PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Isnin, 27 Jun 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR BERKUMPULAN BULAN JUN - 24 JUN 2011


Pada hari Jumaat, 24 Jun 2011, seperti bulan-bulan sebelumnya, Sambutan Hari Lahir Berkumpulan 3P diadakan.  Pada awal pagi, selepas sahaja perhimpunan pagi, pelajar-pelajar menjalani latihan jasmani berasaskan taekwando bersama Master Kumaraguru (pelajar-pelajar panggil Sir aje).  Selepas rehat pagi barulah dilangsungkan sambutan hari lahir.  Seramai 14 orang pelajar dan 4 staf 3P diraikan pada bulan ini.  Turut diraikan adalah pelajar-pelajar yang baru mendapat adik baru.

Jazakallahukhairan kasiira kepada para ibubapa yang  memberi sumbangan kek, hadiah bagi menjayakan sambutan hari lahir ini.

Ikuti gambar-gambar yang diambil sepanjang program:

Makan pagi berjamaah
"Birthday cakes" anak-anak ni



Kek yang dibuat khas oleh ibu Nurul Ro'aina



Para pelajar menunggu upacara bermula


Cikgu Hanum mempengerusikan majlis
 Para pelajar yang diraikan












Birthday boys sibuk menengok nama masing-masing
yang terpapar pada hadiah
  
 Staf-staf 3P yang diraikan



Anak-anak 3P yang baru mendapat adik baru









Selasa, 21 Jun 2011

HARI BERTEMU IBUBAPA DAN PELAJAR 3P

Taman Pinggiran Putra - Pada pagi hari Ahad, 19 Jun 2011, berlangsung Hari Bertemu Ibubapa dan Pelajar 3P di premis lama Pasti Putra Permai. Hari Bertemu Ibubapa ini merupakan program tetap 3P dimana pihak pengurusan dan guru-guru 3P mengadakan pertemuan dengan ibubapa pada pertengahan dan hujung tahun di samping program-program lain yang 3P anjurkan.

Program ini menjadi salah satu platform untuk pihak sekolah memaklumkan kemajuan anak-anak 3P beserta keputusan peperiksaan pertengahan tahun di samping mendapat maklum balas dari para ibubapa tentang sebarang kemajuan/komen mengenai anak-anak 3P semasa di luar sekolah. Sebelum cuti sekolah, pihak pengurusan 3P juga telah mengeluarkan borang maklumbalas untuk diisi oleh para ibubapa bagi mendapatkan maklumbalas tentang pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di 3P di samping mendapatkan cadangan/komen. Pelbagai komen/cadangan/pandangan yang diberikan oleh ibubapa akan diambil kira dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan di Pasti Putra Permai.

Ikuti gambar-gambar yang diambil sepanjang program:


Antara ibubapa & pelajar yang awal tiba, berjumpa guru kelas

Keadaan di luar, pada awal pagi, masih lengang

Puan Hanom, ibu Adam, menunggu giliran
Ro'aina & ibu serta adik-adik menunggu

Ibubapa & pelajar menengok keputusan peperiksaan
pertengahan tahun yang dipamer di papan putih

Menjelang 10 pagi, lebih ramai ibubapa & pelajar datang
AJK 3P, En Sany, tiba bersama puteri sulongnya
Keluarga Wafi & Nabila tiba
AJK berbual bersama ibubapa 3P


Anak-anak mengambil peluang bermain bersama rakan-rakan

Puan Erlina, Puan Julia dan Puan Hasnah saling bertanya khabar
"Penyambut tetamu" pun nak bergambar juga
Lagi gambar-gambar ibubapa dan anak-anak 3P berjumpa para cikgu




Sambil mengambil buku rekod, Puan Fuza sempat membeli baju muslimat untuk Azrina.
Duit hasil jualan adalah untuk mengumpul dana Majlis Guru PASTI Puchong

AJK 3P, En Hamdan dan Tuan Haji Latib, berkemas tamat sahaja program