disember 2009

Pasti Putra Permai 2010

Gambar atas: Suasana PASTI 3P yang lebih meriah dan ceria.
Signboard dan bendera telah pun diperkemaskan.
PASTI 3P lebih meriah, ditambah dengan guru baru yang berpengalaman,
persekitaran diperkemaskan serta sambutan pendaftaran di luar jangkaan.
Banyak pendaftaran di saat akhir terpaksa ditolak untuk menjaga kualiti Pasti, agar tumpuan pembelajaran dan pencapaian dapat diutamakan. Alhamdulillah... semoga tahun 2011 PASTI PP dapat menambahkan lagi bangunan, agar semua permohonan di saat akhir dapat diterima.


Signboard Pasti Putra Permai


SALAM MAAL HIJRAH



SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA 3P!!!

Hari ini ,14 Disember 2009, genaplah SETAHUN Pasti Putra Permai beroperasi. Kepada semua yang bertungkus lumus merealisasikan penubuhan 3P pada hujung tahun 2008, Jazakallahukhairan kasiiran...

Moga Pasti Putra Permai terus maju di tahun baru dan tahun-tahun mendatang dalam melahirkan generasi Islam berilmu dan bertaqwa.

Selamat Ulangtahun Pertama 3P!!! Selamat Maju Jaya!!!

NOSTALGIA...Hari Perasmian Pasti Putra Permai (dari mgp-puchong.blogspot.com, 22 Disember 2008)

Alhamdulillah. pada 14 Dis 2008 Pasti Putra Permai telah mengadakan upacara perasmian dengan penuh meriah dan sambutan yang menggalakkan. Kumpulan nasyid Fazs telah menyampaikan beberapa buah nasyid untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Majlis ini bertambah meriah dengan adanya pertandingan mewarna dikalangan kanak2 yang telah datang sejak awal pagi. Tidak ketinggalan ianya turut disertakan dengan sumbangan beg sekolah kepada kanak-kanak miskin di kawasan tersebut.

Semoga dengan lahirnya Pasti baru ini dapat meriahkan lagi persada Pasti Kawasan Puchong dan diharapkan ianya dapat menjadi pilihan terbaik ibubapa dicawangan tersebut. Pasti Kawasan Puchong maju setapak lagi dengan kehadiran 2 pasti baru di tahun 2009 iaitu Pasti Ar Raihan dan Pasti Putra Permai.







Jumaat, 20 November 2009

Salam Aidiladha


Pamplet Pasti Putra Permai





Cuti Pasti Bermula


YAHOO!!! CUTI DAH BERMULA!!!

Beginilah cerianya sebahagian anak-anak 3P pada hari terakhir persekolahan Pasti... guru-guru yang berhempas pulas mendidik anak-anak Pasti bolehlah berehat dan berbincang mengatur strategi untuk tahun 2010... SELAMAT BERCUTI !!!