PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Khamis, 30 Disember 2010

MAJLIS TAKLIMAT PELAJAR PASTI PUTRA PERMAI 2011

Rujukan kami  : PPP/2011/01
Tarikh              : 30 Disember 2010/24 Muharram 1432H




Yang dihormati Bapa/Penjaga Pelajar,


PER:   MAJLIS TAKLIMAT IBUBAPA DAN PELAJAR PASTI PUTRA PERMAI SESI 2011

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita kami memaklumkan bahawa sesi persekolahan bagi PASTI Kawasan Puchong akan bermula pada Selasa, 4hb Januari 2011.

Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput tuan/puan serta pelajar ke Majlis Taklimat  Ibubapa  dan Pelajar PASTI Putra Permai Sesi 2011 seperti berikut:

a)      Sesi Pertama (Untuk Pelajar K4T & 5 Tahun)
Tarikh:             Ahad, 2 Januari 2011
Masa:               8.30 pagi
Tempat:           PASTI Putra Permai, No 1, Jalan PP52

b)      Sesi Kedua (Untuk Pelajar 6 Tahun)
Tarikh:             Ahad, 2 Januari 2011
Masa:               11 pagi
Tempat:           PASTI Putra Permai, No 1, Jalan PP52

Semasa ibubapa menghadiri taklimat, pelajar-pelajar 5 atau 6 tahun akan menjalani ujian pendek kemasukan/pembahagian kelas.  Selepas taklimat, tuan/puan boleh membuat pembayaran yuran dan mengambil pakaian seragam hijau (jika belum berbuat demikian).

Kehadiran tuan/puan dan para pelajar ke majlis ini amat diharapkan dan dihargai. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, tuan boleh hubungi guru kanan, Puan Hanum di talian 03-8941 3357 atau saya sendiri di talian 016-346 9907.

Sekian.Terima kasih.

“PASTI FOR ALL”

Yang benar,



HASNAH BINTI YUSOP
Pengurus, PASTI  Putra Permai

Isnin, 20 Disember 2010

GOTONG-ROYONG PERSIAPAN 2011 3P BERMULA!

Pada Jumaat, 17 Disember 2010, selepas Isyak, sekumpulan AJK 3P,ahli PCPP dan beberapa sukarelawan berkumpul di bangunan baru 3P untuk memulakan gotong royong mengecat, membersihkan, memasang papan tanda dan pelbagai kerja penyelenggaraan dan membaikpulih kedua-dua bangunan 3P.

Oleh kerana kebanyakan AJK bekerja pada waktu siang, gotong-royong ini dijalankan pada selepas Isyak setiap malam. Guru-guru dan staf 3P meneruskan kerja-kerja membersih dan menyiapkan kelas pada siang harinya.  Ianya dijangka berlangsung sepanjang minggu ini untuk mempastikan kedua-dua bangunan siap untuk digunakan bagi sesi 2011.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang tenaga boleh menghubungi Setiauasaha 3P, En Hamdan Harun di 019-2170771 atau datang terus ke 3P selepas Isyak sepanjang minggu ini.

Kepada semua yang terlibat, Jazakumullah hukhairan kasiiran.

Beberapa gambar yang sempat diambil pada malam pertama gotong-royong...
Tuan Haji Arbani mengetuai kumpulan memasang penutup pintu pagar.


En Md Noor mengetuai kumpulan memasang signboard 3P
 
Tuan SU 3P bergambar bersama PIC, En Md Noor dihadapan signboard baru 3P

'Peserta' mengecat bersiap sedia dengan peralatan





Khamis, 16 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEDUA 3P!

Pada hari Selasa,14 Disember 2010, genaplah 2 tahun PASTI Putra Permai (3P) beroperasi.

Penubuhan 3P ini terbit dari kerjasama beberapa orang ahli jemaah PCPP yang begitu menginginkan tarbiyyah Islam dimulakan diperingkat awal kanak-kanak di Taman Pinggiran Putra ini dan kawasan sekitarnya. Mereka bekerja keras untuk mengumpulkan dana, mengembeling tenaga, idea, apa jua jerit perih bagi merealisasikan penubuhan 3P.

Dari hanya menyewa sebuah rumah teres dua tingkat 'corner lot' di Jalan PP52 pada hujung 2008, kini 3P beroperasi di dua buah rumah teres dua tingkat 'corner lot.  Dari hanya 40 orang pelajar pada tahun 2009, insyaallah pada tahun hadapan, dijangkakan lebih kurang100 orang kanak-kanak dari usia 3 hingga 6 tahun akan menyertai tarbiyyah Islam di 3P.

Baik dari segi akademik, pencapaian kokurikulum 3P juga agak memberangsangkan pada tahun ini dengan menjadi juara bolasepak PASTI Kawasan Puchong dan tempat ketiga keseluruhan pada Hari Bakat PASTI Kawasan Puchong.

Insyaallah dengan kerjasama erat semua pihak dari peringkat pengurusan, guru-guru, ibubapa dan masyarakat sekeliling, 3P akan terus maju ke depan dalam semua aspek baik dari segi akademik, kokurikulum, perhubungan serta khidmat masyarakat dan seumpamanya.  Yang utama adalah untuk melahirkan Insan Soleh dari pentarbiyyahan Islam yang syumul di PASTI.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat dua orang yang begitu sentimental dalam penubuhan 3P yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun ini, Allahyarham Pak Din dan Allahyarhamah Kak Noriah.  Moga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amin....

Selasa, 7 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432 HIJRAH

Warga PASTI Putra Permai (3P) ingin mengucapkan


Allah swt.berfirman yang mafhumnya :"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah ( untuk membela dan menegakkan Islam ) , nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang  banyak dan  rezeki  yang makmur , dan sesiapa yang  keluar dari rumahnya  dengan tujuan untuk berhijrah  kepada Allah dan RasulNya , kemudian ia mati ( dalam perjalanan) , maka sesungguhnya telah tetap  pahala hijrahnya  di sisi Allah. Dan (ingatlah ) Allah Maha  Pengampun lagi Maha Mengasihani ". ( QS an-Nisa ayat 100 ).