
SU 3P, En Hamdan, memberi sedikit taklimat sebelum majlis bacaan Yasin dan doa selamat
Antara kaum ibu yang hadir sama dalam Majlis Bacaan Yasin
Jemaah khusyuk mendengar pesanan dari Pak Mat

Kanak-kanak riang...
Solat Isyak dan Solat Hajat berjamaah
En Hamdan menyampaikan cenderahati dalam Majlis Penghargaan
Tarikh : 10 Mei 2010
Yang dihormati Ibubapa/Penjaga Pelajar,
Tuan/Puan,
PER: JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YASIN, DOA SELAMAT, SOLAT HAJAT DAN PENGHARGAAN PASTI PUTRA PERMAI
Dengan sukacitanya kami ingin menjemput tuan/puan sekeluarga ke Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat Dan Penghargaan Pasti Putra Permai pada:
Tarikh: Jumaat, 14 Mei 2010
Tempat: PASTI Putra Permai
Masa: 7.00 petang – 10.00 malam
PROGRAM TENTATIF
7.00 petang Ketibaan tetamu
7.20 malam Solat Maghrib berjamaah
7.40 malam Bacaan Yasin dan Doa Selamat
8.15 malam Tazkirah oleh Ustaz Zamir Omar
8.30 malam Solat Isyak berjamaah
8.40 malam Solat Hajat berjamaah
8.50 malam Majlis Penghargaan
9.10 malam Jamuan makan malam
10.00 malam Bersurai
2. Kehadiran tuan/puan mengimarahkan majlis ini amat dialu-alukan dan didahulukan dengan seribu penghargaan. Diharap tuan/puan dapat mengisi borang maklumbalas kehadiran di bawah serta mengembalikannya kepada pihak kami selewat-lewatnya Khamis, 13 Mei 2010.
3. Moga dengan kehadiran tuan/puan ke Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat Dan Penghargaan Pasti Putra Permai di PASTI Putra Permai dapat mengeratkan perhubungan silaturrahim antara kita serta mendapat keberkatan Allah s.w.t.
4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara diatas, tuan/puan boleh hubungi guru kanan, Puan Hanum/pejabat di talian 03-8941 3357 atau saya sendiri di talian 016-346 9907/emel hyusop@gmail.com.
Sekian.Terima kasih.
“PASTI FOR ALL”
Yang benar,
HASNAH BINTI YUSOP
Pengurus, PASTI Putra Permai

Keletah pemain bolasepak 3P pada awal pagi dalam bas,
Ketua cawangan PCPP, Encik Raffar, dan cucu, Ammar (ex 3Pian)
Antara ibubapa dan ahli keluarga yang mengikuti konvoi berkereta
Kontinjen Puchong dan lain-lain mendengar ucapan YB Dr Halimah
Pasukan 3P di padang semasa bertemu pasukan dari kawasan PJ Utara
Pemain 3P tetap seperti biasa, ceria bermain di belakang...Sempena Hari Ibu ini, kami di 3P mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada para ibu 3P, guru-guru dan semua ibu di luar sana. Hayatilah nasyid dari Haddad Alawi ini.
.jpg)
Kita kena akur, mereka masih kanak-kanak, berebut bola sesama sendiri..
Menerima arahan dari jurulatih pasukan, En Nuzul, tentang strategi tendangan bola ke gol lawan...
Antara ahli keluarga yang datang memberi sokongan kepada anak-anak 3P berlatih
Dah habis berlatih, ahli keluarga berkerumun masuk gelanggang....
untuk sesi bergambar bersama anak-anak, ibu/bapa, keluarga, AJK dan