PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Ahad, 30 Oktober 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR WARGA 3P KE BALAI BOMBA SERDANG


 Serdang, 25 Oktober - Selama 2 minggu anak-anak 3P menghadapi ujian lisan dan bertulis Akhir Tahun PASTI. Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu oleh warga cilik 3P akhirnya tiba. 2 sesi Lawatan Sambil Belajar telah disusun oleh pihak pengurusan 3P untuk para pelajar 3P.

Lawatan pertama adalah ke Balai Bomba & Penyelamat Serdang pada Selasa, 25hb Oktober 2011. Pada hari Isnin, ahli rombongan dibahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil dan diperkenalkan kepada ketua/ibu masing-masing.  Cikgu Hanum memberi taklimat dan nasihat kepada pelajar-pelajar.

Awal pagi Selasa, seawal 6.45 pagi anak-anak 3P telah tiba. Menjelang 8 pagi, premis lama 3P telah dipenuhi oleh ahli rombongan yang tak sabar-sabar nak menaiki bas.  Asyik bertanyakan bila bas akan tiba.  Ahli rombongan berbaris mengikut kumpulan masing-masing menanti ketibaan bas rombongan.  Pada pukul 8.40 pagi, 2 bas sekolah yang dinanti-nanti tiba.

Keriangan jelas terpancar di muka anak-anak ini.  Almaklum, jarang-jarang atau mungkin bagi setengah mereka tidak pernah menaiki bas rombongan.  Tambahan lagi pergi rombongan bersama rakan-rakan.  Pakcik pemandu bas memandu bas agak perlahan untuk memberi peluang kepada anak-anak ini melihat dan memberi komen suasana sekeliling mereka.

Ketibaan kami pada pukul 9.30 pagi disambut oleh Pegawai Bomba  & Penyelamat Serdang, Encik Norazam Haji Udin dan beberapa kakitangan bomba lain, En Ismadi, En Aliff dan En Nik.  En Ismadi dan En Aliff memberi taklimat tentang tugas dan tanggungjawab ahli bomba, aspek keselamatan yang perlu dijaga oleh anak-anak, beberapa teknik menyelamatkan diri dari kebakaran. Beberapa orang anak-anak 3P berpeluang untuk mengenakan pakaian bomba dan menunjukkan teknik menyelamatkan diri.

Menjelang 10.15 pagi, anak-anak ini sudah bertanyakan bila boleh makan.  Kami berihat seketika untuk makan pagi dengan bekal makanan dan minuman yang dibawa.  Seterusnya, saat yang menerujakan bagi ramai anak-anak ini, bila siren trak bomba dinyalakan, dan En Ismadi dan En Aliff mula menarik paip bomba untuk menyembur air.  Anak-anak ini bergilir-gilir mencuba kebolehan menyembur air.

Sesi taklimat tamat sekitar 11.00 pagi.  Puan Hasnah yang mengetuai rombongan sempat memberi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dan menyampaikan cenderahati bagi pihak 3P kepada En Norazam Haji Udin. 

Walaupun berada di luar 3P, perhimpunan pulang tetap diadakan dengan pembacaan ikrar dan doa diketuai oleh Muhammad Hasbi.  Sebelum pulang, anak-anak ini bersalaman dengan 'Pakcik-Pakcik' bomba.  Rombongan kami selamat tiba di 3P pada pukul 11.45 pagi.  (Kepada Puan Ira, mama Husna Amani, Jazakallah atas  bantuan mengelolakan anak-anak semasa rombongan.  Harap Puan Ira tak keberatan juga untuk membantu  di program-program 3P akan datang;-)). Walaupun keletihan, ada juga anak-anak yang bertanya bila lawatan yang satu lagi akan diadakan - iaitu lawatan ke Pusat Sains Negara.  Tunggu...

Ikuti gambar-gambar yang sempat diambil semasa Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Serdang.

Cikgu Hanum memberi taklimat dan peringatan kepada ahli-ahli rombongan

Beratur untuk menanti giliran berjalan ke bas yang baru sampai

Puan Ira membawa anak-anak dibawah kelolaannyake bas yang menunggu

Cikgu Hanum bersama 'anak-anaknya'

Satu dari 2 bas yang membawa ahli rombongan 3P
 Suasana riang di dalam bas, dalam perjalanan ke destinasi





En Ismadi dan En Aliff berhadapan dengan anak-anak 3P sebelum memulakan taklimat

Abdul Rahman dan Yasmeen 'volunteer' untuk melakukan demo menyelamatkan diri
Yasmeen dan Afi (di bawah) melakukan teknik menyelamatkan diri jika baju terkena api


Ahmad Faris menunjukkan cara menyelamatkan diri dalam bilik yang dipenuhi asap
 Yasmeen, Ahmad Faris, Hayqal, Abdul Rahman dan Luthfil 
mengenakan & menggayakan 'uniform' bomba




 DEMO MENYEMBUR AIR KE ARAH KEBAKARAN




 Puan Hasnah menyampaikan ucapan penghargaan dan 
menyerahkan cenderahati 3P kepada En Norazam




Sesi perhimpunan balik-membaca iqrar dan doa berjamaah


Ahli-ahli rombongan bersalaman dengan Pakcik-pakcik bomba







 






Rabu, 12 Oktober 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PCPP/3P MERIAH

Seperti yang dijadualkan dan diwar-warkan di banner dan blog 3P, alhamdulillah Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PCPP/3P berlangsung pada pagi Sabtu 24hb September 2011 di Bangunan Kedua 3P (No 2, Jalan PP51).  Ini merupakan tahun ketiga PCPP/3P menganjurkan Rumah Terbuka ini. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat sebelum Zohor berjalan lancar. Alhamdulillah cuaca pun cerah.
Awal pagi, suasana masih agak lengang. Menu utama, Laksa Utara, yang disediakan oleh Pak Ya Catering agak lewat sampai.  Tetapi beberapa staf dan AJK 3P telah berada di 3P membuat persiapan terakhir dari awal pagi lagi.  Malahan, pada malam sebelumnya, persiapan memasak nasi impit, masak lodeh dan lain-lain serta pemasangan khemah berjalan sehingga awal pagi Sabtu.  Ramai muslimin, muslimat dan anak-anak datang memeriahkan suasana persiapan awal majlis.

Dianggarkan 300 orang berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PCPP kali ini.  Pendaftaran pelajar baru 3P untuk sesi 2012 turut dibuka.  Beberapa orang ibubapa mengambil kesempatan ini untuk mendaftarkan anak-anak mereka.

Ikutilah beberapa gambar yang diambil sepanjang majlis berlangsung:

Encik Yusri dan keluarga, jiran 3P, tetamu terawal sampai

Baby Auni, adik Hana dan Wani, pun tak ketinggalan bersama di Majlis Rumah Terbuka 3P

Ustaz Azani Mohamad, Penasihat PASTI Kawasan Puchong,
 bersama Ustaz Azhar, ayah As'ad menjamu selera
Begitu leka Yaya (Hadhirah) anak jiran 3P, En Hiruddin, menikmati laksa utara
'Pasangan 2 Sejoli' - En Md Nor, Naib Ketua PCPP & Pn Hapipah, Ketua DMPCPP
Suasana riang dan meriah Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PCPP/3P


Penyambut tetamu 3P, Cikgu Fatimah, Pn Ruzita dan Cikgu Anis

Puan Hasnah bergambar bersama tetamu-tetamu cilik
Keluarga En Nuzul Azam

En Azam bersama tetamu dari Nigeria
Orang-orang penting PCPP bersama En Rosharizan (berbaju petak
lengan pendek), Ketua Pemuda PAS Puchong

'Classmates' UPM berjumpa, banyak yang dibincangkan

Dah siap berkemas, sempat lagi bergambar bersama