Serdang - Pada Sabtu, 18 Jun 2011, berlangsung Seminar Keibubapaan PASTI di Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam UPM. Ianya dihadiri oleh lebih 40 orang ibubapa dari 3 PASTI - 3P, Ainul Mardhiah dan Al Husaini. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.
Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengalaman, dan pengetahuan mendidik anak menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah kepada ibubapa dan penjaga. Ianya dikendalikan oleh 2 orang motivator, Ustaz Nasir Othman dan Ustaz Hasbullah Othman.
Anak-anak PASTI mempunyai program tersendiri semasa ibubapa mereka menghadiri seminar - pada awal paginya dengan Pertandingan Mewarna dan beberapa aktiviti lain yang dikendalikan oleh guru-guru PASTI selepas rehat.
KUDOS diucapkan kepada penganjur program - PASTI Puchong, JKP Zon 20, Persatuan Belia Bestari dan Qaryah Masjid UPM Serdang.
SEKITAR SEMINAR KEIBUBAPAAN
ANAK-ANAK PASTI DI DEWAN KULIAH AL KHAWARIZMI
(dapatlah merasa suasana universiti:-))
Antara guru-guru yang sama-sama membantu kendalikan program kanak-kanak |
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEWARNA
Satu program yang bagus dan amat bermakna buat semua ibu bapa. Tahniah PASTI Putra Permai. :)
BalasPadam