PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Isnin, 12 April 2010

Belasungkawa

Salahuddin (Pak Din) dalam kenangan

Bila sebut nama Pak Din, anak-anak Pasti Putra Permai (3P) tahun 2009 pasti akan kenal. Inilah perkataan yang selalu disebut apabila anak-anak mahukan sesuatu.

Beliau antara pengasas awal 3P di samping tiga guru yang bertugas. Pak Din bertugas sebagai pengawal bagi kanak-kanak 3P, di samping bertugas membersihkan bahagian luar 3P.

Walaupun tidak lagi bertugas sejak bulan April 2009 di 3P, apa jua program 3P beliau akan sama-sama bertungkus lumus memastikan program berjalan lancar.

Sejak sebulan lepas kelibat Pak Din tidak lagi kelihatan. Beliau terlantar di Hospital Kota Bharu, kerana kemalangan di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang akhir Februari 2010 yang lalu. Sahabat-sahabat tidak putus menziarahi beliau di Kota Bharu, Kelantan.

Pada mulanya beliau dikatakan menghadapi kecederaan di dua bahagian tulang belakang sehingga separuh badannya lumpuh. Kemudian, beliau dimasukkan ke ICU kerana menghadapi masalah paru-paru dimasuki kuman dan pendarahan dalam perut. Gambar Pak Din (kiri) semasa sambutan Aidilfitri 3P tahun 2009.

Semasa di ICU pelbagai cara pihak hospital memastikan paru-paru dan pendarahan ini pulih untuk memudahkan pembedahan tulang belakang beliau. Tetapi apakan daya, Allah menentukan segala-galanya. Pada hari Ahad 11 April 2010, lebih kurang pukul 8.00 malam, Almarhum Pak Din telah dijemput mengadap Ilahi.

Kini Pak Din yang disayangi anak-anak 3P telah tiada untuk selama-lamanya. Beliau telah disemadikan di Selayang Utama pada pukul 11.40 pagi, 12 April 2010.

Kehilangan Almarhum Pak Din amat dirasai kerana keaktifan beliau membantu surau-surau dan PAS Cawangan Putra Permai.

Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Pak Din... Al-Fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan