PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Rabu, 27 April 2011

Sukan PASTI Negeri Selangor - 3P wakili Puchong acara bola jaring

Tahun lepas 2010, Pasti Putra Permai (3P) mewakili Puchong dalam acara bola sepak pada peringkat Negeri Selangor. Pada tahun ini (2011) 3P mewakili Puchong dalam acara bola jaring, manakala Pasti Ainul Mardhiah, Seri Serdang mewakil Puchong dalam acara bola sepak.  Acara Sukan PASTI Negeri Selangor tersebut akan diadakan pada 7 Mei 2011 (hari Sabtu) di Kompleks Sukan Kampung Pandan.

Semoga 3P berjaya mewakil Pasti Negeri Selangor dalam acara bola jaring untuk ke peringkat kebangsaan. Tahniah 3P...




Tenaga-Tenaga Pengajar 3P - Klik pada gambar

Isnin, 18 April 2011

3P JUARA BOLAJARING PASTI KAWASAN PUCHONG 2011!! (bhg 1)

Alhamdulillah & Syabas 3P!!!

3P mengulangi kecemerlangan tahun lepas dengan menjuarai acara bolajaring dan mendapat tempat kedua keseluruhan pada Pesta Sukan PASTI Puchong 2011 yang berlangsung di Tonga de Futsal, semalam, Ahad, 17 April 2011.  Adik Aleesa Aqilah binti Mohd Haffizy, 5 tahun, turut dipilih menjadi Penjaring Emas Bolajaring.  Jika pada tahun lepas, pasukan bolasepak 3P menjadi juara, tahun ini pasukan bolajaring 3P A pula menempa nama sebagai juara selepas menewaskan johan tahun lepas, PASTI Bestari 6-2, dan insyaallah akan menjadi wakil PASTI Puchong di peringkat negeri Selangor pada Mei nanti.

Pada kejohanan tahun ini, 3P menghantar 2 pasukan untuk acara bolasepak dan bolajaring. Pasukan bolasepak 3P A pada tahun ini terkandas di peringkat suku akhir apabila tewas 0-1 kepada pasukan Pasti Iqbal.  Pasukan bolasepak dan bolajaring 3P B pula tewas di peringkat awal. Team B ini merupakan pasukan pelapis, dianggotai oleh lebih ramai pelajar 5 juga 4 tahun.  Insyaallah, dengan pendedahan awal sebegini, moga permainan mereka lebih mantap pada tahun akan datang. 

Pengurusan 3P ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan kepada jurulatih-jurulatih yang terdiri dari kalangan ibubapa warga 3P sendiri, menghabiskan masa dan tenaga kalian melatih  serta memantapkan permainan anak-anak yang masih mentah ini. Encik Nuzul & Puan Erlina telah dua tahun berturut menjadi jurulatih kepada anak-anak 3P.  Pada tahun ini tenaga jurulatih bertambah lagi dengan Puan Siti dan Puan Ira.  Bukan mereka berempat sahaja melatih anak-anak ini, malahan dikalangan ibubapa seringkali menjadi 'jurulatih impromptu' semasa latihan hujung minggu dan petang hari.  Tidak lupa juga para guru 3P yang sama membantu anak-anak ini menjalani latihan, membawa mereka ke padang, membuatkan pelbagai persiapan bagi mempastikan latihan dan perjalanan program sukan semalam berjalan lancar. 

Kepada para ibubapa 3P, jutaan terima kasih juga kami ucapkan atas sokongan anda menghantar/menjemput anak-anak menghadiri latihan hujung minggu, menunggu anak-anak berlatih dan seumpamanya.  Of coz, tidak dilupakan AJK 3P dan Pemuda PCPP yang banyak membantu di segi latihan dan logistik. Jazakumullahukhairan kasiira..

Pasukan bolajaring 3P, teruskan kecemerlangan anda di kejohanan peringkat negeri nanti!  Chaiyo 3P!!!

Ikuti berita bergambar sepanjang Pesta Sukan PASTI Puchong semalam (juga beberapa gambar dari blog Puan Siti http://www.teratakibu.blogspot.com/.  Terima kasih):

Semua pemain yang mengambil bahagian ditempatkan di gelanggang futsal tengah
sementara menanti giliran pasukan mereka beraksi.

Puan Ira membuat warm-up dan latihan ringkas bersama pasukan 3P B semasa
menunggu masa untuk beraksi

Cikgu As dan Cikgu Tarmizi menyiapkan pemain-pemain untuk memakai jersey mereka


Perlawanan pertama 3P A menentang AlHusaini


Menentang PASTI Iqbal

Opah As-shakirin turut sama memberi sokongan kepada pasukan 3P

Apa yang dibincangkan oleh Puan Ira dan Puan Siti tu?

Pasukan bolasepak 3P A bergambar dengan pasukan AlFirdaus
(3P menang sepakan penalti 3-1)

Pasukan bolajaring 3P B bergambar bersama pasukan Ainul Mardhiah

Entah apalah pesanan En Nuzul kepada pemain 3P A...

Aksi perlawanan suku akhir antara pasukan 3P A dan Al Iqbal
Aireen bersedia untuk melakukan lontaran mula semasa perlawanan akhir
menentang juara bertahan Pasti Bestari

Pasukan 3P & Bestari bergambar bersama pengadil dan
guru-guru serta jurulatih-jurulatih selepas perlawanan akhir

Pasukan bolajaring 3P A semasa menanti upacara penyampaian hadiah


Penjaring emas bolajaring adalah milik adik Aleesa Aqilah.  Tahniah!!

Pemenang tempat ketiga - PASTI Annur

Pemenang tempat kedua - PASTI Bestari

Juara bolajaring adalah milik 3P A! Chaiyo 3P!!


Puan Hasnah, pengurus 3P, menerima piala pusingan
dari Ketua Pemuda DPPP, Saudara Rosharizan

Jurulatih bolajaring 3P (dari kanan) Puan Ira, Puan Erlina,
Puan Siti bersama pengurus 3P, Puan Hasnah

Wajah-wajah riang para guru, jurulatih dan ibubapa warga 3P...


Pasukan bolajaring 3P bergambar dengan piala kemenangan
bersama para guru dan jurulatih mereka