PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Isnin, 5 Julai 2010

3P Menambah 1 lagi Premis!

3P mengorak selangkah ke hadapan dengan menyewa satu lagi bangunan untuk menampung penambahan pelajar dan sebagai langkah proaktif untuk memajukan lagi pendidikan Islam dikalangan anak-anak di Bandar Putra Permai dan sekitarnya.

Alhamdulillah, mulai 1 Julai 2010, pihak pengurusan 3P telah menyewa satu lagi rumah teres dua tingkat 'corner lot' di Jalan PP51, yang terletak di belakang dapur premis sedia ada. Premis yang beberapa bulan dulu merupakan sebuah tadika juga, tetapi telah menamatkan operasinya kini telah mempunyai penyewa baru, iaitu Pasti Putra Permai.

Selepas mendapat sahaja kunci bangunan, beberapa AJK dan staf 3P sibuk membersihkan kawasan bangunan yang semak dengan lalang dan pokok bunga yang tidak terurus. Pada hujung minggunya, bahagian dalam bangunan pula dicuci.

Satu majlis Solat Hajat, Bacaan Surah Al-Baqarah dijadualkan pada Khamis ini sebelum operasi 3P dimulakan di premis tambahan ini. Insyaallah, premis tambahan ini akan mula beroperasi pada 11hb Julai 2010.

 
Pandangan hadapan dan sisi premis tambahan 3P
Kawasan luar bangunan yang telah dibersihkan oleh AJK Penyelenggaraan 3P
Bangunan tambahan ini terletak di belakang 'dapur' premis 3P sekarang.
Kelihatan anak-anak 3P begitu teruja 'menonton' pembersihan yang dijalankan.
Insyaallah,kedudukan kedua premis yang bersebelahan akan memudahkan guru-guru dan murid-murid berulang-alik. Dengan adanya 2 bangunan moga 3P akan dapat beroperasi dan lebih lancar dan terus maju ke depan, Amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan