Dalam kemeriahan warga kota dengan pelbagai majlis hiburan untuk menyambut Tahun Baru 2011, AJK 3P, warga kerja 3P dan jemaah PCPP serta ahli keluarga menyambutnya dengan cara berlainan dengan berkumpul di bangunan baru 3P untuk Majlis Doa Selamat dan BBQ.
Majlis bermula pada pukul 8.00 malam, 31hb Disember 2010, tetapi seawal 4 petang, beberapa orang AJK dan ahli PCPP telah berada di premis baru untuk memasang tempat BBQ dan menyusun meja dll.
Selepas sahaja solat Maghrib, 4 peha kambing mula dipanggang, diketuai oleh Tuan Haji Bani. Beberapa AJK lain memanggang ikan dan 'hotdog'. Muslimat telah pun menyiapkan 'coleslaw', kentang goreng dan 'nuggets'. Pukul 8.00 malam acara bermula dengan Tazkirah oleh Ustaz Zamiruddin Omar dari Lajnah Tarbiyyah PCPP di susuli dengan solat Isyak berjamaah dan doa selamat juga diketuai oleh Ustaz Zamir.
Di majlis ini,para hadirin dan ahli keluarga dapat merapatkan silaturrahim, bertanya khabar dan seumpamanya di samping mensyukuri tahun 2010 yang hampir melabuhkan tirainya. Moga tahun 2011 dan tahun-tahun mendatang 3P dipermudahkan dan lebih cemerlang lagi dalam misi mentarbiyyahkan anak-anak di kejiranan Bandar Putra Permai dengan tarbiyyah Islam, Amin...
|
Tuan Hj Bani, En Hamdan dan Omar menjaga BBQ kambing (maaf, gambar tak berapa jelas) |
|
Pak Ya dan Saudara Zamri menjaga ikan bakar |
|
Antara para hadirin yang hadir mendengar khusyuk tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zamir |
|
Saudara Irsyadi, anak Naib Pengerusi PCPP, mengumandangkan azan Isyak |
|
Puan Hasnah sempat juga bergambar bersama SU Dewan Muslimat PCPP,
Puan Mariam, sambil memotong BBQ kambing |
|
Cikgu Nani bersama anak-anak menjamu selera |
|
Dalam majlis begini, kanak-kanaklah yang paling riang sekali |
|
Menjamu selera sambil berbual santai bersama rakan taulan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan