Taman Pinggiran Putra - Pada pagi hari Ahad, 19 Jun 2011, berlangsung Hari Bertemu Ibubapa dan Pelajar 3P di premis lama Pasti Putra Permai. Hari Bertemu Ibubapa ini merupakan program tetap 3P dimana pihak pengurusan dan guru-guru 3P mengadakan pertemuan dengan ibubapa pada pertengahan dan hujung tahun di samping program-program lain yang 3P anjurkan.
Program ini menjadi salah satu platform untuk pihak sekolah memaklumkan kemajuan anak-anak 3P beserta keputusan peperiksaan pertengahan tahun di samping mendapat maklum balas dari para ibubapa tentang sebarang kemajuan/komen mengenai anak-anak 3P semasa di luar sekolah. Sebelum cuti sekolah, pihak pengurusan 3P juga telah mengeluarkan borang maklumbalas untuk diisi oleh para ibubapa bagi mendapatkan maklumbalas tentang pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di 3P di samping mendapatkan cadangan/komen. Pelbagai komen/cadangan/pandangan yang diberikan oleh ibubapa akan diambil kira dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan di Pasti Putra Permai.
Ikuti gambar-gambar yang diambil sepanjang program:
|
Antara ibubapa & pelajar yang awal tiba, berjumpa guru kelas |
|
Keadaan di luar, pada awal pagi, masih lengang |
|
Puan Hanom, ibu Adam, menunggu giliran |
|
Ro'aina & ibu serta adik-adik menunggu |
|
Ibubapa & pelajar menengok keputusan peperiksaan
pertengahan tahun yang dipamer di papan putih |
|
Menjelang 10 pagi, lebih ramai ibubapa & pelajar datang |
|
AJK 3P, En Sany, tiba bersama puteri sulongnya |
|
Keluarga Wafi & Nabila tiba |
|
AJK berbual bersama ibubapa 3P |
|
Anak-anak mengambil peluang bermain bersama rakan-rakan |
|
Puan Erlina, Puan Julia dan Puan Hasnah saling bertanya khabar |
|
"Penyambut tetamu" pun nak bergambar juga |
Lagi gambar-gambar ibubapa dan anak-anak 3P berjumpa para cikgu
|
Sambil mengambil buku rekod, Puan Fuza sempat membeli baju muslimat untuk Azrina.
Duit hasil jualan adalah untuk mengumpul dana Majlis Guru PASTI Puchong |
|
AJK 3P, En Hamdan dan Tuan Haji Latib, berkemas tamat sahaja program |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan