PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Rabu, 16 November 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS IHTIFAL, KONVOKESYEN & AKADEMIK PASTI PUTRA PERMAI 2011

Rujukan kami  : PPP/2011/11(39)
Tarikh              : 12 November 2011/16hb Zulhijjah 1431H





Yang dihormati Ibubapa/Penjaga Pelajar 3P,


PER:   JEMPUTAN KE MAJLIS IHTIFAL, KONVOKESYEN &  AKADEMIK PASTI PUTRA PERMAI 2011

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami dengan sukacitanya menjemput tuan/puan sekeluarga ke HARI AKADEMIK PASTI PUTRA PERMAI pada:

Tarikh :           Sabtu, 19hb November 2011
Masa  :            8.00 pagi
Tempat:    Pasti Putra Permai, No 1, Jalan PP51,  & No 2, Jalan PP52, Taman Pinggiran                            Putra

3.         Pelajar-pelajar hendaklah berada di PASTI Putra Permai sebelum pukul 7.30 pagi dengan berpakaian seragam PASTI (hijau kuning) untuk persiapan majlis. Diharap tuan/puan dapat menghantar anak-anak tuan/puan pada waktu yang ditetapkan.  Sekiranya terdapat kesulitan menghantar, diharap dapat menghubungi saya  di 016-3469907 selewatnya Jumaat agar pengangkutan dapat diatur.

ATURCARA PROGRAM (Tentatif)

7.45 pagi                      Ketibaan jemputan/ibubapa pelajar

8.00 pagi                      Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

8.05 pagi                      Bacaan Al-Quran
                                   
8.10 pagi                      Lagu Rasmi PASTI

8.15 pagi                      Ucapan Aluan Pengurus 3P

8.25 pagi                      Ucapan Perasmian

8.40 pagi                      Persembahan Pelajar-Pelajar K4T                               

8.55 pagi                      Penyampaian Hadiah Am

9.25 pagi                      Persembahan Pelajar-Pelajar 6 Tahun
                                   
9.35 pagi                      Penyampaian Hadiah Akademik & Sijil kepada Pelajar-pelajar 4 & 5 tahun

10.10 pagi                    Persembahan Pelajar-Pelajar 5 Tahun
                                   

10.20 pagi                    Penyampaian Sijil Konvokesyen Pelajar-pelajar 6 Tahun & Tokoh Pelajar 3P
                                   
11.00 pagi                    Doa Penutup, Majlis Ihtifal, Penyampaian Hadiah & KonvokesyenTamat
                                   
Jamuan Ringan

11.15 pagi –
2.00 petang                 Sesi Bertemu Ibubapa dan Pelajar dengan Guru-guru (Rekod Penilaian Pelajar 4, 5 dan 6 tahun) di bangunan baru 3P, No 2, Jalan PP51

2.00 petang                 Hari Akademik PASTI Putra Permai Tamat

4.         Kehadiran tuan/puan sekeluarga ke majlis ini amat diharapkan dan dihargai. Moga dengan kehadiran tuan/puan sekeluarga dapat memeriahkan lagi majlis ini yang diadakan khusus untuk meraikan anak-anak Pasti Putra Permai dan keluarga.

5.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, tuan boleh hubungi guru kanan, Puan Hanum di talian 03-8941 3357/013-9904069 atau saya sendiri di talian 016-346 9907.

Sekian.Terima kasih.

“PASTI UNTUK SEMUA”

Yang benar,



HASNAH BINTI YUSOP
Pengurus, PASTI  Putra Permai 

Khamis, 3 November 2011

GEROMBOLAN 3P KE PUSAT SAINS NEGARA, BUKIT KIARA

Rombongan 3P bergambar bersama Abang 'Nano'

Sekali lagi dalam jangka masa 7 hari, warga 3P menaiki bas beramai-ramai untuk membuat lawatan sambil belajar.  Jika pada 25hb Oktober, kami ke Balai Bomba & Penyelamat Serdang, kali ini gerombolan kami ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara.

Awal pagi Rabu, 2 November 2011, belum pun pukul 8.00 pagi, seramai lebih 125 orang ahli rombongan telah memenuhi premis lama 3P untuk bersiap sedia menaiki 2 bas rombongan yang disewa khas oleh pihak sekolah.  Ahli rombongan terdiri dari lebih 100 orang warga cilik 3P, beberapa orang kakak dan abang pelajar (bekas pelajar 3P), guru-guru, 3 orang ibu yang turut membantu serta 2 wakil pengurusan 3P.  

Oleh kerana ahli rombongan yang ramai, ditambah lagi dengan anak-anak ini yang masih kecil  dan lincah, ianya memerlukan perancangan yang teliti bagi mempastikan program ini berjalan dengan lancar. Pada hari sebelumnya, anak-anak ini telah dibahagikan kepada 11 kumpulan kecil yang dijagai oleh 'ibu/guru' yang berasingan.

Rombongan kami akhirnya bertolak pada pukul 8.10 pagi, walaupun pada awalnya dijadualkan pada 7.45pagi.  Waktu perjalanan yang lebih lama, ada dikalangan anak-anak ini yang mengeluh bilalah nak sampai ke Pusat Sains.  Didalam bas, ahli rombongan disajikan dengan sarapan ringan, roti bersalut hotdog dan air coklat.  Dengan keadaan jalan yang agak sibuk pada pagi itu, rombongan kami selamat sampai ke destinasi yang dituju pada 9.30 pagi.  

Program yang diatur oleh pihak Pusat Sains untuk rombongan kami bermula pada pukul 10.00. Kumpulan pertama seramai 40 orang pelajar 5 & 6 tahun mengikuti Program Saintis Tunas, sementara kumpulan kedua melawat galeri di aras 1 & 2 (walaupun mereka lebih bertumpu dengan taman permainan kanak-kanak), mencuba 'gadget' yang dipamerkan.  Kumpulan ketiga yang terdiri dari pelajar 3, 4 dan 'seniors'  dibawa melawat ke Pameran 'Age of the Giants' oleh Saudara Setiausaha 3P, En Hamdan, dan 3 orang 'ibu' mereka.

Pada pukul 10.45 pagi, kumpulan kedua pula mengikuti Program Saintis Tunas.  Sementara menunggu 'Science Show' pada 2.00 tengahari, anak-anak ini leka bermain di playground dan mencuba gadgets di ruang pameran.  Menjelang 11.45 pagi, ruang tempat duduk di hadapan pentas 'Science Show' telah dipenuhi oleh ahli-ahli rombongan kami.  Sambutan hangat diberikan oleh anak-anak ini bila Abang 'Nano' muncul di pentas untuk memulakan demo.  Mereka begitu responsif dengan arahan-arahan yang diberikan.  Begitu ramai yang menawarkan diri untuk naik ke pentas melakukan demo bersama Abang 'Nano'. 

Akan bersambung...