Ikutilah lagu Father and Son oleh Yusuf Islam
Ahad, 20 Jun 2010
SELAMAT HARI BAPA
Tribute buat para bapa... Selamat Hari Bapa
HARI BERTEMU IBUBAPA DAN PELAJAR 3P
Pada hari Sabtu, 19 Jun 2010, berlangsung Hari Bertemu Ibubapa dan Pelajar 3P di premis Pasti Putra Permai. Hari Bertemu Ibubapa ini merupakan program tetap 3P dimana pihak pengurusan dan guru-guru 3P mengadakan pertemuan dengan ibubapa pada pertengahan dan hujung tahun di samping program-program lain yang 3P anjurkan.
Program ini menjadi salah satu platform untuk pihak sekolah memaklumkan kemajuan anak-anak 3P beserta keputusan peperiksaan pertengahan tahun di samping mendapat maklum balas dari para ibubapa tentang sebarang kemajuan/komen mengenai anak-anak 3P semasa di luar sekolah. Sebelum cuti sekolah, pihak pengurusan 3P juga telah mengeluarkan borang maklumbalas untuk diisi oleh para ibubapa bagi mendapatkan maklumbalas tentang pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di 3P di samping mendapatkan cadangan/komen. Maklumbalas yang diberikan oleh para ibubapa amat memberangsangkan dan akan diambil kira oleh pihak pengurusan bagi menambah baik pelbagai aspek di 3P.
Ikutilah gambar-gambar yang sempat diambil pada Hari Bertemu Ibubapa dan Pelajar 3P...
Antara para ibu yang terawal datang berjumpa cikgu-cikgu 3P
Menjamu selera sementara menunggu giliran untuk berjumpa cikgu
Pelbagai kerenah semasa berjumpa cikgu...
Sempat berbual dan bertanya khabar dengan AJK sementara menunggu giliran
Langgan:
Catatan (Atom)