PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Rabu, 12 Januari 2011

SESI PERSEKOLAHAN 2011 TELAH BERMULA!!

Sesi persekolahan bagi 2011 telah pun bermula!!

Bagi 3P, ianya bermula dengan Majlis Taklimat Ibubapa dan Pelajar 3P Sesi 2011 yang berlangsung pada Ahad, 2hb Januari 2011.  Ramai ibubapa dan anak-anak yang hadir.  Pelajar-pelajar yang memasuki kelas 5 dan 6 tahun menjalani ujian pendek kemasukan kelas sementara ibubapa menghadiri taklimat yang diberikan oleh Pengurus 3P, Puan Hasnah Yusop.  Pada hari itu juga, ibubapa membuat pembayaran yuran mengambil pakaian seragam hijau (bagi yang belum berbuat demikian).

Pada hari Isnin, sesi persekolahan formal belum lagi dibuka tetapi ramai juga pelajar-pelajar yang datang untuk penjagaan.

Hanya pada Selasa, 4 Januari 2011, sesi persekolahan formal bagi 3P dan PASTI-PASTI di kawasan Puchong bermula. Bagi ibubapa yang mungkin pertama kali anak-anak mereka bersekolah, ini merupakan detik bersejarah bagi anak-anak dan keluarga.  Ramai juga yang membawa kamera untuk mengambil gambar-gambar anak di hari pertama persekolahan. 

Telah menjadi kelaziman, bagi yang tak pernah menjejakkan kaki ke alam persekolahan, ini merupakan sesuatu yang agak mencabar dan mungkin menakutkan sedikit.  Ada juga yang menangis dan merengek meminta ibubapa menemankan mereka dsb.  Tapi bagi kami di 3P, begitulah setiap tahun - cabaran untuk mempastikan anak-anak ini selesa dengan suasana baru dan boleh menerima persekitaran yang lain dari dahulunya. 

Bukanlah mudah.. Ditambah lagi dengan bilangan pelajar yang bertambah, melebihi 100 orang semuanya.  Insyaallah dengan warga kerja 3P yang bertambah dan komited untuk mendidik anak-anak ini,  ianya akan dimudahkan.

Bagi sebilangan kecil anak-anak, ia mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kawan baru, persekitaran baru tanpa kehadiran ibubapa dan ahli keluarga. 

Moga pada tahun ini 3Pians akan terus cemerlang... Amin..

Ikutilah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang minggu pertama persekolahan...

MAJLIS TAKLIMAT IBUBAPA DAN PELAJAR 3P - 2 JANUARI 2011

Nurin Azrina dan keluarga dah sampai awal pagi lagi ke sesi taklimat


Pelajar-pelajar menjalani ujian pendek kemasukan ke kelas 5 & 6 tahun

Ibubapa sedang menunggu untuk sesi taklimat
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN - 4 JANUARI 2011
Pelbagai gaya pelajar-pelajar 3P beratur pada pagi pertama persekolahan

Ibubapa yang 'anxious' turut sama melihat anak-anak berikrar pada perhimpunan pagi
Cikgu Hanum, guru kanan 3P, mengetuai perhimpunan pagi


Cikgu Lin memperkenalkan dirinya kepada anak-anak murid


HARI KEDUA PERSEKOLAHAN - 5 JANUARI 2011
Adib, Wafi dan As'ad menunggu untuk perhimpunan pagi kedua

Kanak-kanak ini mudah dapat kawan. 

Wan Mohd Azim & Nurul Damia Husna nampak agak hiba 

Puan Sri Rahayu, emak Muhammad, menulis nama pada kopiah barunya.  Almaklum, kopiah sama. 
Kalau tak ditulis nama, kemungkinan untuk bertukar kopiah tu agak tinggi



Eka dihantar oleh neneknya

Cikgu Lin mengetuai perhimpunan pagi di bangunan baru

Puan Hasnah cuba memujuk Ahmad Rauf yang baru masuk hari
kedua bersekolah, masih sedih


Cikgu As, guru 5 Hanafi, bersama anak-anak muridnya

Cikgu Ita, guru kelas 6 Shafie, bersama anak-anak didiknya


Cikgu Hanum dan Cikgu Imah, bersama anak-anak 4 Hambali

Cikgu Nani bersama pelajar-pelajar 6 Nawawi


Cikgu Lin dan anak-anak didik di kelas 5 Maliki




Tiada ulasan:

Catat Ulasan