Seawal 8.15 pagi telah ada pelajar 3P dan ibubapa di Padang Rekreasi di Jalan PP22, Taman Pinggiran Putra. Faris dan Fatih serta ibu dan ayah mereka telah sedia menunggu semasa Puan Hasnah sampai pada pukul 8.25 pagi.
Seorang demi seorang pelajar dan ibubapa serta abang dan kakak pelajar 3P mula memenuhi padang rekreasi tersebut. Latihan pertama bolasepak dan bolajaring bagi 3P sepatutnya bermula pada pukul 8.30 pagi tetapi dilewatkan sedikit kerana ramai juga pelajar dan keluarga menghadapi kesukaran untuk mencari padang tempat latihan ini. (Almaklum ramai yang tidak biasa dengan taman ini). Pukul 9.00 pagi barulah latihan bermula. Lebih kurang 50 orang pelajar 3P mengikuti latihan pagi ini.
Sokongan dari para ibubapa pelajar 3P amat menggalakkan. Ada yang mengambil kesempatan merakamkan latihan ini dengan kamera dan VCam. Ada yang menjadi penonton di tepi padang. Syabas. Kami juga bersyukur kerana beberapa orang ibu dan bapa pelajar sama-sama melatih anak-anak ini; En Nuzul, En Wan Mohd Fauzi, En Haidir Izwan, Puan Erlina, Puan Ira, Puan Siti (just to name a few). Bukan senang nak mencungkil bakat anak-anak kecil yang aktif ini. Terima kasih atas kesudian dan kesabaran anda semua melatih anak-anak ini. Para staf dan AJK 3P turut membantu mengelolakan latihan, mendaftarkan nama pelajar, mempastikan minuman cukup.
Diharapkan kehadiran tuan-puan dan ahli keluarga memberi sokongan moral kepada anak-anak 3P dapat menaikkan semangat mereka untuk berlatih dengan lebih tekun dan mantap lagi. Insyaallah pukul 8.30 pagi Ahad ini, 27 Februari 2011, latihan akan diteruskan lagi.. Kepada kaum ibu yang telah mendaftarkan diri untuk menubuhkan pasukan bolajaring, harap dapat hadir sama untuk latihan. Kepada yang belum mendaftarkan diri, boleh berbuat demikian pada latihan yang akan datang. Kepada semua warga 3P dan ahli keluarga, teruskan sokongan anda... Jazakallahukhairan kasiiran.
Selepas warm-up, kena latih pass bola dulu.. |
Berlatih melontar dan menerima bola dari Puan Ira dan jurulatih lain |
En Nuzul dan Cikgu Tarmizi mula melatih anak-anak lelaki ini menyepak bola |
Antara kaum bapa yang hadir sama |
Antara kaum ibu yang hadir menonton dan memberi sokongan |
Ada yang mengambil kesempatan untuk bermain di 'playground' |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan