PASTI PUTRA PERMAI (3P) TERUS CEMERLANG.... JUARA SAJAK PEREMPUAN ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, NAIB JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI KEBANGSAAN 2013, JUARA SAJAK PEREMPUAN, JUARA KALAM JAMAIE ALAMRIA PASTI SELANGOR 2013, JUARA KESELURUHAN ALAMRIA PASTI PUCHONG 2013, NAIB JUARA BOLAJARING PESTA SUKAN NEGERI SELANGOR 2013, JUARA BOLAJARING, JUARA BOLASEPAK PESTA SUKAN PASTI NEGERI SELANGOR 2013!!!

Jumaat, 16 April 2010

GAMBAR 3P Juara Bolasepak Pasti Kawasan Puchong dalam Harakah!

Terkini...

Liputan Pesta Sukan Tahunan Pasti Kawasan Puchong 2010 telah diterbitkan dalam Harakah, 1-3 Jamadilakhir 1431/15-18 April 2010, halaman N20. Gambar pasukan bolasepak 3P selepas mengalahkan Al-Mawardi serta gambar pemain terbaik bolasepak, Ahmad Aiman Solihim, turut dipaparkan dalam liputan ini.

Tahniah 3P. Moga terus cemerlang di Kejohanan Sukan Pasti Negeri Selangor pada 9 Mei 2010 nanti di Kota Raja, Taman Sri Andalas, Klang, insyaallah. Sama-samalah kita turun menyaksikan dan memberi sokongan kepada anak-anak 3P berentap di peringkat negeri.

Rabu, 14 April 2010

Selimut Putih

Peringatan buat kita masih hidup di alam fana ini.




more about "Nasyid Selimut Putih", posted with vodpod

Selasa, 13 April 2010

Pak Din Pergi Tak Kembali

Sama-sama kita hayati nasyid dari Rabbani ini.




more about "Nasyid oleh Rabbani - Pergi Tak Kembali", posted with vodpod

Isnin, 12 April 2010

Belasungkawa

Salahuddin (Pak Din) dalam kenangan

Bila sebut nama Pak Din, anak-anak Pasti Putra Permai (3P) tahun 2009 pasti akan kenal. Inilah perkataan yang selalu disebut apabila anak-anak mahukan sesuatu.

Beliau antara pengasas awal 3P di samping tiga guru yang bertugas. Pak Din bertugas sebagai pengawal bagi kanak-kanak 3P, di samping bertugas membersihkan bahagian luar 3P.

Walaupun tidak lagi bertugas sejak bulan April 2009 di 3P, apa jua program 3P beliau akan sama-sama bertungkus lumus memastikan program berjalan lancar.

Sejak sebulan lepas kelibat Pak Din tidak lagi kelihatan. Beliau terlantar di Hospital Kota Bharu, kerana kemalangan di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang akhir Februari 2010 yang lalu. Sahabat-sahabat tidak putus menziarahi beliau di Kota Bharu, Kelantan.

Pada mulanya beliau dikatakan menghadapi kecederaan di dua bahagian tulang belakang sehingga separuh badannya lumpuh. Kemudian, beliau dimasukkan ke ICU kerana menghadapi masalah paru-paru dimasuki kuman dan pendarahan dalam perut. Gambar Pak Din (kiri) semasa sambutan Aidilfitri 3P tahun 2009.

Semasa di ICU pelbagai cara pihak hospital memastikan paru-paru dan pendarahan ini pulih untuk memudahkan pembedahan tulang belakang beliau. Tetapi apakan daya, Allah menentukan segala-galanya. Pada hari Ahad 11 April 2010, lebih kurang pukul 8.00 malam, Almarhum Pak Din telah dijemput mengadap Ilahi.

Kini Pak Din yang disayangi anak-anak 3P telah tiada untuk selama-lamanya. Beliau telah disemadikan di Selayang Utama pada pukul 11.40 pagi, 12 April 2010.

Kehilangan Almarhum Pak Din amat dirasai kerana keaktifan beliau membantu surau-surau dan PAS Cawangan Putra Permai.

Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Pak Din... Al-Fatihah...

Ahad, 11 April 2010

3P Juara Bolasepak Pasti Kawasan Puchong-Bhg 2

Ikuti Bhg 2 laporan bergambar Pesta Sukan Bolasepak dan Bolajaring Pasti Kawasan Puchong dimana Pasukan Bolasepak 3P muncul JUARA!
En Nurul Hasani, dalam acara Bapa, cuba membuat tendangan ke pintu gol
Pasukan bolajaring 3P bergambar dengan pasukan Ainul Mardhiah sebelum perlawanan suku akhir
Pasukan 3P bergambar dengan pasukan Pasti Firdaus selepas perlawanan separuh akhir
Sesi bergambar sebelum perlawanan akhir. (Muhammad agak sedih tak dapat main.
Tak nak ambil gambar... Rileks bro, nanti ada peluang...)

Keletihan selepas menewaskan Pasti Al-Mawardi 4-0. (Muhammad
pun dah tak sedih lagi. Dapat main perlawanan akhir...)

Sesi bergambar dengan orang kuat dan tulang belakang pasukan bolasepak 3P,
Cikgu Tarmizi (pengurus), En Nuzul Azam (jurulatih), En Hamdan (SU 3P yang book
tempat latihan, ferry pemain ke tempat latihan dll)

Sorakan gembira pasukan bolasepak 3P...
Cikgu-cikgu pun nak ambil gambar dengan juara (Berat tugas guru ni..dari semasa
latihan sehinggalah ke hari perlawanan;menjaga
jadual latihan, makanan dan minuman sedia,
memastikan anak2 ini tak merayau, main lumpur dan macam-macam lagi)

Majlis penyampaian hadiah bersama YDP PAS Puchong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Puchong
Ahli pasukan bolasepak 3P menerima hadiah dari YDP PAS Puchong, Ustaz Suffian (Aiman Solihim, pemain terbaik bolasepak kejohanan di hadapan)
Aiman Solihim menerima trofi sebagai pemain terbaik kejohanan dari Ustaz Suffian
(maaf, Aiman yang kecil kena blok dek orang yang lebih besar, jadi mukanya tak kelihatan)Puan Hasnah, pengurus 3P, menerima piala pusingan dari Ustaz Suffian bagi pihak 3P
Keletihan, team 3P masih sempat bergambar dengan piala, trofi dan
medal yang dimenangi


Di akhir kalam, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat; kepada ibubapa yang meluangkan masa pada hujung minggu memberi sokongan pada anak-anak berlatih bolasepak dan bolajaring di taman dan gelanggang futsal, anak-anak 3P yang begitu ramai menjalani latihan, walaupun hanya 20 orang yang terpilih untuk mewakili 3P ke Pesta Sukan PASTI Kawasan Puchong, guru-guru yang mengorbankan masa hujung minggu untuk turut sama menguruskan latihan anak-anak 3P, AJK 3P, Encik Nuzul Azam, Puan Erliana, Puan Mariana, Puan Mariam, dan ramai lagi yang melatih anak-anak 3P. Jazaakallahukhairan kasiiran...

Moga kerjasama erat antara kakitangan 3P, AJK dan ibubapa 3P berterusan. Sama-sama kita terus memberi sokongan padu kepada pasukan bolasepak 3P yang akan berentap dengan wakil-wakil kawasan PASTI lain di Kejohanan Sukan PASTI Negeri Selangor di Kapar pada Ahad, 25 April ini (jika tiada pindaan, insyaallah).

3P Juara Bolasepak Pasti Kawasan Puchong - Bhg 1

Ikutilah laporan bergambar pasukan bolasepak dan bola jaring 3P di Pesta Sukan Bolasepak dan Bolajaring PASTI Kawasan Puchong yang berlangsung di Padang Awam MPSJ Taman Puchong Indah pada Sabtu, 10 April 2010.
Minum susu dulu sebelum turun ke padang...
Antara kaum ibu 3P yang turut sama memberi sokongan kepada team 3P

Penjaga gol 3P, Hakimi, begitu riang dapat menangkap bola dari menembusi petak gol 3P
(Tiada satu gol pihak lawan dapat menembusi petak gol yang dikawal Hakimi. Syabas!)


Walaupun basah kuyup selepas perlawanan dengan Pasti Iqbal, pemain 3P tetap ceria
Pasukan bola jaring 3P bergambar dengan para guru sebelum perlawanan
pertama menentang Pasti Al-Huda
Beratur bersama Pasti Al-Huda sebelum perlawanan dimulakan

Kalah tak pe. Posing kena juga. Team bolajaring 3P selepas kalah dengan Pasti Annur
Puan Ana, ibu Izzahsyahzani, turut membuka gerai jualan buah-buahan dan pakaian

Sabtu, 10 April 2010

TERKINI!!!!

Para pejuang 3P dengan penuh semangat melaungkan
"3P InsyaAllah Boleh!"

Pemain 3P (baju kuning) sentiasa bersiap sedia untuk menyumbat
gol untuk sekian kalinya.

Bersalaman selepas berjuang, agar silaturrahim tetap erat
walaupun berjaya mengalahkan Pasti yang lain.

3P JUARA BOLASEPAK
PASTI PUCHONG 2010

PASTI Putra Permai (3P) telah berjaya mencatat sejarahnya tersendiri. Petang tadi di Padang MPSJ Puchong Perdana, 3P telah dinobatkan sebagai juara bolasepak seluruh Puchong bagi tahun 2010. InsyaAllah 3P akan mewakili Pasti Puchong ke peringkat negeri Selangor di Kapar pada hujung bulan ini.

Perlawanan yang bermula seawal 8.30 pagi, di dalam suasana hujan, 3P telah menunjukkan aksi ala MU dan Chelsea, berjaya menundukkan Pasti Al-Iqbal dengan 3-0.

Kemudian 3P dengan garangnya telah membelasah Pasti An-Nur dengan 3-0, sekaligus 3P berjaya melangkah ke suku akhir untuk bertemu Pasti Ainul Mardhiah. Pemain-pemain 3P telah berjaya menempah tiket ke separuh akhir dengan mengalahkan Ainul Mardhiah 2-0.

Di peringkat separuh akhir, 3P dengan penyerang Ronaldo Aiman (Muhammad Afiq Aiman) telah membenam Pasti Al-Firdaus dengan 1-0.

Detik-detik mendebarkan perlawanan akhir, 3P telah bertemu dengan juara tahun 2009, iaitu Pasti Al-Mawardi. Dengan semangat juang yang tinggi, 3P telah BERPESTA GOL menamatkan identiti juara yang disandang oleh Pasti Al-Mawardi dengan keputusan 4-0.

Ahmad Aiman Solihim dari 3P yang kecil tapi begitu licik di padang bola turut dinobatkan sebagai pemain terbaik bolasepak kejohanan dengan jaringan sebanyak 4 gol.

Pengurus 3P, Puan Hasnah Yusop mengucapkan ribuan terimakasih kepada AJK, ibu bapa dan guru-guru Pasti Putra Permai kerana banyak membantu mendorong kejayaan anak-anak 3P menjadi juara di dalam acara bolasepak Pasti peringkat Kawasan Puchong 2010.

Dalam acara bola jaring pula, walaupun 3P hanya dapat memasuki ke peringkat suku akhir sahaja, guru-guru dan jurulatih bola jaring berazam untuk menobatkan 3P sebagai juara pada tahun yang akan datang.
- InsyaAllah perkembangan terkini dan gambar akan menyusul