PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Sabtu, 27 Ogos 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT RAYA WARGA 3P

Hari Jumaat, 26hb Ogos 2011, merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri dan cuti penggal persekolahan (27hb Ogos - 4hb September 2011).  Ramai juga yang dah bercuti awal, lebih 1/3 dari warga 3P!

Pada hari tersebut diadakan Majlis Penyampaian Duit Raya kepada para pelajar dan staf 3P.  Pelajar-pelajar yang menyambut ulangtahun hari lahir pada bulan Ogos juga diraikan. 

Ikuti laporan bergambar sepanjang majlis berlangsung:


Para pelajar sabar menunggu majlis dimulakan

Ahmad Mu'tasim, anakanda Cikgu Hanum, pun riang nak balik kg beraya;-
 Penyampaian beg dan duit raya kepada para staf 3P









 Penyampaian hadiah dan duit raya kepada pelajar-pelajar berpuasa
Irdina Sarah, 4 tahun, berpuasa 3 hari
Iman Umairah, 4 tahun, berpuasa lebih 10 hari









 Penyampaian hadiah dan duit raya kepada yang lain



Entah apalah yang dibualkan oleh Yusra (3 thn) dan Aleeya (4thn) 





Puan Hasnah bersama Abdur Rahman dan Huda Sakinah
yang menyambut ulangtahun hari lahir pada bulan Ogos
Faris Zaqwan dan Fatih Ziyad menerima hadiah untuk adik baru mereka

Rabu, 3 Ogos 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA PASTI PUTRA PERMAI

Rujukan kami  : PPP/2011/8 (26)
Tarikh              : 2 Ogos 2011 bersamaan 2 Ramadhan 1432H


Yang dihormati Ibubapa/Penjaga Pelajar,

Tuan/Puan,

PER:               JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA PASTI PUTRA PERMAI

Dengan sukacitanya kami ingin menjemput tuan/puan sekeluarga ke MAJLIS BERBUKA PUASA PASTI PUTRA PERMAI pada:

Tarikh:           Ahad, 7 Ogos 2011 bersamaan 7 Ramadhan 1432H
Tempat:          PASTI Putra Permai
Masa:              5.30 petang – 10.00 malam

ATURCARA PROGRAM (TENTATIF)

5.30 petang                 Ketibaan tetamu
5.45 petang                 Persembahan Anak-anak 3P
6.30 petang                 Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat
7.25 petang                 Azan Maghrib (Pelajar 3P) dan Berbuka Puasa
7.35 malam                  Solat Maghrib berjamaah
8.00 malam                  Jamuan Makan Malam (di bangunan lama 3P)
8.35 malam                  Azan Isyak(Pelajar 3P) dan Solat Isyak Berjamaah
8.50 malam                  Tazkirah Ramadhan
9.05 malam                  Solat Terawih dan Witir Berjamaah
9.45 malam                  Moreh dan Bersurai

2.         Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas pihak tuan/puan untuk majlis berbuka puasa ini disamping mengisi dana untuk pembangunan PASTI Negeri Selangor dan PASTI Kawasan Puchong. 

3.         Kehadiran tuan/puan mengimarahkan majlis ini amat dialu-alukan dan didahulukan dengan seribu penghargaan. Moga dengan kehadiran tuan/puan ke Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Pasti Putra Permai di PASTI Putra Permai dapat mengeratkan perhubungan silaturrahim antara kita serta mendapat keberkatan Allah s.w.t.

4.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara diatas, tuan/puan boleh hubungi guru kanan, Puan Hanum/pejabat di talian 03-8941 3357/013-9904069 atau saya sendiri di talian 016-346 9907/emel hyusop@gmail.com.

Sekian.Terima kasih.
“PASTI UNTUK SEMUA”

Yang benar,


                                                                                   
HASNAH BINTI YUSOP
Pengurus, PASTI  Putra Permai                     

Isnin, 1 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H



مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ"
Sesiapa mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu".
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun. Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti. Bilah-bilah hari kehidupan kita sebenarnya semakin sedikit dari sehari ke sehari, kita tidak tahu detik bila kematian kita. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita. Ayuh, rebutlah peluang keemasan ini!

Kami, pihak pengurusan dan seluruh warga kerja PASTI Putra Permai, mengucapkan Ramadhan Kareem kepada tuan/puan dan keluarga serta para pengunjung blog ini.




Sabtu, 16 Julai 2011

3P JUARA KESELURUHAN HARI BAKAT PASTI PUCHONG 2011!!!

SUNWAY, 16 Jul - PASTI Putra Permai (3P) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan pada Hari Bakat PASTI Kawasan Puchong 2011 yang berlangsung pada pagi Sabtu, 16 Julai di Kompleks 3C MPSJ, Sunway.

3P mengambil bahagian dalam 9 acara di mana keputusan adalah seperti berikut:

1) Hafazan (L)  - Adik Muhammad Zharif bin Nuzul Azam      ----> Saguhati
2) Hafazan (P) - Adik Siti Nurlaila Khalilah binti Zamri            ----> Saguhati
3) Azan - Adik Muhammad Luthfil Hadi bin Syawalluddin       ----> Ketiga
4) Khutbah - Adik Adam Hakimi Mohd Hanafiah                   ----> Saguhati
5) Bercerita (P) - Adik Nursha Hana binti Mohd Azrin            ----> Saguhati
6) Sajak (L) - Adik Hasbi bin Haris                                        ----> Kedua
7) Sajak (P) - Adik Nurul Ro'aina binti Rosle                          ----> Pertama
8) Pidato - Adik Yasmin binti Moohamad Ropaning                ----> Kedua
9) Nasyid  (L & P)                                                                 ----> Pertama

Pukul 6.45 pagi para peserta dan ibubapa masing-masing telah berada di 3P.  Ibubapa menghantar anak-anak yang turut serta.  Ada juga naik bersama rombongan berbas 3P.  Setelah kumpulan nasyid bersalin pakaian, akhirnya rombongan bertolak ke Kompleks 3C pada pukul 7.15 pagi.  Didalam bas, ahli rombongan sarapan sandwich telur, nugget dan air coklat.  Trafik agak lancar, kami sampai di tempat pertandingan sebelum 8.00 pagi.

Sesampai di Kompleks 3C, semua peserta mengikut guru masing-masing ke bilik-bilik pertandingan yang ditetapkan. Alhamdulillah, semua acara pertandingan tamat sebelum pukul 11 pagi seperti yang dijadualkan.  Hanya keputusan juri agak mengambil masa sedikit.

Keputusan keseluruhan adalah 3P Juara, Ainul Mardhiah Naib Juara dan Mawardi Tempat Ketiga.

Insyaallah, kumpulan nasyid 3P dan Adik Nurul Ro'aina (sajak (P)) akan mewakili Puchong ke Hari Bakat PASTI Negeri Selangor yang akan berlangsung di Sek Agama Rendah Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Kuala Langat pada Sabtu depan, 23hb Julai 2011.  Semoga mereka terus cemerlang.  Sama-samalah kita memberikan sokongan moral kepada pasukan 3P!

Beberapa gambar yang diambil untuk tatapan bersama (banyak lagi gambar dari beberapa kamera belum dimuatnaik):


Awal pagi, peserta rombongan baru tiba di 3P

Beratur untuk membaca doa

Berjalan ke bas rombongan yang sedia menanti

Di dalam bas sambil sarapan dan berbual



Arief Hayqal dan ibunya

Suasana di Bilik 3

Kumpulan Nasyid 3P mendendangkan 2 lagu -
Kisah Nabi Nuh (BM) & Kebersihan Sebahagian dari Iman(Arab)

Suasana di Bilik 2

Berihat sambil makan di Playground, Iman Umairah bersahaja minum air oren

Puan Azlin sedang makan mihun bersama anak-anaknya, Hana & Wani

Ayah & ibu Hasif, En Khumaidi dan Puan Wahidah

Suasana di depan dewan, riuh dengan anak-anak,
sementara menunggu keputusan pertandingan diumumkan

Pengerusi PASTI Puchong merangkap Pengarah Program,
Saudara Fazli menyampaikan ucapan

Kerenah 'Bilal-bilal Muda 3P', Luthfil & Rauf bersama Puan Hasnah

YDP Puchong, Ustaz Suffian Ismail, menyampaikan ucapan perasmian

Pengurus 3P, Puan Hasnah, bersama suami, Tuan Haji Latib

Muhammad Zharif menerima hadiah saguhati acara Hafazan(L)

Siti Nurlaila Khalilah menerima hadiah saguhati acara Hafazan (P)

Luthfil Hadi menerima hadiah tempat ketiga acara Azan

Yasmin, pemenang tempat kedua Pidato bersama Ustaz Azani

Ahmad Darwisy menerima hadiah saguhati bagi
pihak Adam Hakimi (acara Khutbah)

Nurul Ro'aina, pemenang tempat pertama Sajak (P) menerima hadiah
dari Saudara Rosharizan, Ketua Pemuda PAS Puchong

Pasukan Nasyid 3P menerima hadiah tempat pertama dari YDP Puchong

Puan Hasnah menerima Piala Pusingan Juara Hari Bakat bagi pihak 3P

Pasukan 3P bergambar dengan piala kemenangan bersama VVIP

Dalam bas, perjalanan balik ke 3P, Afifah, Aisyah & Dafina

Cikgu-cikgu 3P begitu riang sekali

Di sebalik keriuhan anak-anak 3P di belakang,
Saudara Zamri, AJK 3P, sempat juga melelapkan mata