PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Selasa, 21 Jun 2011

SEMINAR KEIBUBAPAAN PASTI PUCHONG 2011

Serdang - Pada Sabtu, 18 Jun 2011, berlangsung Seminar Keibubapaan PASTI di Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam UPM.  Ianya dihadiri oleh lebih 40 orang ibubapa dari 3 PASTI - 3P, Ainul Mardhiah dan Al Husaini. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.

Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengalaman, dan  pengetahuan mendidik anak menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah kepada ibubapa dan penjaga.  Ianya dikendalikan oleh 2 orang motivator, Ustaz Nasir Othman dan Ustaz Hasbullah Othman.

Anak-anak PASTI mempunyai program tersendiri semasa ibubapa mereka menghadiri seminar - pada awal paginya dengan Pertandingan Mewarna dan beberapa aktiviti lain yang dikendalikan oleh guru-guru PASTI selepas rehat.

KUDOS diucapkan kepada penganjur program - PASTI Puchong, JKP Zon 20, Persatuan Belia Bestari dan Qaryah Masjid UPM Serdang.

SEKITAR SEMINAR KEIBUBAPAAN





ANAK-ANAK PASTI DI DEWAN KULIAH AL KHAWARIZMI
(dapatlah merasa suasana universiti:-))



Antara guru-guru yang sama-sama membantu
kendalikan program kanak-kanak



MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEWARNA





1 ulasan:

  1. Satu program yang bagus dan amat bermakna buat semua ibu bapa. Tahniah PASTI Putra Permai. :)

    BalasPadam