PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Sabtu, 29 Januari 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR BERKUMPULAN JANUARI 2011


Pada hari Jumaat, 28 Januari 2011, warga 3P meraikan Sambutan Hari Lahir Berkumpulan pertama untuk tahun 2011.  Ini merupakan acara bulanan di 3P dimana pada Jumaat terakhir setiap bulan akan diadakan sambutan istimewa ini bersama anak-anak 3P.

Paginya dimulai dengan perhimpunan pagi di kedua pagi sebelum Master Kumaraguru mengetuai anak-anak di bangunan baru untuk latihan jasmani berasaskan taekwando.  Ianya diikuti dengan latihan bersama pelajar-pelajar di bangunan lama.

Pada pukul 10.00 pagi, semua anak-anak 3P berkumpul di bangunan lama untuk makan pagi secara berjamaah.  Bayangkan lebih 100 orang makan bersama-sama.  Meriah sekali..

Selepas makan pagi dan membaca Hadis-hadis tentang Sabar, Budi Pekerti, Halal dan Haram dan Amalan Yang Baik, barulah acara Sambutan Hari Lahir Berkumpulan bermula diketuai oleh Cikgu Hanum, Guru Kanan 3P.

Seramai 9 orang diraikan ulangtahun hari lahir mereka pada Januari ini termasuk Cikgu Fatimah.  Anak-anak yang menyambut ulangtahun hari lahir pada Januari adalah:

1. Badrulmunir Muhaimin bin Bakhtiar     4 tahun
2. Muhammad Hilman Khair bin Mohd Hisam  3 tahun
3. Najwa Darwisyah binti Mohd Faljuha  4 tahun
4. Nur Adrieana Damia binti Shahidan     4 tahun
5. Abdul Rahman bin Mohd Tohir            5 tahun
6. Siti Sarah binti Uzaini                           5 Tahun
7. Ahmad Rauf bin Ahmad Ridzal            5 tahun
8. Nureen Irdina Aisyah binti Khairul Izwan       5 tahun

Eka, Abdurrahman dan Yasmin turut menerima hadiah bagi pihak ibubapa mereka daripada Cikgu Hanum sempena kelahiran 'baby' baru dalam keluarga mereka.

Ikuti gambar-gambar yang sempat diambil pada majlis sambutan 'birthday' Januari:


Di bangunan baru, Cikgu Ita menunjukkan Flashcard Bahasa Arab semasa perhimpunan pagi

Di bangunan lama pula, pelajar 6 Shafie dan 4 Hambali
bersama Cikgu As untuk Flashcard Matematik

Pelajar 5 Hanafi, Maliki & 6 Nawawi memulakan exercise bersama Master Kumaraguru

Siapa yang lompat paling tinggi?...

Mendengar arahan dari 'Sir' sebelum acara menumbuk 'bantal'


Pelajar-pelajar 6 Shafie dan 4 Hambali stretching


Pelajar lelaki 4 Hambali menunggu giliran untuk 'punching'

Aleeya, 4 tahun, begitu beria melakukan tumbukan

Semua pelajar menunggu sebelum makan pagi bersama

Cikgu Hanum menyampaikan sedikit ucapan sebelum makan pagi

Puan Hasnah mengambil kesempatan untuk makan bersama anak-anak ini


Mendengar arahan Cikgu Jamnah untuk 'SENYAP'

Cikgu Fatimah menerima hadiah 'birthday' dari Cikgu Hanum

Badrulmunir Muhaimin

Muhammad Hilman Khair

Najwa Darwisyah

Nur Adrieana Damia

Abdul Rahman

Siti Sarah


Nureen Irdina Aisyah



Warga kerja 3P bersama 'January Birthday Girls and Boys'

Eka menerima hadiah untuk adik lelakinya yang baru lahir

Yasmin

Abdurrahman

Ahmad Rauf, ketua kelas 5 Hanafi, mengetuai ikrar semasa perhimpunan balik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan