PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Rabu, 12 Oktober 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PCPP/3P MERIAH

Seperti yang dijadualkan dan diwar-warkan di banner dan blog 3P, alhamdulillah Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PCPP/3P berlangsung pada pagi Sabtu 24hb September 2011 di Bangunan Kedua 3P (No 2, Jalan PP51).  Ini merupakan tahun ketiga PCPP/3P menganjurkan Rumah Terbuka ini. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat sebelum Zohor berjalan lancar. Alhamdulillah cuaca pun cerah.
Awal pagi, suasana masih agak lengang. Menu utama, Laksa Utara, yang disediakan oleh Pak Ya Catering agak lewat sampai.  Tetapi beberapa staf dan AJK 3P telah berada di 3P membuat persiapan terakhir dari awal pagi lagi.  Malahan, pada malam sebelumnya, persiapan memasak nasi impit, masak lodeh dan lain-lain serta pemasangan khemah berjalan sehingga awal pagi Sabtu.  Ramai muslimin, muslimat dan anak-anak datang memeriahkan suasana persiapan awal majlis.

Dianggarkan 300 orang berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PCPP kali ini.  Pendaftaran pelajar baru 3P untuk sesi 2012 turut dibuka.  Beberapa orang ibubapa mengambil kesempatan ini untuk mendaftarkan anak-anak mereka.

Ikutilah beberapa gambar yang diambil sepanjang majlis berlangsung:

Encik Yusri dan keluarga, jiran 3P, tetamu terawal sampai

Baby Auni, adik Hana dan Wani, pun tak ketinggalan bersama di Majlis Rumah Terbuka 3P

Ustaz Azani Mohamad, Penasihat PASTI Kawasan Puchong,
 bersama Ustaz Azhar, ayah As'ad menjamu selera
Begitu leka Yaya (Hadhirah) anak jiran 3P, En Hiruddin, menikmati laksa utara
'Pasangan 2 Sejoli' - En Md Nor, Naib Ketua PCPP & Pn Hapipah, Ketua DMPCPP
Suasana riang dan meriah Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PCPP/3P


Penyambut tetamu 3P, Cikgu Fatimah, Pn Ruzita dan Cikgu Anis

Puan Hasnah bergambar bersama tetamu-tetamu cilik
Keluarga En Nuzul Azam

En Azam bersama tetamu dari Nigeria
Orang-orang penting PCPP bersama En Rosharizan (berbaju petak
lengan pendek), Ketua Pemuda PAS Puchong

'Classmates' UPM berjumpa, banyak yang dibincangkan

Dah siap berkemas, sempat lagi bergambar bersama





1 ulasan:

  1. blog ni nampk x banyak info tntang 'persekolahan PASTI' tu sendiri...aktiviti lain-lain yang lebih..
    dicadangkan buat structured la sket--info such as curriculum, enrollment , vision & mission, why chose PASTI, career,promotions ...aktiviti2 yang dijalankan tu part of it je...ni bukak2 jamuan raya la, bagi duit raya laa...kurang sesuwaii ...jez my 2 cent

    BalasPadam