PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Sabtu, 10 Julai 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN SURAH ALBAQARAH DI BANGUNAN BARU 3P

Pada 8 Julai 2010 3P menganjurkan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Surah AlBaqarah sempena memasuki bangunan tambahan yang baru disewa oleh 3P.  Rumah teres hujung (corner lot) yang disewa oleh 3P ini terletak di belakang dapur bangunan 3P sekarang.

Majlis ini disertai oleh para ibubapa, AJK, guru-guru serta jiran-jiran 3P dan dimeriahkan oleh anak-anak cilik 3P. Tuan Syed Ahmad Thani, Naib Ketua Pemuda PAS Puchong merangkap Timbalan Pengerusi PASTI Puchong, turut meluangkan masa menyertai majlis ini.  Terima kasih Cikgu.

Imam pada malam itu adalah Ustaz Zamiruddin Omar, dari Lajnah Tarbiyyah PCPP.  Selesai solat Maghrib berjamaah, diadakan solat Hajat.

Jamaah kemudian dibahagikan kepada 7 kumpulan untuk upacara bacaan Surah AlBaqarah.  Sebelum solat Isyak, Ustaz Zamir sempat menyampaikan Tazkirah ringkas kepada para hadirin.

Usai Solat Isyak berjamaah, para hadirin menjamu selera dengan jamuan ringan yang disediakan.  Majlis ringkas tapi padat ini tamat pada pukul 9.45 malam.

Sekalung penghargaan kepada semua yang menjayakan majlis pada malam itu.
Luthfil & Aqil mempamerkan keletah mereka di hadapan jamaah wanita selepas solat Maghrib
Ustaz Zamir menyampaikan sedikit taklimat sebelum solat Hajat berjamaah
Bersiap sebelum membaca Surah AlBaqarah. Cikgu Hanum dan Jamnah sempat posing lagi.

Selesai membaca Surah AlBaqarah
 Anak-anak mempunyai acara tersendiri di bangunan sebelah.
Cikgu As, Jamnah dan Lin mengawal keadaan di bangunan sebelah dengan anak-anak yang aktif dan ceria


Antara jamaah wanita yang hadir
Jemputan menjamu selera dengan beberapa hidangan ringan yang disediakan
Stokis HPA kita, Ustaz Zamir dan anak, Nurul Izzah
Taukeh ikan kita, Pak Ya bergambar bersama isteri tercinta, Puan Baiti
Guru-guru 3P bergambar bersama Pengurus selesai majlis

Rabu, 7 Julai 2010

Rujukan kami : PPP/2010/7 (1)



Tarikh : 5/7/2010




Kami dengan segala hormatnya mengundang

Ibubapa/Penjaga Pelajar Seisi Keluarga

Ke

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN SURAH ALBAQARAH DAN DOA SELAMAT

Sempena

Memasuki Premis Tambahan Pasti Putra Permai di No 2, Jalan PP51, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan

Pada hari Khamis, 8hb Julai 2010

Bersamaan 25hb Rejab 1431H, jam 0700 malam

Aturcara Tentatif

7.00 malam Ketibaan jemputan
7.30 malam Solat Maghrib berjamaan
7.45 malam Solat Hajat, Bacaan Surah AlBaqarah dan Doa Selamat
8.45 malam Solat Isyak
9.00 malam Jamuan ringan

Kehadiran tuan/puan sekeluarga amat kami hargai dan alukan. Moga dengan kehadiran semua dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara sesama kita, Insyaallah. Terima kasih.



Dari

Pengurusan dan Guru-Guru Pasti Putra Permai

Isnin, 5 Julai 2010

3P Menambah 1 lagi Premis!

3P mengorak selangkah ke hadapan dengan menyewa satu lagi bangunan untuk menampung penambahan pelajar dan sebagai langkah proaktif untuk memajukan lagi pendidikan Islam dikalangan anak-anak di Bandar Putra Permai dan sekitarnya.

Alhamdulillah, mulai 1 Julai 2010, pihak pengurusan 3P telah menyewa satu lagi rumah teres dua tingkat 'corner lot' di Jalan PP51, yang terletak di belakang dapur premis sedia ada. Premis yang beberapa bulan dulu merupakan sebuah tadika juga, tetapi telah menamatkan operasinya kini telah mempunyai penyewa baru, iaitu Pasti Putra Permai.

Selepas mendapat sahaja kunci bangunan, beberapa AJK dan staf 3P sibuk membersihkan kawasan bangunan yang semak dengan lalang dan pokok bunga yang tidak terurus. Pada hujung minggunya, bahagian dalam bangunan pula dicuci.

Satu majlis Solat Hajat, Bacaan Surah Al-Baqarah dijadualkan pada Khamis ini sebelum operasi 3P dimulakan di premis tambahan ini. Insyaallah, premis tambahan ini akan mula beroperasi pada 11hb Julai 2010.

 
Pandangan hadapan dan sisi premis tambahan 3P
Kawasan luar bangunan yang telah dibersihkan oleh AJK Penyelenggaraan 3P
Bangunan tambahan ini terletak di belakang 'dapur' premis 3P sekarang.
Kelihatan anak-anak 3P begitu teruja 'menonton' pembersihan yang dijalankan.
Insyaallah,kedudukan kedua premis yang bersebelahan akan memudahkan guru-guru dan murid-murid berulang-alik. Dengan adanya 2 bangunan moga 3P akan dapat beroperasi dan lebih lancar dan terus maju ke depan, Amin.