Serdang, 25 Oktober - Selama 2 minggu anak-anak 3P menghadapi ujian lisan dan bertulis Akhir Tahun PASTI. Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu oleh warga cilik 3P akhirnya tiba. 2 sesi Lawatan Sambil Belajar telah disusun oleh pihak pengurusan 3P untuk para pelajar 3P.
Lawatan pertama adalah ke Balai Bomba & Penyelamat Serdang pada Selasa, 25hb Oktober 2011. Pada hari Isnin, ahli rombongan dibahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil dan diperkenalkan kepada ketua/ibu masing-masing. Cikgu Hanum memberi taklimat dan nasihat kepada pelajar-pelajar.
Awal pagi Selasa, seawal 6.45 pagi anak-anak 3P telah tiba. Menjelang 8 pagi, premis lama 3P telah dipenuhi oleh ahli rombongan yang tak sabar-sabar nak menaiki bas. Asyik bertanyakan bila bas akan tiba. Ahli rombongan berbaris mengikut kumpulan masing-masing menanti ketibaan bas rombongan. Pada pukul 8.40 pagi, 2 bas sekolah yang dinanti-nanti tiba.
Keriangan jelas terpancar di muka anak-anak ini. Almaklum, jarang-jarang atau mungkin bagi setengah mereka tidak pernah menaiki bas rombongan. Tambahan lagi pergi rombongan bersama rakan-rakan. Pakcik pemandu bas memandu bas agak perlahan untuk memberi peluang kepada anak-anak ini melihat dan memberi komen suasana sekeliling mereka.
Ketibaan kami pada pukul 9.30 pagi disambut oleh Pegawai Bomba & Penyelamat Serdang, Encik Norazam Haji Udin dan beberapa kakitangan bomba lain, En Ismadi, En Aliff dan En Nik. En Ismadi dan En Aliff memberi taklimat tentang tugas dan tanggungjawab ahli bomba, aspek keselamatan yang perlu dijaga oleh anak-anak, beberapa teknik menyelamatkan diri dari kebakaran. Beberapa orang anak-anak 3P berpeluang untuk mengenakan pakaian bomba dan menunjukkan teknik menyelamatkan diri.
Menjelang 10.15 pagi, anak-anak ini sudah bertanyakan bila boleh makan. Kami berihat seketika untuk makan pagi dengan bekal makanan dan minuman yang dibawa. Seterusnya, saat yang menerujakan bagi ramai anak-anak ini, bila siren trak bomba dinyalakan, dan En Ismadi dan En Aliff mula menarik paip bomba untuk menyembur air. Anak-anak ini bergilir-gilir mencuba kebolehan menyembur air.
Sesi taklimat tamat sekitar 11.00 pagi. Puan Hasnah yang mengetuai rombongan sempat memberi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dan menyampaikan cenderahati bagi pihak 3P kepada En Norazam Haji Udin.
Walaupun berada di luar 3P, perhimpunan pulang tetap diadakan dengan pembacaan ikrar dan doa diketuai oleh Muhammad Hasbi. Sebelum pulang, anak-anak ini bersalaman dengan 'Pakcik-Pakcik' bomba. Rombongan kami selamat tiba di 3P pada pukul 11.45 pagi. (Kepada Puan Ira, mama Husna Amani, Jazakallah atas bantuan mengelolakan anak-anak semasa rombongan. Harap Puan Ira tak keberatan juga untuk membantu di program-program 3P akan datang;-)). Walaupun keletihan, ada juga anak-anak yang bertanya bila lawatan yang satu lagi akan diadakan - iaitu lawatan ke Pusat Sains Negara. Tunggu...
Ikuti gambar-gambar yang sempat diambil semasa Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Serdang.
|
Cikgu Hanum memberi taklimat dan peringatan kepada ahli-ahli rombongan |
|
Beratur untuk menanti giliran berjalan ke bas yang baru sampai |
|
Puan Ira membawa anak-anak dibawah kelolaannya | | | | ke bas yang menunggu |
|
Cikgu Hanum bersama 'anak-anaknya' |
|
Satu dari 2 bas yang membawa ahli rombongan 3P |
Suasana riang di dalam bas, dalam perjalanan ke destinasi
|
En Ismadi dan En Aliff berhadapan dengan anak-anak 3P sebelum memulakan taklimat |
|
Abdul Rahman dan Yasmeen 'volunteer' untuk melakukan demo menyelamatkan diri |
Yasmeen dan Afi (di bawah) melakukan teknik menyelamatkan diri jika baju terkena api
|
Ahmad Faris menunjukkan cara menyelamatkan diri dalam bilik yang dipenuhi asap |
Yasmeen, Ahmad Faris, Hayqal, Abdul Rahman dan Luthfil
mengenakan & menggayakan 'uniform' bomba
DEMO MENYEMBUR AIR KE ARAH KEBAKARAN
Puan Hasnah menyampaikan ucapan penghargaan dan
menyerahkan cenderahati 3P kepada En Norazam
|
Sesi perhimpunan balik-membaca iqrar dan doa berjamaah |
|
Ahli-ahli rombongan bersalaman dengan Pakcik-pakcik bomba |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan