PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Rabu, 3 Ogos 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA PASTI PUTRA PERMAI

Rujukan kami  : PPP/2011/8 (26)
Tarikh              : 2 Ogos 2011 bersamaan 2 Ramadhan 1432H


Yang dihormati Ibubapa/Penjaga Pelajar,

Tuan/Puan,

PER:               JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA PASTI PUTRA PERMAI

Dengan sukacitanya kami ingin menjemput tuan/puan sekeluarga ke MAJLIS BERBUKA PUASA PASTI PUTRA PERMAI pada:

Tarikh:           Ahad, 7 Ogos 2011 bersamaan 7 Ramadhan 1432H
Tempat:          PASTI Putra Permai
Masa:              5.30 petang – 10.00 malam

ATURCARA PROGRAM (TENTATIF)

5.30 petang                 Ketibaan tetamu
5.45 petang                 Persembahan Anak-anak 3P
6.30 petang                 Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat
7.25 petang                 Azan Maghrib (Pelajar 3P) dan Berbuka Puasa
7.35 malam                  Solat Maghrib berjamaah
8.00 malam                  Jamuan Makan Malam (di bangunan lama 3P)
8.35 malam                  Azan Isyak(Pelajar 3P) dan Solat Isyak Berjamaah
8.50 malam                  Tazkirah Ramadhan
9.05 malam                  Solat Terawih dan Witir Berjamaah
9.45 malam                  Moreh dan Bersurai

2.         Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas pihak tuan/puan untuk majlis berbuka puasa ini disamping mengisi dana untuk pembangunan PASTI Negeri Selangor dan PASTI Kawasan Puchong. 

3.         Kehadiran tuan/puan mengimarahkan majlis ini amat dialu-alukan dan didahulukan dengan seribu penghargaan. Moga dengan kehadiran tuan/puan ke Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Pasti Putra Permai di PASTI Putra Permai dapat mengeratkan perhubungan silaturrahim antara kita serta mendapat keberkatan Allah s.w.t.

4.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara diatas, tuan/puan boleh hubungi guru kanan, Puan Hanum/pejabat di talian 03-8941 3357/013-9904069 atau saya sendiri di talian 016-346 9907/emel hyusop@gmail.com.

Sekian.Terima kasih.
“PASTI UNTUK SEMUA”

Yang benar,


                                                                                   
HASNAH BINTI YUSOP
Pengurus, PASTI  Putra Permai                     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan